Artikel Terkini

MEF gesa kerajaan kaji semula prosedur syarikat, elak pembuangan pekerja

51455619299 shamsuddinbardan - MEF gesa kerajaan kaji semula prosedur syarikat, elak pembuangan pekerja



51455619692 shamsuddinbardan - MEF gesa kerajaan kaji semula prosedur syarikat, elak pembuangan pekerja

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk melihat semula prosédur-prosedur yang ditetapkan kepada syarikat supaya tidak mengekang perjalanan syarikat  yang akhirnya memberi tekanan kepada pembuangan pekerja.

Sebaliknya, Pengarah Eksekutif, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan seharusnya memberi kelonggaran kepada syarikat bagi mengatur terma dan syarat sendiri yang lebih fleksibiliti semasa COVID-19.

Tambah beliau, apa yang dimahukan oleh syarikat adalah fleksibiliti untuk menguruskan kakitangan yang berkait langsung dengan kos gaji dan kos terma.

Pun begitu beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang perlu dikekalkan selepas selesai pandemik. “Apa yang penting fleksibilitii ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan pekerja daripada dibuang kerja,” katanya dalam temubual Skype dengan Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Menjelaskannya, Shamsuddin berkata, peraturan administrasi yang memerlukan majikan untuk mengisi borang pekerja pada setiap hari bagi diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tentunya memakan belanja yang tinggi jika dilihat dari sudut majikan.

Perkara itu katanya, barangkali sesuatu yang kecil kepada kerajaan yang memerlukan majikan untuk melaporkan keadaan harian pekerja namun tidak bagi kebanyakan majikan.

Setiap borang akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk diisi, katanya.

“Cuba bayangkan kita ada kira-kira 850,000 majikan yang perlu berbuat demikian dan jika dilihat pada kos sebulan, ia melibatkan hampir RM1.94 bilion,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsuddin memberitahu, peruntukkan RM250 bilion menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) meskipun nampak besar namun ia hanya mewakili kira-kira 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Rangsangan yang diberikan kepada majikan dan pekerja pula katanya adalah kurang daripada lima peratus.





Source link

Related Posts