Artikel Terkini

Lembutkan Kembali Tuala Lama Yang Sudah Kasar Dan Tidak Gebu Dengan 2 Bahan Mudah Ini!


Tuala merupakan item yang digunakan untuk menyerap air terutamanya bagi mengeringkan tubuh badan selepas mandi. Kadangkala, tuala yang telah lama dipakai akan menjadi kasar dan tidak lagi selembut tuala yang baru.

PENJAGAAN TUALA :

1.Jemur tuala di tempat yang mempunyai simbahan cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bakteria yang dapat membiak pada kain tuala.

2. Bagi memastikan kebersihan terjaga, tukar tuala yang telah digunakan dengan kerap. Maximum 3 kali penggunaan sebelum tukar.

3. Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.

4. Buat tuala yang baru dibeli, basuh dahulu sebelum digunakan. Rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya.

5. Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.

PETUA MELEMBUTKAN TUALA :
Tanpa keluarkan kos yang tinggi, anda hanya perlukan dua bahan iaitu baking soda dan air.

  1. Tambah kira-kira secawan baking soda dalam setiap empat liter air panas. Anda boleh ubah kuantiti soda mengikut sukatan air.
  2. Kemudian, rendam tuala anda sekurang-kurangnya satu jam di dalam bancuhan tersebut. Sebaiknya, rendam semalaman.
  3. Setelah itu, basuh tuala seperti biasa tanpa cecair pelembut fabrik, hanya sabun. Anda juga boleh tambahkan cuka untuk membuatkan ia lebih lembut.

Tuala anda akan menjadi lebih lembut seakan-akan tuala baru. Selamat Mencuba!



Source link