Uncategorized

Menyelami Kehidupan Seorang Genius – 9 Fakta Menarik Mengenai Thomas Edison


Bagaimana anda mendefinisikan seorang yang genius? Apakah makna sebenar genius bagi anda? Untuk perkongsian kali ini, jom kita selami kehidupan seorang genius. Nama penuh beliau adalah Thomas Alva Edison yang dilahirkan pada 11 Februari 1847. Beliau digelar sebagai ‘America’s Greatest Inventor’ berdasarkan apa yang beliau sumbangkan kepada pemodenan dunia.

“Genius is 1% inspiration and 99% perspiration” – Thomas Edison

Menarik bukan kalau diselami petikan kata-kata emas beliau. Dalam bahasa mudahnya, genius bukan berdasarkan semulajadi seperti genetik, warisan keluarga dan sebagainya, tetapi genius lahir daripada apa yang kita usahakan dan pelajari. Jika dibuat penelitian semua manusia juga berpotensi untuk menjadi seorang genius.

Ini bermakna, kita perlu menumpukan sepenuh usaha dan tidak kenal erti berputus asa. Berikut adalah 9 fakta menarik mengenai Thomas Edison:

 1. Pernah Dibuang Sekolah

Beliau terpaksa disingkirkan daripada persekolahan akibat sikap beliau yang terlalu nakal. Guru sekolah beliau menggelarnya seorang pembawa masalah. Beliau baru masuk 3 bulan bersekolah, kemudian terpaksa disingkirkan disebabkan memiliki kenakalan yang ekstrem. Namun ibunya merayu agar beliau dimaafkan agar dapat meneruskan persekolahan.

Sedikit fakta menarik tentang ibu beliau, ibunya yang bernama Nancy Matthews Elliott juga merupakan seorang genius dalam bidang pendidikan.

2. Gemar Membaca

Membaca seperti gula dan garam dalam resepi menjadi seorang genius. Beliau sangat suka membaca. Bayangkan ketika ini terhidang 10 buah buku di depan anda, adakah anda akan membaca keseluruhan jumlah buku tersebut?

Berbeza dengan Thomas Edison, jika beliau pergi ke perpustakaan, beliau tidak hanya membaca 10 buah buku, tetapi membaca keseluruhan buku yang ada di dalam perpustakaan tersebut.

3. Seorang Yang Pekak

Satu kemalangan telah berlaku ketika zaman kanak-kanak sehingga menyebabkan sebahagian daripada deria pendengaran beliau pekak. Semasa berumur 12 tahun, beliau mengambil jalan meninggalkan rumahnya untuk mengembara dan belajar mengenai perniagaan.

Beliau memohon untuk bekerja di stesen kereta api sebagai seorang penjual gula-gula dan surat khabar. Lebih mengejutkan, beliau juga memohon untuk diberikan sedikit ruang atau tempat percuma, supaya dapat memulakan makmal kecil sebagai jalan untuk memajukan diri beliau.

Beliau telah belajar untuk menjadi seorang operator telegraph semasa perang dunia melanda. Secara tidak langsung beliau mendapati dirinya sangat menyukai peralatan elektrikal.

4. Wang Dan Kekayaan

Ketika beliau berumur 22 tahun pada tahun 1869, beliau telah mencipta satu peralatan elektronik yang sangat bermakna dalam dunia saham iaitu Ticker Tape. Hasil daripada inovasi beliau ini, telah memberikan keuntungan sebanyak $40 juta. Sedikit fakta tentang Ticker Tape: Alat ini digunakan dengan sangat meluas pada kurun ke-18 dan 19 dalam dunia saham. Harga saham akan keluar perlahan-lahan daripada mesin tersebut.

Berbekalkan keuntungan tersebut, Thomas Edison memulakan kehidupan baharu bersama keluarganya. Beliau juga membina sebuah kilang dan makmal pertama di dunia, khas untuk mencipta dan menemukan peralatan elektronik baharu. Menurut catatan sejarah sebanyak 1,093 alatan telah dicipta melalui makmal peribadi beliau dan rekod itu masih kekal hingga ke hari ini sebagai rekod yang sukar untuk dipecahkan.

Pada tahun 1887, beliau telah mencipta satu mesin perakam suara pertama di dunia yang beliau gelar sebagai Phonograph. Disebabkan ciptaan beliau ketika ini cukup menggemparkan seluruh negara, beliau telah di jemput ke White House untuk memperkenalkan teknologi yang beliau telah bangunkan.

5. Bekerja Keras

Beliau hanya tidur 4 hingga 5 jam dalam sehari. Ini kerana beliau mempercayai bahawa tidur akan melepaskan peluang untuk meningkatkan pengetahuan, sama ada berdasarkan pembacaan buku untuk mendapatkan maklumat atau cuba mencipta sesuatu yang baru di makmal beliau.

6. Persaingan dengan Nicholas Tesla mengenai

Nicolas Tesla merupakan seorang Electrical Engineer yang berasal dari Serbia, dan datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1884. Beliau datang dengan penyelesaian yang tidak mampu untuk Thomas Edison selesaikan. Mereka berlumba-lumba dalam bidang AC (Alternating Current) dan DC (Direct Current).

Penyelesaian masalah DC yang menukarnya kepada AC, membolehkan elektrik dijana pada jarak yang lebih jauh berbanding DC. Sungguhpun masalah ini tidak dapat diatasi oleh Thomas, namun beliau sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

7. Kehilangan wang sebanyak $2 juta dan membazirkan 10 tahun

Disebabkan kejatuhan ekonomi negara Amerika Syarikat pada ketika itu, beliau mengalami kegagalan teruk. Banyak wang dan masa beliau dibazirkan akibat terlibat aktiviti perlombongan

Namun disebabkan beliau masih mempunyai pelaburan lain iaitu saham elektrikal milik syarikat beliau, beliau masih mampu berdiri teguh.

8. The Motion Picture (Gambar Bergerak)

Buat pertama kali manusia menyaksikan peralatan elektronik yang menampakkan gambar bergerak. Walaupun ianya hanya berulang-ulang, tetapi ia dapat menjadikan inspirasi baharu kepada penemuan yang lebih baik.

9. Kilang Dan Makmal Pernah Terbakar

Kurang bernasib baik apabila kilang dan makmal beliau habis terbakar pada tahun 1919. Tetapi seperti biasa, seorang yang genius tidak pernah mengenal erti putus asa. Beliau bangkit dan membina kilang serta makmalnya semula.

Kesimpulannya di sini, untuk menjadi seorang pakar atau genius dalam bidang kita, kita perlu bekerja keras dan tidak mudah berputus asa. Bukan mudah untuk sampai pada tahap yang beliau capai. Tahukah anda selain daripada Thomas Edison, Steve Jobs juga merupakan di antara individu genius seperti beliau?

Komen

komen





Source link