Uncategorized

Malaysia bida tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends tahun depan

Malaysia bida tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends tahun depan 1



Malaysia bida tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends tahun depan 2

PETALING JAYA: Malaysia tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends, tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jika benar penganjuran Piala Dunia itu akan diadakan pada tahun depan, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membawa kejohanan itu ke negara ini.

“Kalau boleh kami akan cuba sebaik mungkin, nanti saya akan semak dengan pasukan KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga persatuan e-sukan kerana mereka pun ada persatuan antarabangsa.

“Kalau boleh memang kita hendak bawa Piala Dunia itu ke Malaysia,” kata Syed Saddiq selepas merasmikan program Sukan Projek Perumahan Rakyat (PPR) peringkat negeri Selangor di PPR Lembah Subang Dua, pada Sabtu.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, pembangun e-sukan mudah alih popular Mobile Legends – Moonton merancang untuk mengadakan kejohanan peringkat dunia pada tahun depan.

Moonton juga bercadang untuk mengadakan kejohanan di peringkat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat berikutan peningkatan jumlah pemain di rantau itu.

Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih dalam talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton pada 2016.

Bagi setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk ‘memusnahkan’ pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.

— BERNAMA





Source link