Uncategorized

Merungkai Ucapan Arnold Schwarzenegger Yang Menggoncang Internet


Beliau diibaratkan seperti Hercules dalam dunia bina badan dan juga industri perfileman Hollywood. Siapa yang tidak mengenali wajah beliau? Beliau yang dimaksudkan adalah Arnold Alois Schwarzenegger atau lebih dikenali sebagai Arnold Schwarzenegger.

Tahukah anda, semasa era kegemilangan bina badannya, setiap gym, wajib memaparkan wajah dan lagak beliau sebagai seorang ikon bina badan terbaik sepanjang zaman? Pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsi ucapan beliau yang telah menggegarkan dunia internet.

Untuk pengetahuan, semasa ucapan beliau di muat naik ke Facebook, ia telah memecahkan rekod perkongsian terbanyak, iaitu lebih daripada 100 juta perkongsian. Semoga dengan mendengar ucapan beliau yang viral di seluruh dunia, kita dapat mengambil iktibar dan menjadi lebih baik dari semalam.

Vision

Saya ada di sini pada pada hari ini untuk memperkatakan tentang kejayaan. Prinsip pertama untuk seseorang invidu berjaya adalah dengan mempunyai visi hidup yang jelas. Jika anda tidak mempunyai visi hidup dengan jelas atau matlamat diri, ibarat anda seperti ‘menaiki kapal terbang yang tidak mempunyai pemandu’, tidak akan tahu hala tuju destinasi anda.

Walaupun anda menaiki kapal terbang termewah, termahal dan pemandu (kapten kapal terbang) terbaik di dunia; tanpa visi, anda seperti tiada tujuan untuk menyempurnakan haluan keinginan anda. Ia juga boleh mengakibatkan anda menuju ke jalan yang kurang tepat dan juga salah.

Sedikit Mengenai Saya

Saya lahir pada tahun 1947 di Austria selepas peperangan dunia kedua. Saya tidak suka untuk teruskan hidup di negara Austria ketika saya membesar. Saya tidak sabar untuk meninggalkan negara tersebut, untuk mencuba nasib di negara lain.

Saya tidak boleh membayangkan kehidupan saya sebagai seorang petani, bekerja di kilang, dan perkara serupa itu. Namun, keluarga saya ingin saya kekal tinggal di kampung halaman dan menjalankan kehidupan normal seperti penduduk Austria yang lain.

Ayah saya, mengimpikan saya bekerja sebagai polis seperti mana pekerjaan beliau. Ibu saya, mahu saya terus kekal di kampung dan berkahwin dengan wanita tempatan serta membina keluarga yang normal. Walaubagaimanapun itu adalah visi mereka kepada diri saya, bukannya visi saya kepada diri sendiri.

Visi saya berbeza. Saya dilahirkan dengan berlainan pemikiran, unik dan juga mempunyai visi hidup yang besar; berbanding orang lain. Kemudiannya saya terus mencari arah hidup.

Bermula Dengan Impian

Sehinggalah pada suatu hari ketika saya berumur 11 tahun, saya telah melihat satu dokumentari mengenai negara Amerika Syarikat. Dalam dokumentari tersebut dipaparkan tentang negara mereka yang mempunyai bangunan pencakar langit, bangunan bertingkat yang tinggi, jambatan yang besar, lebuh raya yang mempunyai 6 lorong, kereta besar dan banyak lagi.

Ini telah menyebabkan saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berhijrah ke sana. Saya mesti meninggalkan tempat kelahiran saya yang terlalu usang. Namun persoalan utama, bagaimana saya boleh berhijrah ke sana?

Pada masa itu, tambang perjalanan terlalu mahal, berbanding seperti hari ini. Nasib sedikit baik, apabila satu kenal sebuah pasaraya bernama Brule yang hanya menjual barangan buatan Amerika Syarikat. Ketika saya memasuki pasaraya tersebut, saya terlihat sekeping majalah yang memaparkan Reg Park di muka depan, sebagai model atlet bina badan. Beliau merupakan pemenang Mr. Universe sebanyak tiga kali.

Melihat betapa perkasanya Reg Park, saya tanpa membazirkan masa, membeli majalah tersebut dan membacanya banyak kali di rumah. Isi kandungan majalah tersebut menunjukkan bagaimana Reg Park berlatih, bagaimana dia boleh menjadi atlet bina badan terbaik di England, Eropah, dan di dunia. Juga bagaimana beliau boleh terlibat dalam dunia lakonan dan banyak lagi mengenai diri beliau.

Mempunyai Idola

Meskipun sudah beberapa kali saya membaca, saya masih berasa rasa kagum yang tidak terhingga kepada beliau. Disebabkan inilah, timbul Visi saya yang baharu untuk mengikuti seperti apa yang beliau lakukan, bagi mencapai misi saya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat.

Saya ingin menjadi juara atlet bina badan seperti Reg Park. Saya ingin menjadi pelakon seperti Reg Park. Saya ingin memiliki wang yang banyak, kaya dan popular seperti Reg Park.

Anda tahu betapa saya teruja dan terlalu bersemangat untuk mencapai kesemua visi tersebut? Kebanyakan manusia tidak tahu hala tuju hidup mereka, tetapi saya tahu matlamat hidup saya.

Ketika timbul persoalan bagaimana saya boleh berhijrah ke Amerika Syarikat, saya sedikit lega dan bertuah, kerana jika anda ada matlamat, visi dan hala tuju; semuanya akan berubah menjadi mudah dan jelas.

Sebabnya jika kita lihat di peratusan mereka yang menyukai pekerjaan yang mereka lakukan, 74% tidak menyukai pekerjaan mereka. Sebaliknya 26% menyukai apa yang mereka lakukan kerana mereka mempunyai visi, dan matlamat yang memandu ke arah cita-cita mereka.

Jika anda hanya bekerja disebabkan kerja, ianya tidak menyeronokkan dan membosankan.

Mereka bertanya kepada saya, kenapa setelah saya melakukan senaman bina badan 5 hingga 6 jam dalam sehari, senyuman masih terpapar di wajah saya? Manakala individu lain yang melakukan perkara sama, kelihatan kusam dan muka masam di wajah mereka?

Fokus Kepada Impian

Bagi saya, saya hanya fokus untuk mencapai impian saya (shooting for goals). Setiap tekan tubi yang saya buat, angkat berat dan sebagainya, menyebabkan saya semakin hampir untuk mencapai matlamat saya.

Saya tidak sabar untuk menjadikan visi saya menjadi realiti. Bermaksud, saya tidak boleh sabar untuk menanti 500 pound, squat, bench press 2000 rep-sits up seterusnya. Saya tidak boleh bersabar untuk menanti hari esok bagi melakukan kesemuanya tanpa merasai kebosanan.

Saya rasa sangat bahagia, untuk memaklumkan pada anda semua, ianya sangat berhasil kepada diri saya. Ketika saya berumur 20 tahun, saya mengikuti pertandingan Mr. Universe di England, dan merupakan peserta paling muda sepanjang zaman.

Kesemuanyadi sebabkan saya ada visi dalam hidup. Perkara seperti ini tidak jauh berbeza dengan perkara lain. Ianya bukan hanya berkisar dalam bidang atlet bina badan sahaja.

Mula Berlakon Filem

Saya masih ingat, semasa menjalankan penggambaran cerita Conan The Barbarian. Saya perlu melakonkan watak seorang yang extreme, sehinggakan ianya menyebabkan tangan dan lutut saya berdarah. Penggambaran tersebut terpaksa diambil beberapa kali untuk menyempurnakan babak tersebut.

Setelah melakukannya 10 kali percubaan, pengarah mengarahkan penggambaran tersebut di ambil semula dan dia bertanya kepada saya, adakah saya masih mampu melakukannya kerana keadaan fizikal saya yang cedera?

Saya tersenyum lalu mengatakan saya boleh, dan tidak merasai apa-apa kesakitan pada masa itu. Semua ini disebabkan, saya dapat membayangkan visual wayang tersebut jika dipertontonkan kepada orang ramai, saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Bina Badan, Filem dan Politik

Begitu juga dengan kerjaya politik saya. Semasa saya mempunyai visi untuk menjadi seorang Gabenor di California, saya merupakan bukan rakyat asli negara Amerika Syarikat, jadi bagaimana saya boleh mencapai visi tersebut?

Menjadi seorang gabenor kepada negeri ke-5 terbesar di Amerika Syarikat adalah sebuah impian yang tinggi. Sesetengah individu mengatakan pada saya, bahawa saya perlu bermula dari bawah. Namun saya menanamkan semangat dan bekerja keras untuk mencapai visi saya.

Hasilnya, 2 bulan selepas itu saya dilantik menjadi gabenor negeri California!

Semestinya ia disebabkan oleh visi saya yang jelas. Saya ulangi sekali lagi, anda perlu visualisasikan visi anda dengan amat jelas, lalu meletakkan keseluruhan usaha dan keghairahan serta perasaan seronok untuk mencapai matlamat, tujuan, visi dan hala tuju hidup anda.

Bersambung….

Kalau taknak baca panjang-panjang, boleh juga tonton video di bawah:

Komen

komen





Source link