Artikel Terkini

Menyingkap Buku The Black Swan, Sangat Relevan Dengan Keadaan Ekonomi Semasa


Buku yang diterbitkan pada tahun 2007 bertajuk The Black Swan, telah dianggap oleh The Sunday Times sebagai salah satu daripada dua belas buku paling berpengaruh sejak Perang Dunia kedua.

Selepas kegawatan ekonomi pada tahun 2008, sekumpulan ahli ekonomi telah berbincang untuk mencari pelbagai buku yang paling berpengaruh, dan telah mampu mengubah landskap ekonomi global. Kemudiannya salah satu dari senarai buku tersebut ialah buku The Black Swan.

Berkenalan Dengan Pengarang Buku The Black Swan

Nassim Nicholas Taleb, dilahirkan pada tahun 1960. Beliau adalah seorang juru runding (consultant), ahli sains, ahli statistik, bekas pedagang (former trader) dan penganalisis risiko (risk analyst). Kebanyakan masa beliau banyak dihabiskan untuk mengkaji kerja yang melibatkan masalah rawak, kebarangkalian, dan ketidakpastian.

Disebabkan beliau banyak menghabiskan masa dalam mengkaji perkara tersebut, beliau terinspirasi untuk menulis lima kitab karangan falsafah mengenai ketidakpastian yang diterbitkan di antara tahun 2001 dan 2018. Salah satunya adalah The Black Swan.

Tahukah anda hasil tangan beliau semuanya terkenal dan bukannya buku The Black Swan sahaja yang bertaraf AAA? Buku Fooled By Randomness dan Antifragile juga merupakan buku yang sangat hebat dan berpengaruh.

Beliau menjadi profesor di beberapa buah universiti dan berkhidmat sebagai Professor of Risk Engineering di Universiti New York Tandon School of Engineering, sejak September 2008. Beliau telah menjadi ketua pengarang utama jurnal akademik Analisis Risiko dan Keputusan sejak September 2014.

Beliau juga pernah menjadi sebagai practitioner of mathematical finance, hedge fund manager dan derivatives trader. Kini beliau disenaraikan sebagai penasihat saintifik di Universa Investments.

Kisah The Black Swan

Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2007 dan memberi tumpuan kepada kesan besar peristiwa luar biasa yang jarang berlaku dan tidak dapat diramalkan atau di luar pengetahuan seseorang.

Kebiasaannya manusia cenderung untuk mencari penjelasan yang mudah untuk peristiwa-peristiwa ini secara retrospektif. Taleb memanggilnya teori Black Swan.

Buku ini meliputi subjek yang berkaitan dengan pengetahuan, estetika, serta cara hidup, dan menggunakan unsur-unsur fiksyen dan anekdot dari sudut kehidupan beliau sendiri bagi menerangkan teori-teorinya. Buku The Black Swan telah berada di dalam carta senarai penjualan tertinggi New York Times selama 36 minggu.

Buku ini termasuk salah satu dari 5 volume bersiri iaitu The Incerto dan Fooled by Randomness (2001), The Black Swan (2007–2010), The Bed of Procrustes (2010–2016), Antifragile (2012), and Skin in the Game (2018).

Idea utama dalam buku Taleb bukan cuba meramalkan peristiwa Black Swan, tetapi untuk membina keteguhan terhadap peristiwa negatif dan keupayaan untuk mengeksploitasi peristiwa-peristiwa positif. 

Taleb berpendapat bahawa bank dan firma perdagangan terdedah kepada peristiwa Black Swan yang sangat berbahaya dan terbuka kepada risiko kerugian melebihi ramalan model kewangan mereka yang tidak sempurna.

Suka sekiranya kami memetik idea utama yang di ketengahkan oleh isi kandungan buku ini:

“Beribu-ribu tahun sebelum ini, semua orang percaya burung angsa (swan) hanya berwarna putih, dan mereka berpendapat bahawa angsa berwarna hitam hanyalah sebuah mitos. Sehinggalah penemuan angsa berwarna hitam di Australia, ianya telah mengubah perspektif orang ramai mengenai angsa berwarna hitam”

Jika diperhalusi fenomena The Black Swan yang berlaku dalam dunia kewangan baru-baru ini, kita boleh ambil contoh kenaikan Bitcoin yang terlalu tinggi. Semua orang tidak percaya bagaimana Bitcoin boleh naik setinggi itu dan tidak ada perkara yang boleh menghalang kenaikan Bitcoin, sehinggalah fenomena The Black Swan berlaku.



Source link