Uncategorized

Mengupas 6 Salah Faham Tentang Bitcoin

Mengupas 6 Salah Faham Tentang Bitcoin 1


Seiring dengan peningkatan minat terhadap Bitcoin, kini semakin ramai orang yang mengenali mata wang kripto ini. Namun, ada beberapa kesalahfahaman tentang Bitcoin yang menyelubungi sistem kewangan baru ini:

1. Anda Perlu Membeli Satu Bitcoin

Fakta: Salah, anda tidak perlu membeli satu (keping) Bitcoin. Anda dapat membelinya dalam unit-unit kecil.

Dengan harga Bitcoin yang mencapai $20,000 akhir tahun lalu, ramai pengguna baru yang merasa Bitcoin terlalu mahal. Dengan banyaknya penekanan ditempatkan pada harga satu Bitcoin, para pendatang baru seringkali salah anggap bahawa mereka harus membeli satu Bitcoin secara terus untuk mulai masuk ke dunia kripto ini.

Namun jumlah Bitcoin yang anda beli, dikira dalam bentuk peratusan dari sebuah koin atau beberapa koin, sebenarnya adalah mengikut kehendak hati anda.

Sama seperti piza, anda dapat membeli satu atau dua potong, atau sebuah pizza; bergantung kepada nafsu makan dan keinginan anda.

Jadi, jika anda mempunyai modal RM1,000 dan harga Bitcoin adalah RM10,000; anda akan mendapat 0.1 BTC. Anda juga boleh menentukan jumlah mata wang kripto yang anda ingin beli.

Sama halnya dengan mata wang lokal yang boleh dipecahkan ke bahagian-bahagian (misalnya sen), Bitcoin boleh dipecahkan kepada unit-unit kecil hingga lapan tempat perpuluhan: 0.00000001 BTC. Pecahan terkecil dikenal sebagai ‘satoshi’, diambil daripada nama pencipta Bitcoin. Terdapat 100,000,000 (seratus juta) satoshi dalam satu Bitcoin.

Pelaburan kecil dapat menjadi pendekatan bijaksana untuk pelaburan dalam mata wang kripto. Sebelum anda bermula, sangatlah penting untuk mempelajari bagaimana teknologi ini berfungsi dan membuat diri anda sesuai dan selesa dengan teknologi ini. Jangan melabur melebihi jumlah yang sanggup anda relakan. 

2. Bitcoin Digunakan Untuk Kegiatan Haram (Seperti Pengedaran Dadah dan Senjata) Kerana Sifat Kerahsiaanya

Fakta: Sebaliknya, Bitcoin tidak bersifat anonymous (tidak dapat dikesan).

Bitcoin bersifat pseudo-anonim. Hal ini bererti seluruh urus niaga dicatat dalam Blockchain awam, beserta dengan alamat-alamat dari dompet yang terlibat. Walaupun tidak ada informasi identiti peribadi yang terlibat dalam buku besar Blockchain, jika anda mengetahui siapa yang memiliki dompet tertentu; anda boleh mengenalpasti orang-orang yang bertanggungjawab ke atas seluruh transaksi daripada alamat tersebut.

Jadi, apakah Bitcoin digunakan oleh penjenayah?

Penguatkuasa undang-undang semakin baik dalam menyemak transaksi dan mengetahui siapa pemilik suatu alamat tertentu. Jadi, Bitcoin merupakan pilihan yang salah untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang. Jika anda tertangkap, seluruh sejarah transaksi anda akan terdedah.

Dalam sejarah manusia, ramai orang telah mencari jalan untuk melakukan kegiatan haram, jauh sebelum Bitcoin tercipta. Dan mungkin perkara ini sedang berlangsung. Walaubagaimanapun, Bitcoin lebih mudah dipantau daripada wang tunai. Bitcoin memiliki banyak kegunaan sah dan penggunaannya oleh para pelaku penjenayah telah berkurang secara dramatik.

3. Bitcoin Tidak Memiliki Nilai Intrinsik, Menyebabkan Bitcoin Bukanlah Sejenis Mata Wang

Fakta: Hal yang sama berlaku kepada mana-mana mata wang.

Mengupas 6 Salah Faham Tentang Bitcoin 2

Jika kita berhenti mempercayai mata wang Pound Sterling (atau US Dolar atau Euro atau Ringgit Malaysia), mata wang tersebut akan kehilangan nilainya. Nilainya terletak di dalam fikiran kita.

Jika anda kehausan, anda akan menghargai sebotol air lebih mahal jika dibanding dengan sebongkah berlian – walaupun air sebenarnya percuma (atau hampir percuma). Seorang anak kecil akan memilih satu kotak “Lego” daripada cek sejuta dolar kerana bagi mereka, mainan plastik lebih berharga daripada sehelai kertas.

Miskonsepsi ini berkaitan dengan turun naik harga Bitcoin

Kebanyakan mata wang lokal juga berubah nilainya, namun ini terjadi dalam beberapa dekad dan tidak terlihat dari sehari ke sehari.

Sebaliknya, Bitcoin telah mengalami perubahan harga yang besar dalam selang beberapa hari atau jam. Hal ini membuatnya tidak terlihat seperti sebuah mata wang.

Namun, mata wang lokal juga boleh jadi tidak menentu (volatile).

Hiper-inflasi dapat mempengaruhi tabungan masyarakat, bahkan dapat menghancurkan sebuah mata wang beserta dengan ekonomi sesebuah negara.

Contoh klasik tentang hal ini adalah Jerman seusai perang, di mana nilai satu dolar beranjak dari nilai 4.2 menjadi 4,210,500,000,000 dalam beberapa tahun. Hal ini masih terjadi di beberapa buah negara.

Jadi, walaupun turun naik harga Bitcoin masih terus
berjalan, namun hal ini tidak bermakna bahawa ianya  boleh dianggap sebagai sebuah mata wang.

Pada umumnya, sebuah
mata wang dikelompokkan sebagai sebuah mata wang apabila ianya merupakan sarana
pertukaran yang dapat dibahagi.

4. Bitcoin Telah (Atau Akan) Digodam (Hack) – Bitcoin Tidak Selamat

Fakta:
Bitcoin tidak pernah digodam dan kemungkinan besar tidak akan pernah digodam.

Ini adalah salah satu kesalahfahaman tentang Bitcoin yang paling umum terjadi. Beberapa perusahaan Exchange, penyedia dompet dan syarikat mata wang kripto lain pernah mengalami ancaman terhadap sistem sekuriti mereka dan beberapa di antaranya telah dikompromikan. Kebanyakan, jika tidak semua, merupakan hasil daripada kesalahan sekuriti kecil yang dapat dihindari. Luno tidak pernah digodam kerana kami sangat serius dalam hal berkenaan platform sekuriti kami.

Sama seperti teknologi baru manapun, orang ramai  memerlukan masa untuk menemukan pilihan terbaik bagi sekuriti dan untuk belajar daripada kesalahan.

5. [Masukkan Nama Altcoin Di Sini] Akan Menjadi ‘Bitcoin Berikutnya’

Fakta: Masih terlalu awal untuk berkata demikian..

Mengupas 6 Salah Faham Tentang Bitcoin 3

Anda mungkin pernah mendengar sebuah mata wang kripto sering disebut sebagai ‘koin alternatif’ atau ‘altcoin’ yang digambarkan sebagai ‘Bitcoin berikutnya’. Apakah ertinya?

Ertinya, altcoin tersebut akan mencapai nilai tinggi yang
sama dengan Bitcoin atau bahkan lebih baik daripada Bitcoin dan akan menjadi
semakin popular. Ini adalah pernyataan umum yang sering meleset.

Sebagai permulaan, kebanyakan mata wang kripto alternatif (altcoin) tidak mempunyai fungsi yang sama seperti Bitcoin.

Ethereum misalnya, mempunyai tujuan yang berbeza dan tidak bertujuan untuk menjadi sebuah mata wang (walaupun Ethereum kini ada digunakan sebagai mata wang). Banyak altcoin mewakili sebuah teknologi atau platform baru. Sama seperti namanya, mereka hanyalah alternatif, bukan ‘pengganti’.

Beberapa altcoin hampir serupa dengan Bitcoin namun dengan perubahan kecil, dirancang untuk tujuan yang sama. Mereka berada pada posisi yang tidak menguntungkan ketika diterima pakai oleh orang ramai kerana ramai telah mengetahui tentang Bitcoin, ada banyak teknologi yang sesuai dengan Bitcoin; dan orang ramai sudah pun terbiasa dengan Bitcoin.

Namun agar altcoin dapat menunjukkan nilai, mereka harus
memiliki:

  • sekuriti yang kuat
  • sokongan daripada pasukan yang dipercayai
  • sebuah fungsi/kegunaan yang jelas dan unik
  • pertumbuhan pasaran yang penting

Luno percaya hanya satu mata wang kripto yang akan memainkan peranan yang dominan ketika kita bergerak ke arah sistem kewangan yang lebih baik. Buat masa ini, Bitcoin adalah pilihan terbaik kerana liputan rangkaiannya yang kuat.

Bitcoin menambah nilai baru kepada sistem sedia ada – sama seperti bagaimana kita masih mempunyai pos-pos biasa dan telefon talian tetap walaupun kita mempunyai Facebook, Skype dan Gmail.

Mata wang lain mungkin akan memainkan peranan yang berbeza dan lebih fokus, dan ramai mungkin menggunakan Bitcoin untuk menyimpan atau menukar di antara mata wang lain ini. Seperti cadangan mata wang digital global yang hampir serupa dengan peranan US dolar dalam sistem kewangan terkini. 

6. Regulasi Akan Membunuh Bitcoin

Fakta:
Regulasi akan membantu meningkatkan adaptasi Bitcoin.

Dunia masih sangat keliru dalam hal klasifikasi Bitcoin dan mata wang kripto. Kesan daripada desentralisasi telah membawa banyak perdebatan di seluruh dunia, mengenai bagaimana Bitcoin dapat dan seharusnya diatur.

Oleh kerana ianya dianggap masih di ‘awang-awangan’, ramai yang tidak yakin akan kedudukan Bitcoin dalam sektor kewangan.

Jangan
lupa: Bitcoin bukan dikendalikan oleh satu orang, atau kelompok, atau negara.
Ini bermakna Bitcoin tidak dapat dilupuskan.

Namun, regulasi terhadap mata wang kripto bukanlah satu petanda buruk. Jika sebuah negara melarang penggunaannya, ia tidak bermakna penggunaannya di seluruh dunia akan berhenti. Selain daripada itu, hampir mustahil bagi para pengawal selia kewangan untuk memantau setiap individu di sesebuah negara sepanjang waktu, khususnya dengan kewujudan undang-undang privasi. Kosnya sahaja terlalu tinggi.

Jika ada usahasama oleh setiap negara di dunia, maka regulasi tidak akan menjadi ancaman yang serius. Pada masa kini, banyak negara menganggap mata wang kripto sebagai sesuatu yang positif dan memberi sokongan mereka kepada Bitcoin.

Kita telah melihat banyak contoh dalam
sejarah (misalnya, Era Pelarangan Amerika) bahawa melarang sesuatu akan
meningkatkan jenayah dan membuatkan masyarakat lebih, bukan kurang, tertarik
kepada hal tersebut. Kami juga telah melihat kekurangan regulasi akan
menimbulkan masalah yang sama.

Walau apapun, regulasi akan menguntungkan komuniti. Beberapa negara telah dan pada masa yang akan datang, akan lebih berhati-hati dengannya. Sesetengah negara sedang berhati-hati tentang adaptasi mata wang kripto.

Ada juga negara yang masih belum mempunyai regulasi atau
tidak mempunyai langkah-langkah yang mencukupi untuk melindungi para pengguna.

Itulah beberapa kesalahfahaman tentang Bitcoin yang wujud. Apakah anda mempunyai mitos atau kesalahfahaman yang lain?

Oleh Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 250 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town.

Diasaskan oleh CEO Marcus Swanepoel dan CTO Timothy Stranex, Luno telah mengumpul lebih daripada $13 juta dana sejak dilancarkan pada 2013 dan disokong oleh gergasi teknologi global Naspers Group yang memimpin pusingan Siri A mereka, dan Balderton Capital yang memimpin pusingan Siri B mereka, antara lainnya.

Mata Wang Digital Dan Token Digital Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti

Di Malaysia, mata wang digital diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Lesen telah diberikan kepada mereka yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital ini, dan Luno merupakan salah sebuah syarikat yang mendapat lesen tersebut.

Bila ada lesen yang sah, barulah kita sebagai pengguna rasa selamat untuk menjalankan sebarang transaksi. Baca juga Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin – Mufti Wilayah Persekutuan Dah Bersuara.

Mengupas 6 Salah Faham Tentang Bitcoin 4

Komen

komen





Source link