Uncategorized

Malaysia-China setuju tingkat kerjasama dalam bidang TVET

Malaysia-China setuju tingkat kerjasama dalam bidang TVET 1



Malaysia-China setuju tingkat kerjasama dalam bidang TVET 2

BEIJING: Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasamadalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi membantu peningkatan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata persetujuan itu dicapai ketika mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan, Naib Perdana Menteri Sun Chunlan bersempena lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Isnin.

Beliau berkata antara usaha yang boleh dilakukan termasuk mengalakkan kerjasama strategik bersama syarikat China di Malaysia dengan institusi pengajian tinggi Malaysia dengan kepakaran khusus dalam TVET.

“Saya telah menyarankan agar kerajaan China mengiktiraf lebih banyak universiti tempatan dan universiti asing Malaysia bagi menarik lebih ramai pelajar dan penyelidik China ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

“Sun turut menyatakan kesediaan kerajaan China untuk mengimport lebih banyak produk agrikomoditi Malaysia termasuk kelapa sawit dan getah,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai bidang pengurusan dan pengurangan risiko bencana, Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata Malaysia dan China bersetuju untuk berkongsi amalan terbaik, bertukar-tukar lawatan antara pegawai, latihan bersama dan perkongsian ilmu.

Katanya persetujuan itu dicapai semasa pertemuan beliau bersama Penasihat Negara Wang Yong yang juga bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana di China.

BACA: TVET jadi ‘game changer’ kerajaan lahir tenaga mahir – Dr Mahathir

“Kami bersetuju Malaysia dan China mempelopori kerjasama dalam bidang ini terutamanya sains dan teknologi dalam pengurangan risiko bencana,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan China turut bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam penstrukturan semula sembilan jabatan dan agensi kepada sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Pengurusan Bencana yang dilakukan rentetan daripada gempa bumi pada 2008.

Terdahulu dalam sesi berasingan Dr Wan Azizah berpeluang mengunjungi Masjid Dongsi yang merupakan antara masjid tertua di Beijing berusia lebih 600 tahun yang juga menempatkan ibu pejabat Persatuan Islam Beijing.

“Semasa di Masjid Dongsi, saya telah berjumpa dengan Sheikh Hasan Yang Faming, Pengerusi Persatuan Islam Beijing.

“Dalam perbincangan bersama Sheikh Hasan, saya telah memaklumkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa berminat dan prihatin terhadap hal ehwal masyarakat Islam di negara luar. Justeru itu, lawatan saya ke masjid Dongsi adalah untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan masyarakat Islam di China,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts