Uncategorized

Lipas semakin kebal – Kajian



INI berita buruk bagi anda yang takut atau geli dengan lipas.

Sekumpulan saintis dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat, yang menjalankan kajian terhadap beberapa jenis lipas berbeza mendapati serangga itu kini semakin kebal dengan racun serangga.

Menerusi kajian tersebut, lipas kini bukan sahaja memiliki daya tahan terhadap racun serangga tetapi juga ‘mewariskan’ daya tahan tersebut kepada anak-anaknya, lapor CNN.

“Lipas kini mempunyai ketahanan terhadap pelbagai kelas racun serangga, sekaligus akan membuat kawalan perosak ini hampir mustahil jika hanya menggunakan bahan kimia,” kata ketua saintis, Michael Scharf.

Tambah Scharf, daya tahan dalam satu generasi lipas boleh meningkat sehingga empat atau enam kali ganda. Dengan fakta seekor lipas betina boleh menghasilkan 200 hingga 300 telur dalam jangka hayatnya, ia boleh membawa masalah besar kepada manusia.

Masalah ini akan menjadi lebih buruk di kawasan perumahan kos rendah dan tempat-tempat di mana kawalan serangga yang berkesan tidak disediakan.

Scharf dan pasukannya mencadangkan agar kaedah pemusnahan serangga perosak dipelbagaikan.

Ini boleh termasuk kaedah fizikal seperti memasang perangkap, dan langkah pencegahan seperti sanitasi.





Source link