Artikel Terkini

Nak Lebih Bahagia? Cuba Ikut 2 Nasihat Warren Buffett Ini


Dalam ucapan Warren Buffett pada tahun 1998 yang ditujukan khas buat pelajar Master of Business Administration(MBA) di University Of Florida, beliau telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Sehinggalah seseorang peserta menanyakan satu soalan ‘Apakah yang beliau akan lakukan jika inginkan kehidupan yang lebih bahagia, sekiranya umur beliau masih panjang?’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway tersebut, bagi mencapai kebahagiaan sepanjang hidup, kita sepatutnya hanya menjalinkan hubungan kerjasama dengan orang yang kita selesa untuk bekerjasama dan mengelakkan sebaliknya. Seperti dirinya, beliau hanya menjalinkan kerjasama dengan individu atau orang yang selesa beliau bekerjasama.

Tambah beliau lagi, kejayaan mencipta keuntungan sebanyak $100 juta dengan bekerjasama dengan orang yang beliau tidak suka dan tidak selesa, ibarat seperti hanya mengutamakan wang semata-mata.

Ianya bukanlah idea yang baik, kerana boleh menyebabkan kita tidak mempunyai jiwa dan perasaan ketika melaksanakan sesuatu.

1. Carilah Persekitaran Yang Baik

Warren Buffett bukan mengesyorkan perkara tersebut untuk bidang perniagaan dan pelaburan, namun beliau juga mengunakan prinsip yang sama dalam kehidupan seharian. Demikian juga dengan kita, boleh gunakan prinsip tersebut dalam apa jua situasi kehidupan seharian kita.

Contohnya bekerja di pejabat, persekitaran tempat kerja kita kurang menyenangkan dan di kita berada tak selesa, kita dicadangkan untuk mencari inisiatif untuk mengubahnya, atau meninggalkan pekerjaan tersebut, sekaligus mencari pekerjaan baru.

Tidak ada faedahnya jika kita terus kekal dalam persekitaran tersebut, ianya bakal mendatangkan kemudaratan kepada diri kita sendiri pada masa akan datang.

2. Berkawan Dengan Orang Yang Lebih Baik

Manakala ketika satu majlis bual bicara bersama Bill Gates pada tahun 2017 yang bertempat di University of Colombia, Warren Buffett menjelaskan bahawa ‘Anda terbentuk melalui orang yang berada di sekeliling anda, jadi tersangatlah penting untuk anda bergaul dengan orang yang lebih baik dari diri anda.

Semua orang tahu kata-kata emas pakar motivasi Jim Rohn iaitu ‘kita merupakan purata lima orang yang kita luangkan lebih banyak masa bersama’.

Sekaligus kita dapat menyimpulkan bahawa, adalah baik sekiranya kita mampu untuk elakkan untuk bersama dengan orang yang menyebabkan kita berasa tidak selesa. Tidak kira samada ianya dalam perhubungan di kehidupan seharian, tempat kerja, perniagaan dan sebagainya.

Nak lagi tips power dari Warren Buffett? Jemput baca:



Source link