Uncategorized

Memahami Skor Kredit Anda | HARTABUMI

Memahami Skor Kredit Anda | HARTABUMI 1


Ramai yang berpendapat bahawa tiada cara untuk mengetahui sama ada permohonan pinjaman anda akan diluluskan atau tidak terlebih dahulu.

Jika permohonan anda ditolak, anda biasanya tidak akan tahu apa sebenarnya masalah dengan kredibiliti anda sebagai peminjam.

Image result for but wait there's more meme

Sebenarnya, setiap kali pinjaman anda ditolak, kesihatan kredit anda akan terjejas kerana institusi kewangan yang lain akan dapat melihat rekod tersebut.

Rekod ini akan termasuk dalam laporan kredit anda dan melalui kiraan skor kredit anda.

1) Apa itu skor kredit (credit score)?

Skor kredit ialah skor dengan format tiga digit (antara 300 dan 850) khusus untuk setiap individu dan menunjukkan laporan kredit anda berdasarkan rekod pelangsaian pembayaran, bayaran bil, bilangan permohonan kredit serta jumlah pinjaman dipohon.

2) Bagaimana skor kredit memberi impak kepada anda?

Skor kredit rendah boleh memberi impak kewangan yang serius. Permohonon pinjaman anda akan ditolak akibat skor kredit rendah menyatakan anda peminjam berisiko tinggi.

Rekod penolakan ini juga akan dimasukkan dalam laporan kredit anda untuk penilaian permohonan seterusnya.

Sektor lain seperti syarikat telekomunikasi, insurans, termasuklah kerajaan dan pihak pinjaman perumahan bank akan menilai anda melalui skor kredit anda.

3) Mengapa pemberi pinjaman menggunakan skor kredit?

Sebelum penggunaan kaedah skor kredit, pemberi pinjaman hanya dapat menilai pemohon secara manual atau fizikal untuk menentukan kelulusan permohonan mereka.

Proses ini memakan masa yang terlalu lama, mengakibatkan pelbagai kesilapan atau hasil sikap prejudis/berat sebelah yang mungkin berlaku.

Image result for oh really now meme

Kini, skor kredit dapat membantu pemberi pinjaman menilai risiko dengan lebih adil dan jelas oleh kerana ia konsisten, berobjektif dan hanya memberi gambaran kebarangkalian anda untuk membayar pinjaman berdasarkan latar belakang kredit anda dan status kredit terkini.

4) Bagaimana penentuan skor dinilaikan?

Skor kredit selalunya berdasarkan kalkulasi dari laporan kredit dan informasi yang didapati oleh birokrasi kredit. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi skor kredit adalah:

  • Jumlah hutang keseluruhan
  • Jenis-jenis akaun & gabungan kredit
  • Rekod pelangsaian pembayaran & jumlah pembayaran lewat
  • Tempoh pembukaan akaun & laporan kredit
  • Permohonan & penolakan kredit baharu
  • Rekod jenayah

5) Bolehkah skor kredit rendah ditingkatkan?

Jangan risau! Skor kredit anda mampu berubah berdasarkan laporan CTOS, RAMCI, CCRIS anda. Faktor lain termasuklah pendapatan, jenis pekerjaan (kontrak atau tetap) dan industri pekerjaan anda.

Individu yang berpendapatan tinggi dan stabil dapat melangsaikan pelbagai jenis bil/hutang secara konsisten boleh meningkatkan skor kredit dengan tinggi.

Ctos

Walaupun ramai peminjam menggunakan nilai kredit untuk membantu mereka membuat keputusan pinjaman, setiap pemberi pinjaman mempunyai strategi tersendiri, termasuk tahap risiko yang boleh diterima untuk produk kredit yang diberikan.

Terdapat banyak faktor tambahan yang digunakan oleh para peminjam untuk menentukan kadar faedah sebenar anda, bukan hanya satu nilai skor yang ditetapkan

(Sumber: CTOS Credit)

Skor kredit anda mempengaruhi sebahagian besar kehidupan seharian anda. Sesetengah majikan akan meneliti laporan kredit kerana ini adalah sebahagian daripada proses penyemakan mereka. 

Ketahui skor kredit anda dengan Kalkulator Pinjaman Perumahan HiHOME di https://www.hihomes.my/ dan terokai lebih 11,000 unit perumahan untuk pilihan anda sekarang.

Banner Hihome 01





Source link