Uncategorized

Laporan daya saing tidak langsung gambarkan ekonomi Malaysia – Pakar

Laporan daya saing tidak langsung gambarkan ekonomi Malaysia - Pakar 1



Laporan daya saing tidak langsung gambarkan ekonomi Malaysia - Pakar 2

KUALA LUMPUR: Laporan daya saing dunia yang meletakkan Malaysia di tangga ke-22 tidak langsung menggambarkan ekonomi domestik semasa.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Yusof Saari berkata meskipun Malaysia berada di hadapan Jepun, Belgium dan Korea Selatan namun dari segi indeks produktiviti dan ketidakseimbangan pendapatan, Malaysia jauh ketinggalan.

“Meskipun kita menduduki tangga ke 22 (laporan daya saing) namun jika dibandingkan dengan pencapaian lain seperti produktiviti, Malaysia ketinggalan.

“Produktiviti Korea Selatan 21 peratus lebih tinggi dari Malaysia manakala Belgium 77 peratus lebih tinggi dari Malaysia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Yusof berkata meskipun laporan itu mengambarkan tahap keyakinan komuniti perniagaan terhadap ekonomi Malaysia namun ia tidak boleh dijadikan petunjuk tahap kesihatan ekonomi domestik.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada laporan ini kerana ia tidak langsung memberikan makna kepada ekonomi domestik.

“Jika kita lihat indeks daya saing Belgium, Jepun dan Korea adalah selari dengan indeks ekonomi domestik mereka termasuk produktiviti dan pendapatan namun Malaysia tidak.

“Daya saing kita lebih tinggi dari tiga negara itu namun petunjuk ekonomi lain tidak selari dan ini sangat berbahaya,” tambahnya.

BACA: Malaysia dahului Jepun bagi berdaya saing 2019

Laporan daya saing dunia 2019 dikeluarkan IMD World Competitiveness Centre (CWY) menilai ekonomi berdasarkan kepada empat faktor input daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana dengan setiap satu merangkumi lima sub-faktor.





Source link

Related Posts