Uncategorized

Masa Untuk ‘Kejarkan’ Skor Anda!

Masa Untuk ‘Kejarkan’ Skor Anda! 1


Kuala
Lumpur, 4 Julai, 2019 –
RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), sebuah
agensi pelaporan kredit terkemuka, hari ini melancarkan Bulan Kesihatan
Kredit (Credit Health Month 2019; CHM 2019)
yang ke-2 bertemakan “Run
Up Your Score”
(Kejarkan Skor Anda). Program pendidikan dan kesedaran yang
diadakan setiap tahun ini kembali bagi memperkasakan rakyat Malaysia dalam
meningkatkan usaha untuk menjaga kesihatan kredit mereka dan sekaligus
meningkatkan kedudukan celik kewangan negara di peringkat antarabangsa.

Profil
Skor Kredit 2019 RAMCI
yang melibatkan sampel asas sebanyak 4.2 juta
individu mendedahkan bahawa 69% rakyat Malaysia mempunyai skor kredit yang baik
atau kukuh. Walaupun ini merupakan peningkatan berbanding statistik tahun
lepas, sebagai sebuah negara, kadar celik kewangan kita masih di bawah purata. Malah,
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mendedahkan bahawa
Malaysia menduduki tempat ke-26 di antara 30 negara yang turut serta dalam
Laporan 2016 untuk Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Oleh itu, pelancaran CHM 2019 adalah tepat pada masanya bagi memperkasakan serta membimbing rakyat Malaysia untuk mengawal kesihatan kewangan mereka dan terus melangkah jauh ke tahap pemahaman kewangan serta laporan kredit yang lebih tinggi.

Masa Untuk ‘Kejarkan’ Skor Anda! 2

Bercakap
pada pelancaran itu, Cik Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI
berkata, “Kami melihat sebuah trend positif di kalangan rakyat Malaysia
kerana orang

ramai
mula memahami kepentingan menguruskan kesihatan kewangan mereka.

Demi
menyokong kesedaran yang semakin meningkat ini, program pendidikan kewangan
perlulah diteruskan. Tahun lepas buat pertama kalinya, RAMCI memperkenalkan
bulan Julai sebagai Bulan Kesihatan Kredit di Malaysia, yang merupakan
sebahagian daripada program kesedaran kami. Kesinambungannya, edisi tahun ini
bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk sihat secara fizikal dan
kewangan.

“Untuk mengalakkan orang ramai, kami
memberi promosi istimewa kepada semua rakyat Malaysia – 50% DISKAUN untuk semua
produk di RAMCI pengguna website seperti Laporan Kredit Peribadi, Laporan
Kredit Peribadi Plus, JagaMyID dan JagaMyID Plus. Semestinya, JagaMyID Plus
(Promosi Khas: RM49.50 setahun) ialah pakej yang anda patut pilih. JagaMyID
Plus ialah sebuah kemudahan
pemantauan kredit yang komprehensif buat individu bagi melindungi skor kredit
peribadi mereka dan melindungi diri dari kecurian identiti. Ia mempunyai
manfaat tambahan iaitu perlindungan insuran 24 jam seluruh dunia melibatkan
perlindungan pengeluaran ATM, kecurian ragut dan lain-lain lagi.

“Selain daripada insentif khas bagi
kemudahan kredit kami, kami juga akan menganjurkan acara Larian Santai “Run
Up Your Score”
buat julung-julung kalinya pada 28 Julai 2019 di
Lake Gardens Kuala Lumpur, sebuah acara aktiviti riadah yang menyeronokkan dan
sihat! Acara ini juga membolehkan kami berinteraksi dengan rakyat Malaysia dari
semua lapisan masyarakat dan menggalakkan mereka untuk “mengejar” skor mereka bukan
sahaja dari segi fizikal tetapi juga kewangan, “kata Lai lagi.

Dalam Profil Skor Kredit 2019 RAMCI,
71% daripada asas sampel ialah golongan berusia 44 tahun ke bawah, umur utama
untuk mengambil kredit. Berdasarkan statistik ini, profil skor kredit individu
semakin bertambah kukuh seiring dengan usia. 56% golongan berusia 55 tahun ke
atas mempunyai profil skor kredit yang kuat berbanding hanya 29% dalam kalangan
golongan berumur 34 dan ke bawah.

Menurut Bancian Pengguna 2019 RAMCI, laman web dengan skor 80% muncul sebagai platform pilihan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendidikan kewangan, menjangkau media sosial dan surat khabar. Selain itu, 44% mempunyai tabiat memeriksa laporan kredit mereka sekali dalam 6 bulan sementara kira-kira 11% memeriksa setiap bulan.

Masa Untuk ‘Kejarkan’ Skor Anda! 3

Sempena CHM 2019, RAMCI juga menjalankan
kempen media sosial berunsur pendidikan untuk memberikan rakyat Malaysia
maklumat kesihatan kredit di hujung jari dan sekaligus meningkatkan kadar celik
kewangan di Malaysia. Program jelajah dan sesi perkongsian akan turut
dianjurkan dengan kerjasama agensi kerajaan, sektor kewangan, serta sektor
swasta dan universiti.

“Kami berasa optimistik bahawa
inisiatif Bulan Kesihatan Kredit akan meningkatkan lagi pelaporan kredit di
negara ini, terutamanya dalam kalangan golongan milenial supaya mereka dapat
memeriksa laporan kredit mereka dan dalam proses itu, menguruskan kewangan
mereka dengan lebih berkesan untuk mengurangkan hutang,” kata Lai.

Bagi mendapatkan promosi khas RAMCI, orang ramai dijemput untuk melayari www.MyCreditInfo.com.my. Bagi menyertai Run “Run Up Your Score” RAMCI, orang ramai boleh melayari www.ticket2u.com.my dan mendaftar untuk jarak pilihan mereka – sama ada 5km (RM50 setiap seorang) atau 10km (RM60 setiap seorang). Semua peserta akan menerima Medal, T-Shirt, e-Sijil, Laporan Kredit Peribadi Plus dengan CCRIS dan maklumat skor kredit. Peserta juga akan berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Layari laman web Maklumat Kredit RAM (www.MyCreditInfo.com.my) dan Facebook (@RAM Credit Information) untuk maklumat lanjut.

Mengenai RAM Credit Information Sdn Bhd
RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) merupakan agensi pelaporan kredit yang terkemuka dan paling dipercayai di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Ia mempunyai pangkalan data menyeluruh yang dibina sepanjang 26 tahun yang lalu. Hari ini, rakan-rakan institusi RAMCI seperti RAM Holdings Berhad dan Experian Asia Pacific telah memanfaatkan syarikat tersebut dengan pengetahuan domain yang luas bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna di Malaysia serta di peringkat global menerusi pelbagai perkhidmatan yang komprehensif. Ia turut berkolaborasi dengan persatuan dan koperasi bagi memenuhi keperluan ahli-ahli mereka. Keupayaan teras RAMCI termasuk maklumat kredit atas talian, perkhidmatan penarafan kredit dan pemarkahan kredit, perkhidmatan pemantauan dan maklumat antarabangsa dan perkhidmatan biro perdagangan (“Trade Bureau”). Untuk maklumat lanjut, layari www.ramcreditinfo.com.my.

*Untuk dapatkan diskaun 50%, layari MyCreditInfo dan masukkan kod CHMWEB19. Hanya untuk bulan Julai 2019 saja!

Berita baik untuk follower Majalah Labur, dapatkan diskaun 10% untuk sertai larian berikut:

Tarikh: 28 Julai 2019 (Ahad)
Tempat: Lake Garden, KL
Masa: 7 Pagi

Langkah untuk dapatkan diskaun 10%

1. Layari https://www.ticket2u.com.my/event/13498
2. Pilih 10km/5km
3. Beli Tiket
4. Masukkan kod promo RAMCITENOFF
5. Diskaun 10% akan diberikan
6. Masukkan butiran
7. Lengkapkan pendaftaran

Ada lagi, katanya laporan kredit / CCRIS akan diberi secara percuma kepada mereka yang join.

Masa Untuk ‘Kejarkan’ Skor Anda! 4

Komen

komen





Source link