Uncategorized

MySpace mohon maaf, gagal selamatkan 50 juta lagu

MySpace mohon maaf, gagal selamatkan 50 juta lagu 1



MySpace mohon maaf, gagal selamatkan 50 juta lagu 2

PLATFORM laman sosial terawal, MySpace, memohon maaf apabila proses server migration yang dilakukan telah menyebabkan kehilangan data yang besar.

Mesej di laman webnya memaklumkan bahawa ada kemungkinan banyak fail muzik tidak dapat diselamatkan akibat proses itu.

“Banyak fail audio yang dimuat naik lebih daripada tiga tahun yang lalu mungkin tidak lagi tersedia di MySpace.

“Kami memohon maaf atas kesulitan itu,” kata firma tersebut dalam satu kenyataan.

Dilaporkan lebih 50 juta lagu hilang atau tidak dapat diakses selepas proses tersebut.

MySpace sebelum ini mempunyai masalah berkaitan pautan muzik yang dilaporkan sudah tidak boleh diakses.

Platform yang mula diwujudkan pada 2003 itu mula merosot popularitinya selepas persaingan dengan Facebook.

Di zaman kemuncaknya, ia merupakan laman web paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, menewaskan Google.

MySpace menjadi pilihan untuk berkongsi muzik terbaharu, malah berjaya membantu memulakan kerjaya ramai artis, antaranya Colbie Callait dan Kate Nash.

Walaupun ia bukan lagi pemain utama media sosial, masih ramai yang menggunakannya sebagai arkib.

MySpace dibeli oleh NewsCorp pada tahun 2005 dengan nilai AS$580 juta. Ia kemudiannya dijual pada tahun 2011 dengan nilai AS$35 juta kepada syarikat pengiklanan Specific Media.





Source link