Artikel Terkini

Melabur Dalam Unit Amanah Atau Takaful?


Sejak pengumuman dividen di Tabung Haji dan ASB tahun lepas yang semakin berkurangan, ada juga agen yang mencadangkan kita untuk melabur menggunakan takaful.

Baik,

Kedua-duanya adalah bagus cuma perlu tahu apa matlamatnya:

Pelaburan Dalam Unit Amanah

1. Melabur dalam unit amanah ada risikonya. Jika kita melabur ke dalam segmen yang kurang berisiko seperti money market dan sukuk, tak perlu nak risau sangat kerana ‘low risk, low return’. Jika melabur dalam segmen ekuiti, ya ada risiko yang perlu diambil kerana ekuiti adalah ‘high risk, high return’.

Kredit Gambar: Quora

2. Melabur dalam unit amanah, kita boleh keluarkan kembali wang pada bila-bila masa sahaja. Wang tersebut akan masuk ke akaun dalam 5-7 hari bekerja.

3. Melabur dalam unit amanah dengan harga tetap seperti ASB sangat digalakkan kerana tidak perlu ditolak caj pengurusan 3-7%. Jika kita letak RM10,000, maka RM10,000 tersebut pada tahun depan akan ditambah dengan dividen.

4. Melabur dalam unit amanah boleh dapat dividen dan juga capital gain. Dividen diberi pada waktu akhir kewangan, capital gain kita boleh dapat dengan pembelian unit pada harga murah.

Sebagai contoh, Sarah membeli unit trust capital gain.

Januari 2020 = beli unit trust pada harga RM0.40
Januari 2025 =harga NAV naik RM0.65
Capital Gain = (harga semasa – harga beli) X 100% = (0.65-0.40) X100% =25%

Sarah untung sebanyak 25% capital gain dalam masa 5 tahun.

Pelaburan Dalam Takaful

1. Melabur menggunakan instrumen takaful bagus juga kerana ada perlindungan sekiranya kita meninggal, waris akan dapat sum assured dan juga cash value

2. Untuk plan melabur jangka masa pendeh, boleh guna takaful. Ada beberapa syarikat yang menawarkan pelaburan takaful dalam tempoh 8 tahun atau 10 tahun sahaja. 

Sebagai contoh, jika kita melabur RM10,000 setiap tahun dengan sum covered RM70,000, kita labur secara konsisten selama 8 tahun; setiap tahun kita akan dapat RM3,000-RM5,000 dan jika kita meninggal, waris akan dapat cash value dan sum covered.

Kelemahan pelaburan menggunakan takaful, kita tidak boleh bawa keluar wang tersebut untuk tempoh tertentu, kontrak boleh terbatal jika kita tidak bayar untuk tahun-tahun yang akan datang.

Risikonya duit tak boleh dikeluarkan segera dan perlindungan akan terbatal sekiranya berlaku lapse dalam pembayaran

Namun, ianya sesuai untuk dilakukan oleh mereka yang mempunyai cash yang banyak dan confirm akan buat payment sepanjang tempoh 8-10 tahun itu.

Oleh itu, melaburlah ke dalam instrumen yang boleh ‘dicairkan’ dengan mudah, jika kita rasa nak pakai duit segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu



Source link