Uncategorized

Mufti Wilayah Persekutuan kini punya setengah juta pengikut di Instagram

Mufti Wilayah Persekutuan kini punya setengah juta pengikut di Instagram 1



Mufti Wilayah Persekutuan kini punya setengah juta pengikut di Instagram 2

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini menjadi antara pendakwah paling berpengaruh di Malaysia selepas berjaya mengumpulkan lebih 500,000 pengikut di akaun Instagram @drzulkifli.albakri sehingga hari ini.

Menerusi kemaskini terbaru di akaun Twitter, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya atas sokongan yang diberikan.

“Terima kasih semua warganet atas sokongan!” katanya.
Beliau merupakan antara pendakwah yang aktif di laman media sosial terutamanya di Twitter dan Instagram dalam menjawab persoalan serta kemusykilan agama.

Malah, beliau sentiasa menjadi rujukan terutamanya dalam kalangan orang muda dengan mesej bersahaja dan mudah difahami.

Melalui Instagram, beliau banyak berkongsikan aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat serta maklumat penting untuk hidup sebagai Muslim sejati.

Di akaun Twitternya pula setakat ini mengumpulkan lebih 75,000 pengikut.





Source link