Artikel Terkini

Michael Marcus: Pakar Psikologi Yang Menggandakan $30,000 Menjadi $80 Juta


Pernahkah anda mendengar kisah mengenai
seorang pelabur jutawan yang asalkan ingin menggapai cita-cita sebagai pakar
psikologi? Siapa sangka seorang pelabur ini kini telah menjadi seorang jutawan
dan bukannya berkecimpung dalam bidang yang disangkanya berpuluh tahun dahulu.

Michael Marcus adalah seorang pelabur yang sangat berjaya. Pada usia muda, beliau mula melakukan penyelidikan untuk firma pembrokeran. Selepas itu beliau menyertai Commodities Corporation untuk memperdagangkan wang syarikat tersebut.

Sepanjang masa beliau di Commodities Corporation, pulangannya sering melebihi pulangan pelabur yang lain. Dalam tempoh tak sampai 20 tahun, Michael Marcus telah berjaya mengembangkan $30,000 USD menjadi $80 juta USD.

Inilah kisah mengenai Michael Marcus yang boleh kita ambil iktibar.

Perjalanan Kehidupan Michael Marcus

Pada tahun 1972, Michael Marcus bertemu dengan seorang lelaki yang mendakwa dia boleh menggandakan wang Marcus setiap dua minggu. Disebabkan beliau pada ketika itu seorang yang naif dan terlalu tamak, akhirnya Michael Marcus kehilangan semua wangnya kepada tips lelaki itu tanpa menjana sebarang keuntungan.

Michael Marcus yang sangat berbakat dalam bidang akademik memutuskan bahawa dengan lebih banyak masa dan strategi, beliau juga boleh berurus niaga dengan jayanya.

Dengan mengumpul dana daripada keluarga, kawan-kawan dan sumbernya sendiri, Michael Marcus mengikuti nasihat penulis surat pasaran dan membuat keuntungan pertamanya dalam perdagangan gandum. Michael Marcus membeli setiap kali harga menurun di bawah julat dan menjualnya apabila harganya naik tinggi.

Beliau kemudiannya mula mempelbagaikan jenis perdagangan komoditi dan memisahkan modal awalnya menjadi $30,000. Berikutan khabar angin pasaran bahawa hama akan menyerang tanaman, Marcus membeli saham tersebut. Akibat kerana kesilapannya ini, beliiau menyaksikan keseluruhan sahamnya dan wang keluarganya hilang begitu sahaja.

Bangkit
Semula Dengan Pelaburan

Dengan tiada wang baki untuk dilaburkan, Michael Marcus mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penganalisis penyelidikan di Reynolds Securities. Meminjam wang dari rakan dan keluarga, Marcus masih kehilangan wang kerana beliau tidak memahami selok-belok perdagangan.

Pada bulan Oktober 1971, beliau bertemu dengan Ed Seykota, salah satu pengikut trend terbesar sepanjang masa. Michael Marcus mula melabur menggunakan wang sendiri dan belajar daripada pendekatan Ed Seykota, Michael Marcus telah membuat kekayaan kecil.

Sebahagian daripada kejayaannya adalah kerana beliau mula memahami peraturan perdagangan asas. D antaranya seperti menganalisa kedudukan yang menguntungkan dan mengurangkan kerugian.

Selain itu, ianya adalah disebabkan oleh pasaran bull market pada tahun 1970 yang menguntungkan para pengikut trend. Selepas itu, Michael Marcus telah menyertai dengan Commodities Corporation dan mula melabur wang mereka.

Marcus telah memperdagangkan $30,000 daripada modal syarikat itu menjadi $80 juta dalam masa tak sampai 20 tahun.

Kesimpulannya, untuk berjaya seperti beliau kita haruslah kuat berusaha. Selain daripada itu, kita ada sifat jangan mengalah dalam diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Dengan azam yang kuat serta gigih berusaha, kita semua boleh berjaya seperti Michael Marcus dalam dunia pelaburan.

Sumber Rujukan:



Source link