Artikel Terkini

Moratorium: BNM perlu perbaiki komunikasi – Tengku Zafrul

61587458639 TBZafrulAziz - Moratorium: BNM perlu perbaiki komunikasi - Tengku Zafrul



41587458646 TBZafrulAziz - Moratorium: BNM perlu perbaiki komunikasi - Tengku Zafrul

BANGI: Wujud kekeliruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan semalam menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jelas Tengku Zafrul, BNM seharusnya memperbaiki komunikasi dengan pelanggan bagi mengelakkan timbul isu kekeliruan tersebut.

“Wujud kekeliruan dalam soalan lazim yang diberikan BNM. Jadi ilustrasi yang diberikan juga mengelirukan. Tapi tidak ada perbezaan dalam peruntukan itu.

“Apapun, pelanggan kena bayar faedah itu selepas ini, bukan tiada faedah. Pelanggan keliru sama ada ia akan didenda atau tiada faedah. Itu sebabnya ada kekeliruan dalam soalan lazim.

“Tapi dalam kenyataan BNM tidak ada penjelasan tapi pagi ini BNM ada beri penjelasan dan ia semakin jelas. Saya harap komunikasi antara bank dan pelanggan harus dipertingkatkan dari segi komunikasi,” katanya ketika merasmikan Sistem Geran Khas Prihatin di Menara Hasil Bangi, pada Jumaat.

BACA: BNM: Persepsi jumlah bayaran balik pinjaman sewa beli tidak berubah adalah salah

BACA: Pusingan U, kini bank kenakan faedah moratorium ke atas sewa beli

Semalam, menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak BNM menyatakan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium dan peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberi laluan kuasa undang-undang ke atas moratorium.

Menurut BNM, tujuan moratorium dilaksanakan adalah bertujuan bagi memudahkan aliran tunai golongan peminjam yang menerima impak akibat COVID-19.

“Saya rasa BNM telah jelaskan dalam soalan lazim mereka yang jelas ialah faedah tetap terakru tetapi tidak di kompaun,” kata Zafrul lagi.

BNM dalam satu kenyataan pada Jumaat membuat pengakuan timbul kekeliruan dan kebimbangan melibatkan kenyataan yang dikeluarkan pihak mereka semalam.

Kenyataan itu turut menegaskan, penangguhan bayaran balik pinjaman sememangnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan matlamat itu tidak berubah.





Source link

Related Posts