Uncategorized

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 1


Kebiasaannya pelabur menggunakan pelbagai pendekatan yang menawarkan keuntungan pada jangka masa yang panjang, namun seringkali terdedah dengan risiko kerugian. Hari ini, jom kita tengok bagaimana pelabur-pelabur tersohor menggunakan konsep margin of safety sebagai satu cara yang bijak.

Menurut kata-kata emas Warren Buffet:

 Jika ada sesuatu yang saya boleh nasihatkan kepada anda, ialah dengan membaca buku The Intelligent Investor daripada Benjamin Graham. Jika anda perlu membaca 1 bab, maka bacalah bab ke-20 buku tersebut

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 2

Penggunaan Margin of Safety: 

Dalam bahasa mudahnya, kita mestilah amalkan cara yang paling selamat dan berpotensi tinggi untuk mencipta keuntungan yang tinggi. Contoh yang paling mudah adalah dengan Buy Low, Sell High.

Lihat sejarah kejatuhan harga saham Apple semasa berlakunya tech bubble:

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 3

Jika kita perhatikan, sangat mustahil untuk kita melabur jika melihat kejatuhan seperti itu, lagi-lagi jika didorong oleh perasaan seperti “Siapa yang mahu membeli jika saham syarikat akan ke arah bankrap?’’. Namun jika kita perhalusi, membeli ketika harga diskaun juga akan mengurangkan risiko dan memaksimakan keuntungan anda.

Bayangkan jika kita beli ketika itu, selepas beberapa tahun dah mampu memperolehi keuntungan yang berganda.

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 4

Lebih-lebih lagi ketika kita amalkan falsafah pelaburan Value Investing, keuntungan yang dijana dan dimaksimakan seperti Warren Buffet.

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 5

Namun, pelaburan saham tidak semudah buy dan sell, ini kerana mindset juga penting. Perlu kita miliki pemikiran dan psikologi yang baik untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya. Tidak bermakna bila harga saham jatuh 80% atau 90%, kita boleh beli sesuka hati.

Dalam erti kata lain, kita beli pada harga diskaun, di mana harga saham dah betul-betul berada di lantai dan sukar untuk ke bawah lagi.

Baca Buka Margin of Safety

Di antara buku yang boleh kita baca untuk fahami konsep penggunaan margin of safety dengan lebih mendalam, ialah buku Margin Of Safety daripada Seth A. Klarman.

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 6

Sebelum mengakhiri perkongsian artikel kali ini, suka sekiranya kami berkongsi satu kisah bagaimana Warren Buffet belajar daripada kesilapan yang beliau lakukan ketika mula-mula berkecimpung sebagai seorang pelabur.  

Ketika beliau berumur 11 tahun, beliau telah berkongsi dengan kakaknya untuk membeli 3 unit sebuah saham. Sebulan selepas mereka memiliki saham tersebut, ia mengalami kejatuhan daripada $38.25 ke $27. Apabila saham tersebut baik pulih dari kejatuhan iaitu di paras harga $40, beliau telah menjual saham tersebut dan memiliki keuntungan sebanyak $5.25.

Selepas beliau menjual saham tersebut, harga saham itu terus meningkat naik melebihi paras $200 sesaham. Jika beliau menahan untuk menjual saham tersebut mungkin keuntungan yang beliau akan raih akan melebihi $500.

Tapi bak kata pepatah, kalau dah rezeki tu tak ke mana. Yang penting kita dah untung, selebihnya keuntungan orang lain pula,

Nak Jadi Seperti Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety 7

Komen

komen





Source link