Artikel Terkini

Laporan Laksana ke-10 oleh Tengku Zafrul: Ini lima perkara yang anda perlu tahu



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa membentangkan Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Ini lima tumpuan laporan itu yang perlu anda tahu: 

1. Seramai 181,000 lagi pemohon akan menerima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula esok.

2. Sehingga 19 Jun, sebanyak 4.3 juta permohonan program i-Lestari KWSP telah diluluskan melibatkan RM2 bilion sebulan.

3. Program Subsidi Upah: Sehingga 19 Jun, RM4.89 bilion telah diluluskan terhadap 303,596 majikan yang memanfaatkan lebih 2.4 juta pekerja.

4. Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) KWSP: Sehingga 19 Jun 2020, sebanyak 34,246 permohonan telah diterima dan 8,489 diluluskan bernilai RM56.8 juta bagi caruman KWSP majikan.

5. Dana Pinjaman Mudah PKS: Sehingga 19 Jun 2020, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan oleh PKS adalah sebanyak RM8.2 bilion dan akan memanfaatkan 19,253 PKS.





Source link

Related Posts