Uncategorized

Malaysia, China kukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin



BEIJING: Malaysia berhasrat untuk mengembangkan lagi hubungan baik dengan China, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kedua-dua negara telah memperkukuhkan kerjasama khususnya menerusi Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan sambil memperkukuhkan persefahaman bersama antara tamadun dan budaya kedua-dua pihak.

“Kita juga perlu melihat bagaimana kita dapat menambah baik dalam menangani perbezaan dan pertikaian sambil mengekalkan keamanan dan kestabilan selain memupuk kerjasama serantau dan koordinasi multilateral dengan Asia Timur menjadi tumpuan utama,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi.

Saifuddin juga mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongannya yang berterusan, terutamanya dalam membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia.

“Kami berterima kasih kepada China kerana terus membeli minyak sawit dari Malaysia, ini menunjukkan bahawa hubungan antara kedua-dua negara adalah kukuh.

“Ini bukan hanya terhad kepada jualan minyak sawit tetapi juga aktiviti hiliran yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya,” katanya.

BACA: Mujahid bawa isu keamanan, halal dan haji ke China – Pejabat Menteri

Pada 2018, Malaysia mengeksport 3.07 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM8.4 bilion ke China berbanding 2.87 juta tan bernilai RM9.42 bilion pada 2017.

Sementara itu, Wang Yi berkata hubungan China-Malaysia masih kekal kukuh dan dinamik walaupun menghadapi cabaran ekonomi global.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk mewujudkan mekanisme perundingan dua hala mengenai isu-isu maritim.

BACA: Usaha tangani masalah pencemaran laut tanggungjawab bersama – Dr Mahathir

Wang Yi berkata ketegangan di Laut China Selatan telah reda.

“Kami akan menggunakan platform dialog untuk membuat perbezaan dan menggalakkan kerjasama maritim dan kestabilan serantau di Laut China Selatan,” kata Wang Yi.

Lawatan rasmi Saifuddin ke Republik Rakyat China (PRC) dari 9 hingga 13 Sept adalah sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China (PRC).

BACA: Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Hubungan Malaysia-China kembali normal

Jadual lawatannya termasuk melawat ke ibu pejabat gergasi telekomunikasi dan IT – Huawei Technologies and Tencent – di Shenzhen, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di Nanning, dan bertemu dengan pemimpin wilayah Guangxi.

CMQIP adalah taman berkembar Taman Perindustrian Malaysia China-Kuantan (MCKIP).

BACA: Selepas Nuan-Nuan, apa nama anak kedua panda gergasi?

— BERNAMA





Source link

Related Posts