Artikel Terkini

LHDNM Nafi Keluarkan Surat Mohon Bayaran Cukai Keuntungan Pelaburan Saham


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menafikan ada mengeluarkan surat memohon bayaran baki cukai tertunggak atas keuntungan pelaburan saham di salah sebuah syarikat pelaburan.

Dalam satu kenyataan, LHDN menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan dahulu dengan pihaknya sekiranya menerima sebarang e-mel atau surat yang meragukan berkaitan LHDN.

Sebagai memberikan kemudahan kepada orang ramai, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM serta Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.





Source link