Uncategorized

Li Ka-shing: Billionaire Terkaya Di Asia Yang Dikenali Sebagai The Superman Of Hong Kong

Li Ka-shing: Billionaire Terkaya Di Asia Yang Dikenali Sebagai The Superman Of Hong Kong 1


Beliau dilahirkan pada 19.Jun 1928 di Chao’an, Chaozhou-China. Beliau seorang pelabur tersohor dan terkenal sebagai seorang Philanthropist seperti Warren Buffet. Bapanya merupakan seorang pengetua sekolah namun pada tahun 1940, Jepun telah menyerang negara China dan telah memusnahkan sekolah tempat bapanya berkhidmat.

Perang Dunia Kedua yang tercetus di China ketika itu telah menyebabkan beliau dan keluarganya melarikan diri Ke Hong Kong. Ketika itu Li Ka-shing baru berusia 12 tahun. Nasib keluarganya bertambah buruk semasa beliau berusia 14 tahun, apabila bapa beliau meninggal dunia akibat penyakit tuberculosis.

Zaman Remaja Li Ka-shing:

Li Ka-shing: Billionaire Terkaya Di Asia Yang Dikenali Sebagai The Superman Of Hong Kong 2

Akibat tekanan hidup selepas kehilangan tempat bergantung, beliau mengambil jalan untuk berhenti sekolah dan bekerja demi menyara ibu dan adiknya. Gambar rajah di atas, menunjukkan bagaimana kehidupan pelarian di Hong Kong pada tahun 1940.

Namun, pada tahun 1945 tentera Jepun telah mengalah kepada kerajaan British dan ini telah membuka ruang untuk beliau memulakan kehidupan baharu ketika berumur 17 tahun walaupun tanpa wang dan tahap pendidikan yang tinggi.

Zaman Dewasa Li Ka-shing Sehingga Beliau Berjaya:

Pada asalnya beliau mengimpikan untuk menjadi seorang doktor, namun beliau terpaksa melupakan impian tersebut dan cuba menceburi bidang lain iaitu keusahawanan. Selepas 16 tahun terlibat dalam perniagaan, tanpa diduga beliau telah tergolong dalam status self-made billionare dan individu terkaya di Asia.

Li Ka-shing: Billionaire Terkaya Di Asia Yang Dikenali Sebagai The Superman Of Hong Kong 3

Menurut senarai individu terkaya di Hong Kong pada tahun 2015, Wang Jianlin adalah individu terkaya di Hong Kong melebihi $1.5 billion HKD nilai aset kekayaan berbanding Li Ka-shing. Namun, jika diperhalusi jumlah aset beliau, ianya melebihi aset kekayaan Wang Jianlin, di antara buktinya:

  1. Anak beliau iaitu Richard Lee mempunyai aset sebanyak $4.3 billion HKD pada tahun 2015, semua hasil daripada pelaburan ayahnya.
  2. Beliau juga adalah pelopor kepada Shountao University. Disebabkan beliau seorang Philanthropist terkenal, beliau telah menderma lebih daripada $2.5 billion HKD kepada badan amal.
  3. Dengan bersandarkan 2 fakta di atas, semestinya nilai aset kekayaannya beliau melebihi Wang Jianlin.

Nilai Kekayaan Li Ka-shing (GDP/Kapita Hong-Kong):

Jika dilihat berdasarkan kategori ini, beliau boleh mengalahkan gabungan kekayaan Bill Gates:

  1. Populasi penduduk Amerika Syarikat lebih 300 juta penduduk, manakala Hong-Kong lebih dari 7 juta penduduk.
  2. Ini bermakna Li Ka-shing memiliki 10% GDP Hong Kong, manakala Bill Gates hanya memiliki kurang dari 1% daripada GDP Amerika Syarikat.

Selain daripada bersifat dermawan, beliau juga terkenal dengan nasihat dan petikan kata-kata emas dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Di antaranya adalah:

  1. 5 Bucket Rules: `Jika anda mendapat gaji sebanyak $2,000 sebulan, pastikan gaji anda dipecahkan kepada 5 bahagian:
    1. 30% untuk perbelanjaan harian.
    2. 20% untuk hiburan.
    3. 15% untuk mempelajari benda baharu seperti mengikuti bengkel perniagaan atau perdagangan saham.
    4. 10% simpan untuk melancong bagi menggali idea atau merasai pengalaman dunia luar.
    5. 25% untuk dana dalam dunia pelaburan. Jika anda amalkan konsep seperti ini selama 5 tahun, anda sentiasa berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup berbanding sebelumnya.
  2. Makanlah makanan yang ringkas dan bernutrisi tinggi.
  3. Rules of Luck: 10 tahun pertama semasa anda meningkat dewasa, pastikan anda sentiasa berkerja keras untuk menimba pengalaman, sebabnya anda tidak mempunyai wang untuk memulakan sesuatu. Pastikan bekerja sekurang-kurangnya 16 jam sehari dan amalkan membaca buku untuk mendapatkan maklumat sebanyak yang mungkin. Jika anda sentiasa berada di landasan yang betul, anda tidak memerlukan tuah untuk berjaya dan anda boleh berjaya dengan mudah.
  4. Bacalah buku. Sifat membaca seharusnya diamalkan sepanjang hayat. “Semasa saya membesar, saya tidak mempunyai persekolahan yang baik. Oleh sebab itu, saya sentiasa membaca buku. Wang yang saya perolehi akan saya habiskan untuk membeli bahan bacaan.
  5. Penekanan tinggi kepada aliran tunai. “Saya sangat menitikberatkan kepada cara saya mengawal aliran tunai, iaitu sama ada masuk atau keluar. Jika saya sentiasa berdisiplin tinggi, maka saya sentiasa ada dana untuk mencuba industri baharu yang saya hendak ceburi.”
  6. Agak mustahil untuk kekal selamanya di dalam satu sektor perniagaan, sentiasa buat persediaan untuk beralih kepada sektor/benda lain.
  7. Jangan lakukan perkara seperti memperjudikan nasib. “Saya sentiasa memberi nasihat kepada anak saya untuk belajar daripada kesilapan orang lain. Contohnya kejatuhan AIG sebanyak 91% pada tahun 2007-2008. Jika kamu meletakkan pelaburan seperti perjudian, secara tidak langsung kamu sentiasa berada di pihak yang kalah.
  8. Jangan pernah berhenti untuk bekerja bagi meningkatkan kemajuan dalam apa jua bidang. Sehingga kini, beliau masih lagi bekerja keras tanpa rasa jemu.

Jika anda adalah salah seorang kanak-kanak pelarian peperangan, adakah anda mampu mencapai kejayaan seperti Li Ka-shing? Adakah anda mendapat motivasi daripada kisah perjalanan hidup beliau?

Li Ka-shing: Billionaire Terkaya Di Asia Yang Dikenali Sebagai The Superman Of Hong Kong 4

Komen

komen





Source link