Uncategorized

Menyusuri Alam Maya: Evolusi E-Dagang

Menyusuri Alam Maya: Evolusi E-Dagang 1


KUALA LUMPUR, 30 MEI 2019 – Kira-kira dua dekad yang lepas, rakyat Malaysia perlu bersabar menantikan pelancaran kemudahan sambung dail bersejarah JARING disertai dengan bunyi dial ikonik yang agak kuat sebelum berpeluang menyusuri alam maya. Selepas Internet dibuka untuk kegunaan komersial, orang ramai bukan sahaja boleh melayari web pada skrin komputer untuk mendapatkan maklumat tetapi juga membeli barangan dari negara lain. Beli-belah dalam talian telah menjadi satu realiti.

Pada hari ini, dengan semakin banyak telefon pintar mampu milik dan juga capaian Internet yang lebih meluas, penggunaan Internet mudah alih semakin meningkat di Malaysia. Penduduk tempatan meluangkan masa purata kira-kira 6.6 jam sehari* di dalam talian, dengan telefon pintar sebagai peranti paling kerap digunakan*. Memandangkan e-dagang bakal mencapai kadar pertumbuhan tahunan 20% di Malaysia pada 2020**, beli-belah dalam talian juga diunjurkan berkembang maju secara seiring. Ini jelas terbukti di Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, yang menerima 95% pesanan mudah alih pada suku pertama 2019.

Oleh kerana rakyat Malaysia lebih kerap membeli-belah di dalam talian, terutamanya menggunakan telefon mudah alih, mereka sentiasa mencari pengalaman beli-belah yang lebih menyeronokkan dan menarik. Untuk memenuhi keperluan trend ini, platform e-dagang bukan setakat menawarkan beli-belah dalam talian tetapi juga memperkenalkan ciri permainan dan hiburan untuk mencipta pengalaman dalam talian yang lebih mengasyikkan. Permainan-permainan lazimnya direka cipta supaya mudah dipelajari tetapi semakin sukar pada aras lebih tinggi bagi menggalakkan pengguna untuk bermain dengan kerap, manakala ciri-ciri sosial diterapkan ke dalam permainan untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama.

Shopee telah menerajui trend ini dengan memperkenalkan ciri dan permainan baharu secara konsisten untuk terus menghiburkan pengguna mudah alih dan membawakan pengalaman sosial yang mengasyikkan. Baru-baru ini Shopee melancarkan Shopee Live, ciri penstriman langsung baharu di Malaysia untuk mendekatkan pengguna dengan jenama dan peruncit kegemaran mereka, lantas menambah baik model pembelian produk di mana pengguna memanfaatkan platform e-dagang untuk membeli produk. Dengan pelbagai pilihan kandungan siaran langsung seperti panduan produk, ulasan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh tokoh popular yang berpengaruh, Shopee Live melibatkan pengguna dalam seluruh pengalaman beli-belah mereka. Ciri ini ternyata mendapat sambutan hebat di Malaysia setakat ini. Sebagai contoh, tokoh berpengaruh Tyra Kamaruzzaman telah melancarkan gincu terbarunya di Shopee Live dengan kejayaan besar, apabila produk tersebut habis dijual dalam masa beberapa minit dan menerima lebih 2,000 pesanan. 

Shopee Live menyusuli kejayaan Shopee Shake dan Shopee Quiz yang masing-masing dilancarkan pada 2018 dan 2019. Dalam Shopee Shake, pengguna akan menerima Shopee Coins (mata wang maya Shopee) apabila mereka menggoyang telefon mereka. Permainan dalam aplikasi ikonik ini dimainkan lebih empat juta kali di Malaysia sepanjang Shopee 11.11 Big Sale pada bulan November 2018.

Shopee Quiz pula ialah permainan kuiz dalam aplikasi yang disiarkan secara langsung untuk memberikan pengalaman beli-belah dalam talian yang menarik yang menawarkan pelbagai ganjaran. Diacarakan setiap hari oleh Pemimpin Pendapat Utama, pengguna boleh menguji pengetahuan mereka dengan menjawab lapan soalan pengetahuan am, geografi, sejarah, budaya pop dan banyak lagi.  Peserta yang menjawab kelapan-lapan soalan dengan betul akan memenangi Shopee Coins yang boleh ditukarkan dengan ganjaran menarik di Shopee. Ini mencetus pengalaman beli-belah sosial dan kerjasama yang menarik kerana pengguna sering menjemput rakan-rakan dan keluarga mereka untuk menyertai Shopee Quiz dan memenangi ganjaran secara berkumpulan.

“Shopee komited untuk memberikan pengalaman beli-belah sosial yang menarik dan akan terus berbuat demikian dengan membangunkan lebih banyak ciri-ciri inovatif. Inisiatif kami yang sedia ada mendapat sambutan yang memberangsangkan dan memupuk hubungan jangka panjang dengan pengguna. Kami memperkenalkan ciri-ciri seperti Shopee Live dan Shopee Quiz untuk menghiburkan pengguna dengan kandungan media baharu yang lebih terpelbagai dan hasilnya, kita dapat melihat pengguna meluangkan lebih banyak masa di Shopee sambil mereka mengikuti siaran langsung dan menyertai kuiz yang menjadikan pengalaman beli-belah lebih interaktif,” kata Marianne Chuo, Ketua Pemasaran, Shopee Malaysia. 

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Menyusuri Alam Maya: Evolusi E-Dagang 2

Komen

komen





Source link