Uncategorized

Mercedes Mengeluarkan Enjin Turbo Yang Paling Berkuasa Di Dunia Dengan Sesaran 2.0 Liter


Mercedes, satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat malaysia. Kebanyakan golongan berpendapatan tinggi di Malaysia memilih untuk menggunakan kereta yang berasal dari Jerman ini sebagai kereta mewah pilihan mereka.

Ini terbukti dengan statistik pada tahun lepas di mana jenama Mercedes menduduki tempat pertama dalam segmen kereta mewah berbanding dengan jenama kereta Jerman yang lain.

Penguasaan jualan kereta jenama Mercedes ini disebabkan oleh penawaran teknologi yang ditawarkan oleh syarikat terbabit yang dapat menarik minat golongan berpendapatan tinggi untuk memiliki kenderaaan idaman mereka. Kini syarikat itu telah hadir sekali lagi dengan memperkenalkan enjin turbo generasi baharu.

Kebiasaanya rakyat malaysia sinonim dengan menggunakan enjin
turbo yang berasal dari  negara matahari
terbit iaitu Jepun.Kenderaan dari Negara Jepun menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana
teknologi yang ditawarkan itu dapat memenuhi kehendak mereka walaupun terpaksa
membayar dengan harga yang sangat tinggi  berbanding dengan kereta  kegunaan harian .

Terbaru, Mercedes telah mengorak langkah kedepan dengan memperkenalkan enjin turbo generasi yang baharu yang mana akan mengegarkan industri automotif dunia. Enjin turbo generasi baru ini yang dikenali sebagai M139 telah dikeluarkan oleh anak Syarikat Mercedes iatu syarikat AMG yang mana mempunyai banyak kelebihan berbanding enjin turbo  keluaran syarikat automotif yang lain.

Kalau nak tahu, Syarikat AMG merupakan anak syarikat Mercedes yang memfokuskan pengeluaran kenderaan berprestasi tinggi di bawah logo Syarikat Mercedes.

Tidak keterlaluan jika ini merupakan enjin yang paling berkuasa pada ketika ini. Berbekalkan sesaran sebesar 2.0 liter dan 4 silinder, enjin ini mampu menghasilkan kuasa kuda sebanyak  416 kuasa kuda pada kadar  6750 rpm dan menghasilkan torque sebanyak 369 paun. Untuk perbandingan, kereta Honda Civic Typer R Keluaran Syarikat Honda Hanya Menghasilkan Kuasa Kuda Sebanyak 306 Pada Sesaran Enjin yang sama.

“One Man One Engine” merupakan falsafah yang ditetapkan oleh syarikat AMG bagi menjga kualiti enjin kereta yang dikeluarkan

Enjin ini dibangunkan oleh jurutera syarikat AMG bagi menggantikan model enjin yang terdahulu iaitu M133. Dengan kuasa yang dikeluarkan oleh enjin ini maka tidak hairanlan enjin ini dibangunkan dengan sistem penyejukan terkini yang menggunakan semua jenis elemen penyejukan yang terdapat di persekitaran termasuk air,udara dan minyak yang masuk secara langsung melalui enjin ini.

Bagi menjaga kualiti enjin yang dihasilkan, AMG yang terkenal dengan falsafah “One man, one engine” telah memilih juruteknik yang benar-benar layak untuk kerja memasang enjin ini. Seperti enjin AMG yang lain, enjin ini dipasang sepenuhnya di Affalterbach, Jerman.

Sistem penyejuk yang menggunakan dua radiator ini merupakan teknologi yang diguna pakai bagi menyejukan enjin M139 semasa beroperasi

Hampir keseluruhan enjin ini dipasang menggunakan kepakaran tangan manusia dan dibantu dengan robot berteknologi tinggi bagi menjamin kualiti enjin tersebut. Juruteknik yang bertanggungjawab untuk  memasang enjin ini diberi troli pemasangan khas.

Robot  bertanggungjawab untuk membekalkan “spare part” kepada juruteknik. Apare part” ini  berada di dalam almari khas dimana robot ini akan menghampiri juruteknik semasa pemasangan enjin. Robot ini bergerak secara automatik.

Cara ini berbeza dengan syarikat kereta lain yang menggunakan alatan yang digantung pada ceiling kilang dan hal ini tidak berlaku kepada Syarikat AMG.

Robot yang bertanggungjawab untuk membantu juruteknik dalam memasang enjin M139. Robot ini membawa almari khas yang mana di dalamnya terdapat “spare part enjin M139”. AMG PERFORMANCE INSIDE merupakan almari khas yang dimaksudkan

Alatan yang dibekalkan oleh syarikat ini kebanyakan wireless dan para juruteknik bebas untuk bergerak tanpa ada halangan wayar yang akan menganggu pergerakan mereka. Mereka juga dibantu oleh troli dan robotik untuk menggurangkan pergerakan mereka supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pemasangan enjin tersebut.

Ini adalah standard piawaian yang ditetapkan oleh Syarikat AMG bagi menjaga kualiti enjin yang mereka hasilkan.

Model A45 merupakan model hatchback yang akan menggunakan enjin M139.Tidak mustahil kereta ini akan menjadi kereta hatchback paling laju didunia jika menggunakan enjin ini

Walaupun tiada lagi kata putus daripada Mercedes mengenai model yang manakah yang akan menerima enjin M139 ini. Namun, spekulasi kencang mengatakan kereta yang akan menerima enjin keluaran AMG ini adalah daripada model A45, CLA45, GLA45 dan GLB45 berdasarkan model yang sebelum ini.

Setakat ini,masih belum diketahui bila model yang menggunakan enjin ini akan dijual di pasaran Malaysia dan berapa pula harga yang akan dijual oleh Mercedes Malaysia.

Sumber Rujukan:

1. https://www.cnet.com/roadshow/news/mercedes-amg-m139-four-cylinder-416-hp/

2. https://www.caranddriver.com/news/a27813840/mercedes-amg-m139-four-cylinder-engine-specs/

3. https://www.motor1.com/photo/4138875/mercedes-amg-m139-engine/

4. https://www.motortrend.com/news/amg-m139-turbo-four-cylinder-engine-specs/

5. https://www.auto123.com/en/news/mercedes-amg-416-hp-4-cylinder-engine/65973/

Komen

komen





Source link