Uncategorized

Mohd Bakke dilantik Pengerusi Felda baharu berkuat kuasa 1 Julai



KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai Pengerusi baharu Felda berkuat kuasa 1 Julai 2019 untuk tempoh dua tahun.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan pengalaman luas dimiliki Mohd Bakke dalam sektor korporat termasuk industri perladangan, kerajaan yakin beliau mampu mengembalikan Felda sebagai sebuah agensi yang mengangkat martabat peneroka dan menjamin kelestarian Felda.

“Mohd Bakke merupakan seorang tokoh korporat yang berintegriti dan berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau pada masa sama menzahirkan rasa terima kasih kepada Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang berkhidmat hampir setahun bersama badan itu.

“Tan Sri Megat Zaharuddin telah memberi sumbangan idea yang bernas dan progresif dalam usaha Kerajaan Pakatan Harapan membina semula FELDA dan memastikan kemampanan industri perladangan serta masa depan peneroka FELDA yang terjamin,” katanya.





Source link

Related Posts