Artikel Terkini

Lebih 1,000 syarikat PKS sertai program TDP Express



KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 syarikat dalam Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) akan menyertai Program Pembangunan Technopreneur (TDP Xpress) menerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, program tersebut bakal menjadi batu loncatan bagi PKS untuk memulakan perniagaan dalam normal baharu ke arah digitalisasi.

“Kita perlu melangkah ke depan bagi menyambut era digitalisasi yang lebih hebat untuk menyahut cabaran yang mendatang.

“Ianya adalah satu kemestian, kita mesti menjangkau lebih daripada itu,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada MARii dan Fintech Lab Sdn. Bhd. atas inisiatif membuka peluang untuk PKS dalam menambahbaik operasi perniagaan selain memanfaatkan penggunaan teknologi digital.

“MARii telah membangunkan infrastruktur yang diperlukan dan merancang pelbagai program seperti TDP Xpress yang bukan sahaja membolehkan PKS untuk maju, malah ia juga membantu mereka untuk berdepan dengan cabaran masa hadapan,” katanya lagi.





Source link

Related Posts