Uncategorized

Masjid Razaleigh bercirikan Masjidil Haram Mekah dibuka akhir tahun

Masjid Razaleigh bercirikan Masjidil Haram Mekah dibuka akhir tahun 1



Masjid Razaleigh bercirikan Masjidil Haram Mekah dibuka akhir tahun 2

GUA MUSANG: Masjid Razaleigh yang bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf bagi bakal dijangka dibuka sebelum akhir tahun ini.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerja-kerja akhir pembinaan masjid sejak tiga tahun lepas yang menelan belanja RM28 juta masih berjalan manakala bekalan elektrik mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.

“Masjid yang terletak di tapak Balai Polis lama di bandar lama, di sini, bila dibuka nanti ia akan menjadi mercu tanda baharu bagi mengantikan masjid lama kerana kerap tenggelami banjir.

“Masjid Razaleigh adalah yang termoden di negara ini dan belum ada dibina di tempat lain. Ia bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan belajar tawaf bagi bakal haji mengikuti kursus secara sebelum ke Makkah,” katanya sambil menambah sebelum ini bakal jemaah haji mengikuti kursus haji secara biasa di Masjid Tengku Faiz Petra,” katanya kepada pemberita selepas melawat masjid baharu itu, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, masjid yang dibina pada 2016 itu turut dilengkapi dengan bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau turut mengakui masjid lama yang terletak tidak jauh dari situ dan ditepi Sungai Galas kerap ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh akhir tahun hingga banyak peralatan rosak dan perlu ditukar baharu.

Katanya, beliau sendiri mengeluarkan idea untuk membina masjid baharu termoden dan tercanggih itu supaya dapat memberi keselesaan bukan sahaja kepada jemaah daripada penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar.

Menurut beliau lagi, masjid yang berkeluasan 70,000 kaki persegi itu dibina daripada bahan berkualiti tinggi dan pemasangan jubin atas tapak seluas 1.5 hektar.

“Kita sentiasa pantau pembinaan masjid ini supaya ia dapat disiapkan ikut jadual dan mempunyai seni bina menarik seperti yang kita lihat Masjidil Haram di Makkah,” katanya.

— BERNAMA





Source link