Uncategorized

Lebih Banyak Rumah Nak Kena Lelong Suku Kedua 2019?


Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh The Star baru-baru ini, katanya lebih banyak rumah yang akan dilelong bagi tempoh Julai-Disember 2019.

Apa kata kita dengar pesanan otai hartanah, Tuan Ahyat Ishak mengenai topik yang hangat ini.

1. Laporan terkini menunjukkan bahawa semakin banyak rumah dilelong pada 6 bulan awal tahun ini. Dan dikatakan akan meningkat dalam 6 bulan seterusnye. Adakah ini #bahaya atau #peluang?
.
2. Rumah2 akan dilelong sekiranye pemilik gagal membayar komitmen bulanan kepada pihak institusi kewangan seperti bank selama 3 hingga 6 bulan bergantung kpd prosidur bank.
.
3. Otai lelong NCM: Ng Chan Mau melaporkan bahawa bilangan rumah yg dilelong semakin meningkat sejak beberapa tahun tahun yg lepas. Peningkatan 20% dari tahun 2017 ke 2018. Dan tahun ni, tak sampai setengah tahun pun dah cecah lebih setengah drpd tahun lepas! (Rujukan 1)
.
2017: 29,000 unit bernilai rm13b
2018: 35,000 unit bernilai rm16b
2019: 18,000 unit bernilai rm9b 
.
4. NCM laporkan bahawa lelong di Johor dan pantai timur melonjak 50%. Yg menariknye, ramai pembida Singapura dan China menyerang hartanah lelong di Johor melalui platform e-bid mereka. 
.
5. Satu lagi update menarik pasaran lelong ni ialah rumah2 lelong ni semakin susah nak dijual. Dulu 2-3 kali lelong dah boleh jual. Sekarang perlu 3-4 kali lelong. Harga2 rumah yg kena lelong pun makin banyak berharga rm500k ke atas banding dulu bawah rm500k. Ini dilaporkan oleh Leong Auctioneer.
.
6. Semakin ramai orang suka cari peluang2 beli rumah utk #duduksendiri atau #pelaburan dalam kolam lelong. Memang best dapat beli rumah bawah harga pasaran. Cumanye ikan2 dalam #kolamlelongni ada banyak #duri dan #bisa. Kalau tak masuk gelanggang dgn #ilmuyg betul dan #jemaah yg betul memang bahaya! Itu sebabnye dalam program advance Pejuang Hartanah, Ahyat memang ada modul khas utk ilmu lelong. Dan ramai students2 Ahyat dapat banyak tangkap #ikanikanemas dalam kolam ini.
.
7. Tapikan, kalau kita nak rebut peluang2 ikan2 emas tu, jangan pulak kita lupa punchline paling penting: JANGAN KITA JADI PENYUMBANG KEPADA RUMAH LELONG! Pastikan kita beli rumah yg kita benar2 #mampu dan bukan beli berdasarkan apa yg kita #layak. Amaran Ahyat, sebelum beli rumah, kena betul2 faham: NAK BELI SENANG, NAK BELA SUSAH. Ramai yg beli tanpa fikirkan part yg lebih berat nak membela rumah tu!
.
Sama2 kita doakan agar Allah sentiasa menjauhkan diri kita dan keluarga drpd musibah kewangan sehingga tak mampu bayar tanggungan bulanan sehingga rumah dilelong.

Sumber: FB Ahyat Ishak

Baca lagi tips-tips berkenaan hartanah di bawah:

Komen

komen





Source link