Uncategorized

Membeli Rumah Di Usia Muda: Kemampuan atau Kemahuan?

Membeli Rumah Di Usia Muda: Kemampuan atau Kemahuan? 1


Selain daripada soalan cepu emas ‘bila nak kahwin’, antara soalan yang sering ditanya kepada golongan adalah ‘bila nak beli rumah’?

Pembelian rumah merupakah salah satu keputusan kewangan yang besar yang dilalui setiap individu. Namun dengan perubahan zaman, kerjaya yang tidak tetap serta masalah harga rumah yang tinggi menyebabkan sesetengah pemuda memilih untuk menyewa berbanding membeli.

Tenor (2)

Credit: Tenor

Sebabnya mudah, bagi mereka menyewa lebih banyak manfaatnya daripada membeli. Dengan menyewa, mereka tidak terikat dengan komitmen sehingga 30 tahun dan terbeban dengan bayaran bulanan di usia muda.

Selain itu, jika ditimpa masalah kewangan, mereka mempunyai pilihan untuk downgrade gaya hidup mereka dengan memilih rumah sewa yang lebih murah.

Bagi mereka yang sering menukar pekerjaan pula, menyewa dilihat lebih sesuai kerana memberikan kebebasan kepada mereka, jika mereka sudah membeli rumah, pilihan kerja mereka hanya terhad di kawasan sekitar rumah perumahan sahaja.

Giphy

Credit: Giphy

Namun, ada juga satu kumpulan orang muda yang membeli rumah tetapi atas beberapa sebab mereka tidak mampu membelinya. Salah siapakah?

Ada yang tidak mampu membeli kerana harga rumah yang terlalu mahal tetapi gaji pula kecil sahaja. Ada juga yang bergaji besar tetapi gagal dalam menguruskan kewangan lantas menyebabkan mereka tidak layak untuk membeli rumah.

Tumblr O397zebajb1sgl0ajo1 400

Credit: Tumblr

Berdasarkan Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2018 oleh PropertyGuru, generasi muda merupakan golongan yang paling hebat dilanda masalah pembiayaan hartanah memandangkan pendapatan yang tiada perubahan di negara ini.

Gaji yang rendah menyukarkan mereka membeli rumah dan menyediakan deposit bagi permulaan membeli rumah. Kadang kala, disebabkan gaji yang rendah membuatkan proses mengumpul deposit memakan masa sehingga 5 tahun.

Isu pemilikan rumah sudah dibincangkan berkali-kali dan tanggungjawab dalam menyelesaikan permasalahan ini tidak boleh diletakkan kepada satu-satu pihak sahaja. Gaji pekerja perlu dinaikkan, harga rumah perlu lebih mampu milik dan pembeli pula perlulah lebih bijak menguruskan kewangan.





Source link