Uncategorized

Moodys rendahkan taraf Petronas dari A1 ke A2, unjuran stabil



KUALA LUMPUR: Syarikat penarafan terkemuka dunia, Moody’s Investors Service (Moody’s) telah merendahkan paras penarafan Petronas dari A1 ke A2.

Perkara ini diumumkan oleh Moody’s melalui sebuah kenyataan lewat Jumaat (21 Jun). 

Menurut Moody’s, antara faktor penurunan penarafan Petronas adalah kerana keterlibatan perniagaan syarikat minyak terbesar negara itu dengan kerajaan Malaysia.

“Walaupun Petronas mempunyai metrik kredit yang kukuh untuk penarafan mereka, keterlibatan mereka dengan kerajaan Malaysia (A3 Stabil) menyebabkan mereka tidak mampu menyokong paras mereka (di tahap A1),” kata Vikas Halan, Penolong Presiden Kanan Moody’s. 

Moody’s memberi penerangan lanjut tentang isu keterlibatan Petronas bersama kerajaan, iaitu pertama, kerajaan memiliki 100 peratus Petronas, dan kedua, sebanyak dua pertiga aset Petronas, produksi, dan rezab syarikat itu, berada di Malaysia.

Sebab ketiga, adalah kebergantungan Malaysia atas Petronas sebagai punya pendapatan negara, iaitu sebanyak 20 peratus.

Apa maksud taraf A2? 

Moody’s turut berpendapat ada kemungkinan Petronas memerlukan sokongan yang besar dan kebergantungan yang mendalam oleh Petronas dari kerajaan (A3 stabil).

Walau bagaimanapun, Moody’s menambah andaian ini tidak akan merubah penarafan kedua-dua pihak kerana penarafan kerajaan (A3) adalah dibawah penarafan Petronas (A2).





Source link

Related Posts