Artikel Terkini

Nak Beli Rumah : Apa Yang Perlu Kita Semua Tahu?


Semua orang ingin memiliki rumah sendiri kan dan masih ramai yang tengah berkira-kira untuk membeli rumah. Pasti kita nak membahagiakan ibu bapa dan nak ambik hati bakal mertua kan?

Apa perkara asas yang mesti kita semua tahu sebelum beli rumah?

Mestilah tahu kemampuan kita sendiri 

Sama ada kita mampu membayar bayaran bulanan pinjaman perumahan kita itu nanti. Memanglah seronok berangan nak beli rumah yang besar dan indah tapi mampu kah kita? tepuk dada tanya selera dan ukur baju dibadan sendiri tau.

Secara umumnya, setiap RM100,000.00 harga rumah dipasaran, kita perlu membayar sebanyak RM500.00 sebulan untuk pinjaman selama 35 tahun. Jadi, jika kita ingin membeli rumah berharga RM300,000.00, kita perlulah menyediakan RM1,500.00 setiap bulan.

Berapa pula gaji yang diperlukan?

Jumlah ideal untuk peruntukan bayaran pinjaman perumahan setiap bulan adalah 30% daripada gaji bulanan yang kita terima.

Contohnya, pendapatan bulanan kita bersama pasangan adalah RM5,000.00, maka 30% peruntukan untuk bayaran pinjaman perumahan adalah RM1,500.00 setiap bulan.

Berdasarkan pengiraan tersebut, harga kediaman yang kita mampu beli adalah RM300,00.00 (RM500.00 untuk setiap RM100,000.00 harga rumah)

Kos-kos sampingan

Dalam pembelian rumah seperti yuran tempahan, deposit, yuran guaman dan juga duti setem. Kalau kita tak mampu sediakan bayaran tersebut atau tiada simpanan, boleh ke beli rumah?

Mestilah boleh! Beli saja rumah daripada pemaju-pemaju perumahan yang menyediakan pelbagai pakej menarik seperti diskaun, rebat, kos yuran guaman percuma serta duti setem yang akan dibayar oleh pemaju! Jadi, kita tak perlulah bimbang jika tidak mempunyai simpanan tetapi ingin membeli rumah.

Nak lebih mudah? sila klik https://www.hihome.asia/ untuk pengiraan kelayakan pinjaman dan senarai rumah bersama pakej menarik daripada pemaju-pemaju terkemukan tanah air.

Hi HOME bukan setakat kirakan kelayakan pinjaman anda tapi kami juga padankan rumah yang sesuai untuk anda hanya dalam masa 60saat!

Selamat membeli rumah idaman anda!





Source link