Artikel Terkini

Malaysia mampu capai unjurkan KDNK 3.7 peratus



KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mampu memperoleh unjuran sehingga 3.7 peratus bagi tahun ini.

Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Prof. Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, jangkaan itu dilihat lebih tinggi berbanding unjuran yang dikeluarkan oleh Bank Dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, unjuran itu boleh dicapai jika penyaluran suntikan modal kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dapat diagihkan selewat-lewatnya Ogos ini.

Beliau yang juga Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, langkah itu bagi melancarkan proses pemulihan ekonomi negara sekali gus merancakkan semula sektor tersebut.

“Penyumbang terbesar dalam KDNK negara adalah hasil daripada pelaksanaan Prihatin dan Penjana di mana kedua-dua pelan ini jelas menunjukkan isyarat jelas bahawa ekonomi perlu dipulihkan dalam masa terdekat.

“Perkara ini mampu dicapai dengan syarat semua perbelanjaan atau penyaluran menerusi dua pelan ekonomi itu diagihkan kepada golongan sasar dalam masa terdekat,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.

Bank Dunia menerusi laporan pemantauan Ekonomi Malaysia bertajuk ‘Surviving the Storm’, mengunjurkan KDNK Malaysia menguncup kepada 3.1 peratus.

Unjuran itu dilihat realistik disebabkan oleh pergerakan ekonomi yang perlahan dalam usaha menangani wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Mohd Yusof  berkata, kadar pertumbuhan 3 peratus itu juga dilihat akan membantu mengurangkan kadar penganggurang negara.

“Meskipun ramai mengujurkan kadar pengangguran negara akan melebihi 5 peratus, tetapi kita boleh kurangkan kadar ini dengan cara memperuntukan latihan kepakaran kepada belia.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan setiap saluran dana untuk latihan berkenaan dikehendaki mencapai standard ditetapkan sehingga mampu mencipta peluang pekerjaan yang berdaya saing dan mempunyai nilai tambah tinggi,” jelasnya.





Source link

Related Posts