Artikel Terkini

Malaysia Airlines Dan AirAsia Bakal Bergabung?


Keseluruhan industri penerbangan kini menuju ke arah kemuflisan yang disebabkan oleh penularan wabak Covid-19. Industri penerbangan di Amerika Syarikat yang paling menguntungkan di dunia pun sedang berdepan dengan risis yang teruk dan terpaksa meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengelakkan industri tersebut musnah.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah yang sama dalam industri penerbangan negara kita.

Dua syarikat gergasi penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia (AA) kini menghadapi masalah di mana banyak penerbangan mereka terpaksa dibatalkan pada saat- saat akhir. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia Airlines dan AirAsia merupakan pesaing yang sangat rapat di dalam industri penerbangan negara kita.

Kini kedua-dua syarikat ini terpaksa akur bahawa mereka perlu bekerjasama bagi mencari jalan yang terbaik untuk menghadapi krisis ini. Ada desas-desus yang menyatakan kedua-dua syarikat itu perlu bergabung untuk terus bergerak di dalam industri penerbangan, memandangkan keadaan sekarang yang tidak kelihatan jalan untuk industri tersebut terus bertahan.

Jika Malaysia Airlines dan AirAsia bergabung ,ia akan menjadi syarikat penerbangan terbesar negara dan bakal menjadi sebuah syarikat penerbangan yang kompetitif di Asia.

Buat masa sekarang, Malaysia Airlines mempunyai 81 buah kapal terbang yang aktif berlepas dan syarikat ini sinonim dengan menggunakan pesawat yang dihasilkan oleh Boeing. Manakala  AirAsia mempunyai 61 buah kapal terbang aktif yang kebanyakannya dihasilkan oleh AirBus.

Daripada segi keuntungan pula, AirAsia lebih berdaya saing berbanding dengan Malaysia Airlines dalam pengurusan syarikat. AirAsia mencatat keuntungan sebanyak RM12.4 billion pada tahun lepas dan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 16% serta pertumbuhan di dalam perniagaan sebanyak 31%.

Berbeza dengan Malaysia Airlines yang telah sekian lama menghadapi masalah di dalam perniagaan mereka. Malaysia Airlines mencatat kerugian setiap tahun dan terpaska diberi suntikan kewangan oleh kerajaan sebanyak RM5 bilion untuk terus beroperasi. Syarikat tersebut hanya mencatat 1% dalam pertumbuhan pelanggan pada tahun lepas.

Dengan Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia, ianya telah menambah lagi penderitaan terhadap kedua–dua syarikat penerbangan ini. AirAsia dijangka akan memulakan semula penerbangan pada 28 April ini, bergantung kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaaan.

Malaysia Airlines masih lagi ternanti-nanti tarikh untuk mula semula, namun syarikat penerbangan ini lebih kepada membawa rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk kembali ke Malaysia dan mereka akan dikuarantin selama 14 hari sebelum boleh pulang ke rumah masing-masing.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Dato’ Seri Azmin Ali juga turut membuat komen mengenai penggabungan kedua-dua syarikat ini. Menurut beliau lagi, Malaysia Airlines pada penghujung tahun lepas telah mencari rakan strategik bagi mengembalikan keuntungan kepada syarikat tersebut.

AirAsia merupakan salah satu pilihan strategik yang diwar-warkan, selain daripada rakan niaga dari luar negara. Setelah berlakunya pandemik ini, kesukaran untuk bergabung dengan syarikat penerbangan dari luar akan menjai semakin ketara dan AirAsia merupakan satu-satunya pilihan bijak bagi menyelamatkan industri penerbangan negara.

Sumber Rujukan:

Harga Saham AirAsia Naik 26%

Kredit: TradingView

Setakat pagi 20 April 2020, harga saham AirAsia telah pun melonjak naik sebanyak 26% dalam masa hanya seminggu. Ini berikutan pengumuman bahawa penerbangan AirAsia akan bermula pada 28 April nanti.

Jika desas-desus penggabunggan AirAsia dengan Malaysia Airlines semakin bertiup kencang, adakah harga saham akan meneruskan kenaikan?



Source link