Artikel Terkini

Malaysia, Sukuk Dan Kewangan Hijau Islam


Perubahan iklim masih merupakan topik perbahasan dalam kalangan ahli politik di seluruh dunia. Para saintis, sebaliknya, bersetuju dan sebulat suara mengatakan  bahawa perkara ini adalah benar.  Meskipun begitu, pihak manakah yang semakin tegas mengenai isu ini?

Pihak tersebut adalah para pelabur.

Baru-baru ini, pemeliharaan alam sekitar telah menjadi tumpuan dan mendapat perhatian daripada pelabur-pelabur baru. Mengikut laporan daripada Global Sustainable Investment Alliance (GSIA), dana sebanyak sekurang-kurangnya USD30.7 trilion (RM128.39 trilion) kini telah dipegang bagi pelaburan mampan atau pelaburan hijau.

Situasi yang dikenali sebagai kewangan hijau ini telah menunjukkan kenaikan sebanyak 34% berbanding dengan tahun 2016.

Sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, Malaysia telah mengeluarkan sukuk hijau yang tersendiri yang sebelum ini tidak pernah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pembangunan kewangan hijau dan penyertaan pelabur dalam sukuk yang berasaskan Social Responsible Invesment (SRI).

Pencapaian ini adalah hasil usaha bersama di antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kumpulan Bank Dunia.

Perlukan duit tambahan sepanjang bulan Ramadhan ini? Klik sini sekarang!

Apa Itu Sukuk Hijau?

Sukuk adalah bon Islamik yang boleh menghasilkan pulangan kepada para pelabur tanpa melanggar undang-undang syariah. Antara unsur-unsur yang dapat dielakkan adalah seperti riba (faedah), gharar,  maisir dan zulm. Dengan menjauhi unsur-unsur tersebut, kewangan Islamik menjadi lebih menarik, walaupun kepada orang bukan Islam.

Sukuk menawarkan sijil dan hasilnya
kemudian digunakan untuk membeli aset yang dimiliki oleh penjual dan pembeli
secara bersama.

Selepas itu, sukuk hijau hanya boleh
menggunakan hasilnya untuk pelaburan mesra alam. Ini merupakan satu langkah
yang besar bagi merapatkan jurang antara sistem kewangan konvensional dan
Islamik.

Kenapa Sukuk Hijau?

Sukuk memastikan pelabur mempunyai tahap
kepastian yang tinggi bahawa wang mereka akan digunakan untuk tujuan tertentu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara prinsip syariah yang perlu dipatuhi
adalah mengelakkan unsur gharar.

Secara umumnya, gharar boleh diterjemahkan sebagai ketidakpastian yang boleh mendedahkan seseorang itu kepada bahaya dan ia juga bermaksud penipuan, risiko atau peluang yang tidak sah dan tidak dapat dinilai. Oleh itu, dana yang dikutip melalui sukuk mestilah digunakan untuk pelaburan dalam aset atau usaha yang dikenalpasti.

Sekiranya sukuk dapat distruktur bagi menyediakan dana untuk projek infrastruktur tertentu seperti projek mengenai tenaga boleh diperbaharui, wang pelabur boleh dialihkan dan digunakan untuk tujuan yang lain.

Kebanyakan pelabur yang mengambil berat
tentang kelestarian alam sekitar ingin tahu bagaimana wang mereka akan
digunakan. Jika pengeluar melakukan aktiviti yang tidak memenuhi piawaian alam
sekitar pelabur, rayuan terhad dalam bon yang merupakan tanggungjawab am
sebagai pengeluar dapat dilakukan.

Terdapat banyak lagi produk pelaburan yang tertumpu pada alam sekitar di bahagian ekuiti pasaran modal berbanding dengan bahagian pendapatan tetap. Di sinilah kelebihan sukuk dapat dilihat. Mereka adalah mirip seperti sekuriti pendapatan tetap konvensional.

Oleh yang demikian, mereka dapat membantu mengisi jurang bekalan pendapatan tetap bagi para pelabur. Hal ini berlaku sehingga tahap di mana hasil sukuk tersebut dapat diperuntukkan bagi kepentingan alam sekitar.

Islam Dan Kewangan Hijau

Al-Quran dan tradisi kenabian menekankan
tentang kepentingan pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. Agama Islam
memerintahkan umat manusia supaya menjaga alam sekitar dan alam semula jadi dan
mengelakkan sebarang aktiviti yang memudaratkan mereka.

Hal ini berkait rapat dengan tujuan utama syariah (prinsip Maqasid al-Syariah).  Ia bertujuan untuk memperoleh kepentingan orang ramai (maslahah) dan menghapuskan kerosakan dan kebinasaan (mafsadah).

This image has an empty alt attribute; its file name is Sedania-As-Sidq-Banner.jpg

Perlukan duit tambahan sepanjang bulan Ramadhan ini? Klik sini sekarang!

Perkara ini digariskan di bawah lima subjek yang utama iaitu: perlindungan kehidupan, pemeliharaan agama, menegakkan kesempurnaan akal manusia, melindungi keluarga dan melindungi harta yang sah.

Kewangan Islamik mempunyai prinsip asas yang sama seperti kewangan mampan. Antaranya ialah kestabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi, pengurangan tahap kemiskinan dan agihan kekayaan, lingkungan kewangan dan sosial serta pemeliharaan alam sekitar.

Oleh itu, ia telah membenarkan kewangan Islamik memanfaatkan persamaan ini dan menjadi satu kaedah bagi menyebarkan unsur-unsur kewangan hijau.

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.



Source link