Artikel Terkini

Mengapa Pelaburan Menggunakan Aplikasi Robo-Pintar Lebih Mudah dan Selamat


BIMB
Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik
penuh Bank Islam Malaysia Berhad telahpun mengumumkan pelancaran aplikasi BEST
Invest, sebuah platform pelaburan atas talian patuh Shariah oleh BIMB
Investment yang mampan dengan kegunaan kepintaran robotik.

BEST Invest menyediakan kemudahan buat para pelabur untuk melabur dalam dana unit amanah Shariah-ESG (alam sekitar, sosial, dan pentadbiran) di pasaran global dan domestik. Keunikan aplikasi ini berbanding aplikasi pelaburan digital di Malaysia pada masa ini adalah pelabur boleh mula melabur dengan pelaburan permulaan serendah RM10 termasuk caj jualan sifar ke atas setiap transaksi pembelian unit, penjualan dan penukaran dana unit amanah.

Pelabur-pelabur juga mempunyai kelonggaran untuk melabur dan menjual dana unit amanah pada bila-bila masa.

BEST
Invest amat sesuai untuk individu yang berhajat untuk mula melabur dalam dana
unit amanah. Segmen yang disasarkan termasuk siswazah, penjawat awam, golongan
berpendapatan rendah dan sederhana serta bagi mereka yang ingin memulakan
pelaburan pertama mereka dengan matlamat pelaburan jangka masa sederhana
sehinggalah ke jangka masa panjang, sekitar tiga hingga lima tahun.

Sebagai contoh, pelabur-pelabur hanya perlu menetapkan jumlah dan matlamat pelaburan mereka, antara lainnya, pendidikan anak-anak mereka, perkahwinan atau merancang untuk aktiviti umrah, haji atau percutian bersama keluarga. BEST Invest akan memilih dan mencadangkan  kombinasi dana unit amanah yang sesuai untuk pelabur berdasarkan tahap toleransi risiko pelaburan mereka serta mencadangkan jumlah amaun pelaburan bulanan yang diperlukan bagi memenuhi matlamat pelaburan mereka. Selepas ini, pelabur tidak perlu lagi bimbang tentang pelaburan mereka.

BEST Invest akan mengambil alih tanggungjawab menguruskan  pelaburan mereka dengan menggunakan teknologi kepintaran robotik yang unik bagi mencapai matlamat pelaburan yang telah ditetapkan melalui kaedah “Do it Myself”.

Melalui
aplikasi robo-pintar BEST Invest ini, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk
terlibat secara langsung dan lebih yakin untuk melabur disamping mengelakkan
diri mereka dari sindiket penipuan “SCAM” dan terjebak dalam penipuan kewangan
yang kini semakin berleluasa. Kini dengan, BEST Invest, ia menyediakan
kemudahan atas talian untuk pemegang unit amanah sedia ada dan pelabur-pelabur
baru yang berhasrat untuk melabur dalam dana unit amanah, secara elektronik
dengan pendaftaran yang pantas dan mudah, sehinggalah kepada melakukan
transaksi pelaburan dan penebusan. Persoalan berkaitan nilai pelaburan,
transaksi dan maklumat akaun pelaburan mereka dalam dana unit amanah BIMB
Investment kini tersedia di dalam satu aplikasi pintar BEST Invest.

Pelaburan
yang dahulunya sentiasa dilihat sebagai komitmen yang besar oleh seseorang
individu, kini melalui BEST Invest, ianya boleh diakses dengan mudah dan
fleksibel serta mampu dimulakan dengan pelaburan serendah RM10, tanpa caj
transaksi. Dengan adanya sebuah platform khusus pelaburan seperti BEST Invest,
lebih ramai pelabur akan mendapat faedah daripada melabur di dalam unit amanah
atas talian yang mudah, diurus selia oleh institusi kewangan islam yang
berdaftar serta mempunyai tahap 
keselamatan yang dipantau untuk keselesaan penggunanya.

Falsafah Pelaburan BEST Invest

Apa
yang membuatkan BEST Invest berbeza dengan aplikasi pelaburan lain adalah
peluang pelaburan yang ditawarkan dengan menggabungkan pelaburan patuh Syariah,
ESG dan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab. Pelaburan yang mampan
adalah pendekatan pelaburan proaktif yang melangkaui analisis kewangan
tradisional termasuk analisa amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG)
sesebuah syarikat serta langkah seterusnya bagi memastikan ianya mematuhi
prinsip Syariah. Data ESG menunjukkan bahawa prestasi kemampanan sebuah
syarikat berkaitan rapat dengan kejayaan pengurusan kewangan jangka masa
panjang dengan nilai ekonomi dan sosial yang positif.

Berikutan
dengan peningkatan kes wabak COVID-19 di Malaysia dan status pasaran saham
global yang mengalami kemerosotan, ini telah menjadi satu pengajaran buat
mereka yang melabur di dalam pasaran dan mencetuskan kegusaran terutama sekali
buat para pelabur yang baru.

Dari
perspektif alam sekitar, kita dapat melihat krisis ini memberikan perhatian
yang lebih besar terhadap kesan perubahan iklim. COVID-19 telah membuktikan
bahawa ketika peperangan antara manusia dan alam semula jadi,  alam semula jadi akan sentiasa menang. Ramai
syarikat akan mula memandang serius terhadap masalah alam sekitar dan mula
melihat kearah kaedah untuk memperbaiki situasi secara kolektif untuk
pembangunan sejagat.

Wabak
COVID-19 telah meninggalkan impak besar terhadap cabaran ekonomi dan sosial
yang pastinya meningalkan kesan pada generasi masa depan. Kini pelabur
mengambil lebih perhatian terhadap peristiwa yang menentukan isu-isu alam
sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Walaupun
rakyat Malaysia berada di rumah kerana perintah kawalan pergerakan, kini mereka
mempunyai peluang untuk mula mencapai matlamat atau objektif pelaburan serendah
RM10 ke dalam BEST Invest melalui pelaburan terhadap syarikat-syarikat seluruh
dunia yang mengambil berat faktor faktor ESG (alam sekitar, sosial, dan
pentadbiran).

Dengan
menggunakan aplikasi BEST Invest, rakyat Malaysia dapat melabur secara
berjadual dengan pelaburan minimum RM10 atau dengan amaun lain yang mereka
ingini dan mempelbagaikan dana yang dipilih yang seterusnya memberikan mereka
pendedahan kepada peluang pelaburan di serantau mahupun global.

BIMB
Investment merupakan pengurus aset Islamik yang didukung sepenuhnya oleh
institusi perbankan Islam pertama di rantau Asia yang menjadi penandatangan
Prinsip Pelaburan yang Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Syarikat
ini juga telah dianugerahkan Pengurus Aset ESG Terbaik pada tahun 2019 oleh
Anugerah Kewangan The Asset Triple A Islamic 2019, sebuah
anugerah dengan pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian pentingnya
dalam ESG, pengurusan kemampanan dan aset di Asia.

Untuk memuat turun aplikasi BEST Invest, sila lawati www.bimbinvestment.com.my

Pernyataan Penafian

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian.

Mengenai
BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB
Investment”), pemateri UNPRI, adalah syarikat pengurusan pelaburan
Shariah-ESG yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pelaburan Shariah-ESG yang
komprehensif merentas pelbagai kelas aset kepada pelabur individu dan korporat
di Malaysia dan rantau ini. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia
Berhad dan ahli Kumpulan Syarikat Tabung Haji, BIMB Investment adalah syarikat
pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman
dalam pengurusan dana.

Nombor bebas tol: 1-800-88-1196 Laman web: www.bimbinvestment.com.my



Source link