Uncategorized

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 1


Berminat nak tinggal dekat tepi gunung, tapi tak nak duduk hulu sangat? 

Kawasan yang Tok nak reviu ni adalah kawasan tanah tinggi yang hanya 12.5km dekat dengan KLCC.

GH Masterclass

Kelebihan tinggal dekat kawasan bernama Melawati ni adalah dari segi kemudahan yang mudah untuk didapati selain akses untuk ke tempat kerja, memandangkan Pusat Bandar adalah tumpuan utama untuk golongan pekerja.

“Tinggal harapan je lah Tok nak beli rumah dekat tengah bandar. Gaji RM10K pun, belum tentu mampu. Rumah mampu milik je la yang layak pun..”

Sabar dulu. Antara benda yang wajib korang tahu pasal Melawati adalah ianya terletak berhampiran dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Usah khuatir. Kalian masih punya pilihan dengan pelbagai jenis unit rumah yang ditawarkan. Cumanya, korang kena bijak dalam membandingkan harga dengan setiap projek perumahan yang ada.

Antara kawasan yang berhampiran dengan Melawati adalah:

  • Titiwangsa
  • Bukit Antarabangsa
  • Setiawangsa
  • Wangsa Maju
  • Gombak

Dan populasi untuk kawasan Melawati tidak didominasi oleh mana-mana kaum. Bermakna kawasan ini didiami oleh kaum Cina, India dan Melayu.

Bakal jadi tumpuan para pelabur hartanah?

Pada pendapat Tok, Melawati adalah kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjadi kawasan tumpuan para pelabur hartanah memandangkan lokasinya yang sangat strategik serta diramal akan mengalami peningkatan hartanah pada masa hadapan.

Untuk korang yang tak berapa familiar dengan kawasan Melawati ni. Boleh la rujuk peta di bawah. Dari situ korang dah boleh nampak betapa dekatnya Melawati dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 2

Dan sudah semestinya, lokasi yang strategik saja tidak cukup untuk menjadikan lokasi ini dalam pemerhatian para pelabur hartanah.

Faktor sambungan jalan raya yang mantap juga menjadi elemen terpenting dan daya penarik untuk potensi hartanah di suatu kawasan dan Melawati mempunyai ciri yang dinyatakan.

Penduduk Melawati mempunyai sambungan mudah ke lebuhraya berikut:

  • Lebuhraya DUKE
  • MRR2
  • Lebuhraya AKLEH
  • Lebuhraya KARAK

Dengan akses jaringan lebuhraya yang pelbagai, sudah pastinya sangat menjimatkan masa dan memudahkan pergerakan korang untuk pergi ke tempat kerja atau berliburan di pusat bandar.

“Tapi Tok, duduk dekat dengan Pusat Bandar ni mesti jem teruk.. Malas nak bawa kereta menghadap traffic jam.”

Untuk situasi malas di atas, korang ada pilihan untuk ke destinasi yang ingin dituju menggunakan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam yang sedia berkhidmat untuk penduduk Melawati adalah seperti berikut:

  • Stesen LRT Wangsa Maju (7 km)
  • Stesen LRT Sri Rampai (7 km)
  • Stesen LRT Taman Melati (8 km)
  • Stesen LRT Setiawangsa (10 km)

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 3

“Sesuai ke tinggal dekat sini bersama keluarga?”

Kalau nak tahu samada kawasan itu sesuai didiami untuk keluarga atau tidak, kaji dan perhatikan samada kemudahan pendidikan ada disediakan. Tidak kiralah samada sekolah rendah atau menengah.

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 4

Untuk kawasan Melawati, Tok bagi gred A untuk perkara ini. Korang boleh pilih salah satu dalam senarai di bawah:

  • Universiti TARC
  • Sekolah Antarabangsa Fairview
  • SMK Taman Melawati
  • SJK Tamil Taman Melawati

So untuk hal pendidikan anak-anak, korang dah tak payah risau. Anak korang masih kecil? Di sini juga ada beberapa pilihan tadika untuk anak korang:

  • R.E.A.L Kids Wangsa Melawati
  • Adeela EnrichmentCenter
  • Sekolah KAFA Integrasi At-Taqwa
  • Tadika GCC Desa Setapak
  • Tadika Cendekiawan

Sebagai persediaan utama yang asas, adalah penting untuk beli rumah dekat dengan kemudahan kesihatan samada klinik awam mahupun hospital swasta. Untuk kepentingan di masa kecemasan korang juga.

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 5

Kalau korang pilih untuk menetap di Melawati, korang cukup dekat dengan hospital dalam senarai di bawah:

  • Columbia Asia Hospital
  • Hospital Gleneagles KL

Kalau nak enjoy, ada ke port best kat Melawati ni?

Kalau nak berliburan bersama kawan atau luangkan masa bersama keluarga yang tercinta, Melawati adalah kawasan yang miliki segalanya yang korang mahu.

Orang KL mesti dah tahu benda ni. Sebut je Melawati, mesti dah terbayang Zoo Negara.

 

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 6

Bagi yang kaki mall pulak, korang bersama keluarga boleh diisi dengan bawa mereka ke:

  • Giant Ulu Klang
  • Melawati Mall
  • AEON Big Wangsa Maju
  • Wangsa Walk Mall
  • AEON Setiawangsa
  • Setapak Cental Mall
  • Giant Setiawangsa
  • KLCC

Nampak tak? Korang ada akses hampir ke semua tempat yang best-best kat KL ni.

Kalau setakat nak ‘food hunting’ tu senang sangat. Pelbagai pilihan jenis masakan yang ada merangkumi masakan tradisional, Melayu, India, Cina, dan segala jenis yang korang mahukan.

Kenapa anda patut jadikan Melawati sebagai kawasan pilihan?

Melawati, hotspot kediaman tenang di Klang Valley 7

Kalau kita kaji, harga rumah mengikut kaki persegi (sq.ft) kat Melawati, masih lagi berada dalam kategori mampu milik berbanding harga rumah di kawasan bandar raya.

Tok bagi satu contoh mudah. Logik tak korang nak cari rumah 3 bilik bawah harga RM 800k dalam kawasan pusat bandar Kuala Lumpur?

Kalau tanya siapapun, mereka akan cakap agak mustahil. Jadi salah satu jalan penyelesaiannya, adalah beli rumah yang dekat dengan kawasan Pusat bandar. Dan korang tak perlu pun bayar harga rumah sampai RM800k tu.

Ini adalah win-win situation. Korang ada peluang untuk duduk kat kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan beli rumah dengan harga yang sangat berpatutan.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu tawaran untuk anda

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak Mitraland. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Tempah tempat duduk dengan klik gambar di bawah ini sekarang:

 

 



Source link