Artikel Terkini

Lesong Mart Bakal Lahir Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Pemborongan Dan Peruncitan


Lesong Mart ditubuhkan pada 5 Julai 2019 dengan sasaran menjadi Pasar Mini berkonsepkan Produk Muslim seratus peratus.

Pasar Mini Lesong Mart memudahkan
masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan berstatus Halalan Toyyiba
selari dengan konsep Halal, Bersih dan Suci.

Dengan visi menjadi peneraju produk Muslim tunggal, Lesong Mart berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan Muslim yang profesional selain mengumpul, menganalisa serta memasarkan produk Muslim.

Lesong Mart juga akan menjadi ONE STOP
CENTER sebagai pemudahcara selain tumpuan golongan kurang berkemampuan
berbelanja melalui penyaluran pemberian bantuan zakat dan infak dalam bentuk
baucar kerajaan.

Lesong Mart juga akan melahirkan golongan
Bumiputera yang akan menceburi bidang pemborongan dan peruncitan secara serius.

Pasar Mini Lesong Mart mendapat perhatian umum masyarakat bukan sahaja dalam kalangan pengguna Muslim tetapi juga bukan Muslim dan ini membuktikan produk yang dihasilkan usahawan Muslim mendapat permintaan yang tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Lesong Mart Sdn
Bhd, Datuk Mohamad Zaini Md Taha, pihaknya mendapat bimbingan dan sokongan
daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Perbadanan Nasional Berhad, PNS,
Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM dan Tekun Nasional.

‘Kita dapat bimbingan bantuan sokongan
daripada PNS. PNS banyak membantu kita selain daripada tu juga Amanah Ikhtiar
juga banyak membantu. Tekun Nasional, MARA kita ada PNB. Banyak agensi-agensi
kerajaan yang membantu kita untuk melahirkan pengeluar-pengeluar produk ini.
Jadi untuk bina Lesong Mart ini kita mungkin boleh melalui Kementerian
Pembangunan Usahawan juga menyediakan ruang untuk kita dapatkan pembiayaan.’ katanya
selepas pelancaran cawangan ke-50 Pasar Mini Lesong Mart di Putra Height,
Subang Jaya, Selangor yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengerusi Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting

Lesong Mart Sendirian Berhad merancang
untuk mendaftarkan 700 pasar mini di bawah jenama Lesong Mart menjelang akhir
tahun ini. Ia selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang digariskan
kerajaan.



Source link