Uncategorized

Lemnisk Jalin Kerjasama Dengan Infosys Finacle Menginovasi Bersama bagi Penyelesaian Pemasaran Digital untuk Bank-bank

Lemnisk Jalin Kerjasama Dengan Infosys Finacle Menginovasi Bersama bagi Penyelesaian Pemasaran Digital untuk Bank-bank 1


BENGALURU, India, 9 Mei 2019 /PRNewswire/ — Lemnisk dengan sukacitanya mengumumkan perkongsiannya dengan Infosys Finacle. Lemnisk, Platform Data Pelanggan yang pintar dan selamat untuk Perkhidmatan Kewangan, memeterai perkongsian dengan Finacle sebagai sebahagian daripada program Finacle FinTech Connect mereka.

Finacle FinTech Connect ialah satu inisiatif inovasi ekosistem yang menghimpunkan bank, Teknologi Kewangan (FinTech) dan Finacle. Melalui program ini, Finacle mengenal pasti penyelesaian Teknologi Kewangan yang meyakinkan dari seluruh dunia dan menginovasi Bersama mereka untuk membantu mempercepatkan inovasi untuk bank-bank. Menerusi Perkongsian ini, Lemnisk dan Finacle akan menawarkan penyelesaian bersama yang akan membolehkan Pemasar-pemasar Kewangan meningkatkan penglibatan dan penukaran pelanggan untuk institusi-institusi kewangan mereka melalui pemperibadian 1:1 serta pengaturan saluran dipacu AI.

“Tatkala bank-bank memperbaharui semula landskap perniagaan dan teknologi mereka agar kekal relevan dalam dunia digital, jalinan kerjasama dengan ekosistem Teknologi Kewangan menjadi satu kemestian utama. Melalui program FinTech Connect kami, kami dapat memupuk ekosistem kolaboratif yang melibatkan bank-bank dan syarikat-syarikat baharu Teknologi Kewangan bagi mempercepatkan inovasi bermatlamat. Lemnisk ialah platform Teknologi Kewangan terkini yang menyertai ekosistem kami dan kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan mereka,” kata Venkatramana Gosavi, Ketua Jualan Global, Infosys Finacle.

“Kami berasa gembira dapat menjadi Rakan Kongsi Pilihan Finacle Fintech Connect 2019. Platform Data Pelanggan Lemnisk sudahpun memperkasa beberapa perusahaan BFSI yang terkemuka di dunia. Perkongsian Finacle dapat memperkukuh tawaran CDP kami untuk bank-bank dan menonjolkan wawasan kami untuk menjadi penyedia penyelesaian bertumpu vertikal. Menjadi sebahagian daripada program Finacle dapat memberi peluang kepada kami untuk bekerjasama dengan pasukan-pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Finacle dan juga membantu kami memperkenalkan platform kami kepada pelanggan-pelanggan Finacle di lebih 100 negara. Kami berharap dapat menyaksikan tahun 2019 yang amat produktif,” kata Subra Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lemnisk.

Latar Belakang Infosys Finacle

Lemnisk Jalin Kerjasama Dengan Infosys Finacle Menginovasi Bersama bagi Penyelesaian Pemasaran Digital untuk Bank-bank 2
Infosys Finacle Logo

Finacle ialah suit penyelesaian perbankan digital yang utama dalam industri daripada EdgeVerve Systems, sebuah subsidiari produk milik penuh Infosys. Finacle membantu institusi-institusi kewangan tradisional dan baru muncul untuk memacu transformasi yang benar-benar bersifat digital bagi mencapai pengalaman pelanggan yang lancar, peranan ekosistem yang lebih besar, interaksi dipacu wawasan dan pengautomatan merata. Hari ini, bank-bank di lebih 100 negara bergantung pada Finacle untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu bilion pengguna dan 1.3 bilion akaun.

Penyelesaian Finacle dapat menangani perbankan teras, perbankan omnisaluran, pembayaran, perbendaharaan, pengasalan, pengurusan kecairan, perbankan Islam, pengurusan kekayaan, analitik, kecerdasan buatan dan juga keperluan rantaian blok institusi-institusi kewangan bagi mendorong kecemerlangan perniagaan. Satu penilaian yang dibuat terhadap 1250 bank terkemuka di dunia mendedahkan bahawa institusi-institusi yang dikuasakan oleh Penyelesaian Perbankan Teras Finacle, secara puratanya menikmati 7.2% mata lebih rendah bagi nisbah kos-kepada-pendapatan berbanding yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.finacle.com

Latar Belakang Lemnisk

Lemnisk Jalin Kerjasama Dengan Infosys Finacle Menginovasi Bersama bagi Penyelesaian Pemasaran Digital untuk Bank-bank 3
Lemnisk Logo

Lemnisk ialah Platform Data Pelanggan Pintar dan Selamat yang dibina untuk pemasar-pemasar Perbankan, Insurans dan Perkhidmatan Kewangan. Pemasar-pemasar memanfaatkan Lemnisk untuk memaksimumkan penglibatan dan penukaran pelanggan merentas saluran. Keupayaan-keupayaan utama termasuk:

– CDP yang menyelesaikan isu pengguna dengan unik merentas sumber dan saluran data berbeza.

– Model dan algoritma data tersuai dicipta untuk Perbankan, Insurans dan Perkhidmatan Kewangan lain.

– Pengaturan pintar perjalanan setiap pelanggan berdasarkan kecenderungan pelanggan terhadap saluran pemasaran dan memberikan penglibatan yang lebih tinggi.

– Pemperibadian-Hiper yang dapat menghasilkan pesanan dan pengalaman pemasaran unik pada waktu nyata untuk setiap pengguna merentas berbilang titik sentuh pemasaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi  www.lemnisk.co

Sumber: Lemnisk

Lemnisk Jalin Kerjasama Dengan Infosys Finacle Menginovasi Bersama bagi Penyelesaian Pemasaran Digital untuk Bank-bank 4

Komen

komen





Source link