Artikel Terkini

#MyAPEC2020: Ekonomi digital luar bandar, telefon pintar tidak memadai – Pakar

81577250444 TBIks - #MyAPEC2020: Ekonomi digital luar bandar, telefon pintar tidak memadai - Pakar



71577250452 TBIks - #MyAPEC2020: Ekonomi digital luar bandar, telefon pintar tidak memadai - Pakar

KUALA LUMPUR: Kawasan luar bandar perlu menjadi fokus kepada usaha pembangunan ekonomi digital pada tahun 2020 lantaran tahap pendedahan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) yang dilihat masih pada tahap lemah.

Pakar ekonomi, Dr. Madeline Berma berkata penggunaan telefon pintar sahaja tidak memadai untuk meletakkan para IKS luar bandar di tahap yang membanggakan dalam penggunaan ekonomi digital.

“Kebanyakan penduduk di luar bandar ini mereka terdiri daripada golongan remaja serta golongan yang tidak begitu mahir dalam penggunaan ICT kerana mereka yang mahir dan berkelulusan dalam ICT telah berhijrah ke bandar.

“Jadi mereka yang tinggal di luar bandar ini hanya menggunakan telefon pintar untuk memasarkan produk dan itu bukan ekonomi digital yang sepenuhnya.

“Apa yang sepatutnya berlaku adalah wujudnya transaksi kewangan, mereka boleh mengambil pesanan, boleh merekod sumber manusia, lejar, blok rantaian dan sebagainya… Ini yang penduduk IKS luar bandar sering hadapi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Madeline yang banyak membuat kajian berkenaan perusahaan mikro-kecil dan penglibatan wanita dalam perniagaan berpandangan terdapat pelbagai lagi cabaran pelaksanaan ekonomi digital selain isu infrastruktur.

Jelasnya, isu kepercayaan terhadap ekonomi digital turut menjadi cabaran ekoran penggiat IKS di luar bandar lebih memilih pendekatan perniagaan konvensional.

BACA: Isu dana ‘startup’ antara fokus #MyAPEC2020

“Mereka (penggiat IKS luar bandar) ramai yang tidak percaya bahawa ekonomi digital ini boleh membawa banyak faedah kepada mereka sebab golongan yang menggunakan ekonomi digital ini kebanyakannya orang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mereka sangat percaya tentang keupayaan ekonomi digital ini.

“Mereka ini mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Tetapi mereka di luar bandar ini lebih suka menggunakan teknik lama, pendekatan tradisional, jual secara ‘mulut ke mulut’ atau jual secara yang biasa kita gunakan daripada guna pemasaran digital dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Laporan Polisi Ekonomi APEC 2019: Reformasi Struktural dan Ekonomi Digital yang dikeluarkan minggu ini.

Ia menggariskan peluang dan cabaran dalam ekonomi digital yang perlu diberi perhatian termasuk buat Malaysia yang memegang kepengerusian APEC 2020.





Source link

Related Posts