Artikel Terkini

Malaysia Keenam Tertinggi Bagi ‘Rental Yield’ Hartanah Asia Pada Tahun 2019


Malaysia berada
dalam senarai keenam negara dengan kadar pulangan hasil sewaan atau rental
yield tertinggi di Asia untuk tahun 2019.

Statistik ini agak
mengejutkan ramai pemerhati hartanah kerana pada tahun 2018, Malaysia menduduki
tempat ketiga di belakang Indonesia dan Filipina pada kadar 8.76%!

Kadar median rental
yield yang dicatatkan di Malaysia untuk tahun 2019 adalah pada kadar 3.72% iaitu penyusutan sebanyak -5.04%.

Penganalisis
hartanah mengandaikan bahawa kos duti setem yang tinggi terhadap hartanah mewah
dan kelembapan pasaran Bursa Malaysia berbanding saham Asia lain menjadi faktor
utama Malaysia menduduki tempat keenam dalam rental yield hartanah di Asia bagi
tahun 2019.

Lambakan bekalan
hartanah high rise di satu kawasan yang sama juga menyebabkan berlaku permainan
harga di kalangan pemilik hartanah kediaman.

Buktinya, Mont
Kiara dan Hartamas mengalami defisit dalam keuntungan hasil sewaan pada tahun
2019 sebanyak 1.37%.

Kadar median sewa pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,825 dan turun menjadi RM1,800 pada tahun 2019!

Kesannya, ada unit yang disewa pada kadar lebih murah berbanding unit yang lain sungguh pun kedua-dua unit tersebut mempunyai keluasan yang sama!

Buat yang kurang
faham akan maksud rental yield, rental yield merupakan pulangan hasil yang
diperoleh oleh seorang pemilik hartanah hasil daripada menyewakan hartanahnya
kepada penyewa.

Cara kiraan rental yield adalah dengan cara menjumlahkan pendapatan sewa tahunan hartanah dan dibahagikan dengan jumlah amaun yang telah pun dilaburkan terhadap hartanah tersebut.

Harga Median Rumah Di Malaysia Turun Semenjak 2014

Berita baiknya
ialah harga rumah median Malaysia kini menurun kepada RM268,000, yang merupakan tahap terendah yang dilihat lima tahun
lalu pada 2014 apabila harga median berada pada RM270,000.

“Harga rumah turun, rental yield pun turun!”

Apa yang lebih
mengejutkan adalah pada suku pertama 2019, harga median adalah lebih rendah berbanding
pada tahun 2017 dengan kadar 11.6%
yakni pada harga RM303,000.

Harga median rumah
pada suku pertama 2019 juga lebih rendah berbanding tahun 2018 dengan perbezaan
9.7% dan pada harga RM296,944.

Kuala lumpur
menempatkan hartanah yang paling mahal di Malaysia dengan harga median RM786,800 diikuti Selangor RM479,894.

Hartanah kediaman
paling murah di Malaysia pula terletak di Kelantan, Perlis dan Melaka dengan
median harga RM200,000.

Ranking Rental Yield Hartanah Asia Tahun 2019

  • Indonesia 7.09%
  • Filipina 6.13%
  • Kemboja 5.33%
  • Thailand 5.13%
  • Vietnam 4.33%
  • Malaysia 3.72%
  • Singapura 3.30%
  • Jepun 2.66%
  • Hong Kong 2.35%
  • India 2.32%
  • China 2.10%
  • Taiwan 2.06%

Indonesia dan
Filipina seperti tahun sebelumnya mengungguli ranking rental yield hartanah
asia Pasifik pada tangga pertama dan kedua dengan kadar 7.09% dan 6.13%.

Kadar pulangan
hasil sewaan semasa atau rental yield di Malaysia merupakan refleksi kepada harga
rumah semasa di Malaysia.

Ini adalah kadar
yang harus diterima pemilik hartanah dengan kejatuhan median harga rumah jenis
kediaman di Malaysia bermula suku pertama 2019. 

Kadar pulangan
hasil sewaan yang direkodkan adalah dari pasaran kediaman jenis apartmen dan
teres.

Pembeli rumah juga
boleh menjangkakan yang kadar sewa bagi hartanah baru di sesetengah kawasan
juga akan menurun.

Akan tetapi, kediaman jenis high rise dengan kondisi dan fasiliti yang baik dan mempunyai kelengkapan rumah akan terus menjadi pilihan utama di pasaran sewaan di Malaysia.

Semakin Mahal Harga Rumah, Semakin Tinggi Kos Penyelenggaraan

Bagi pelabur hartanah yang mencari hasil sewa yang tinggi, anda perlu melihat kos penyelenggaraan, yang boleh menjejaskan hasil sewa bersih anda.

Kebanyakan pelabur
hartanah cenderung untuk memilih hartanah kediaman mewah sebagai pelaburan
tanpa mengambil kira kos penyelenggaraan.

Apa yang pasti,
peratus keuntungan hasil sewaan dijangka tidak meningkat banyak di Kuala Lumpur
sekiranya ekonomi terus melemah dan menjejaskan peluang pekerjaan.

Akan tetapi, kawasan yang matang seperti Bangsar, Damansara dan Petaling Jaya akan kekal relevan sebagai lokasi tumpuan sewaan sungguh pun rental yield di kawasan ini tidak lagi meriah seperti dahulu.

Sumber Rujukan:



Source link