Uncategorized

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 1


Digi.com Bhd adalah antara merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia. Kini, ia bernilai sebanyak RM36.3 bilion dalam market capitalisation. Baru-baru ini juga heboh berkenaan Telenor dan Axiata Bergabung di Arena Antarabangsa, Digi dan Celcom Bergabung di Malaysia.

Di sini, saya ingin berkongsi prestasi kewangan dan penilaian saham terkini bagi Digi.com Bhd. Jom kita lihat 12 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam Digi.com.

1. Sumber Perolehan 2018

Pada tahun 2018, Digi.com Bhd telah merekodkan RM6.5 bilion dalam perolehan keseluruhan. Sumber perolehannya adalah seperti berikut:

 

No.

 

Sumber

Perolehan 2018

(RM Bilion)

Perolehan 2018

(%)

1 Prepaid 3.41 52.2%
2 Postpaid 2.52 38.6%
3 Devices 0.40 6.1%
4 Lain-Lain 0.20 3.1%
Jumlah Keseluruhan 6.53 100.0%

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Digi.com Bhd

2. Segmen 1: Prepaid

Segmen Prepaid telah merekod penurunan dari segi perolehan dari RM4.61 bilion pada tahun 2014 kepada RM3.41 bilion pada tahun 2018. Ini disebabkan oleh penurunan dari segi jumlah subscribers dan Average Revenues per user (ARPU) sejak 2014.

Jumlah subscribers bagi Digi.com Bhd menurun dari 9.7 juta pada tahun 2014 kepada 8.9 juta pada tahun 2018. ARPU jatuh dari RM41 ke RM31 pada masa tersebut.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 2

Sumber: Laporan Tahunan Digi.com Bhd

3. Segmen 2: Postpaid

Segmen Postpaid telah merekod peningkatan jualan dari RM1.72 bilion pada tahun 2014 kepada RM2.52 bilion pada tahun 2018. Ia berpunca daripada kenaikan jumlah subscribers secara stabil dari 1.7 juta pada 2014 ke sejumlah 2.8 juta pada 2018.

Peningkatan ini adalah lebih besar jika dibandingkan dengan penurunan ARPU dari RM82 pada tahun 2014 kepada RM76 pada tahun 2018.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 3

Sumber: Laporan Tahunan Digi.com Bhd

4. Keputusan Kewangan Keseluruhan

Secara keseluruhannya, Digi.com Bhd telah merekodkan penurunan perolehan dari RM7.02 bilion pada tahun 2015 kepada RM6.34 bilion pada tahun 2018. Oleh itu, ia telah mencatatkan penurunan keuntungan bersih dari RM2.03 bilion pada tahun 2015 kepada RM1.48 bilion pada tahun 2018.

Ia berpunca daripada penurunan yang telah direkodkan oleh segmen Prepaid sejak tahun 2015.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 4

Sumber: Laporan Tahunan Digi.com Bhd

5. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2009 sehingga tahun 2018, Digi.com Bhd telah menjana RM21.87 bilion dalam aliran tunai operasi dan telah menerima RM206.00 juta dalam faedah. Ia juga menjana RM 2.22 bilion dalam hutang jangka panjang.

Daripada jumlah tersebut, Digi.com telah membiayai:

– RM 8.14 bilion dalam capital expenditures (CAPEX).

– RM 16.09 bilion dalam dividen kepada pemegang sahamnya.

Pada 31 Mac 2019, Digi.com Bhd telah mencatatkan RM243.85 juta dalam baki tunai. Terbuktilah, Digi.com Bhd merupakan sebuah syarikat yang mantap dari segi pengurusan aliran tunai dan berupaya untuk memberi dividen secara berterusan kepada pemegang sahamnya pada masa hadapan.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 5

Sumber: Laporan Tahunan Digi.com Bhd

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, Digi.com Bhd merekodkan RM4.45 bilion dalam liabiliti bukan semasa dan RM641.49 juta dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, gearing ratio-nya adalah 693.17%. Dari sudut pandangan biasa, gearing ratio ini dianggap tinggi kerana ia jauh melebihi 50%.

Tetapi, jika kita lihat dari segi aliran tunai operasi, gearing ratio baginya agak rendah. Pada masa 10 tahun lepas, Digi.com Bhd berjaya menjana RM2.19 bilion dalam aliran tunai operasi setahun.

Maka, Digi.com Bhd berupaya menyelesaikan semua liabiliti bukan semasanya dalam masa 2 tahun.

7. Pandangan 2019

Digi.com Bhd telah memberikan panduan kepada pemegang sahamnya bagi jangkaannya dari segi prestasi kewangan untuk tahun 2019.

Ia adalah dirumuskan seperti berikut:

No. Key Performance Index (KPI) Panduan 2019
1 Service Revenue
(Jumlah Perolehan Prepaid dan Postpaid)
Kekal Pada Tahap 2018
(RM 5.92 bilion)
2 EBITDA
(Earnings before Interest, Tax, Depreciation & Amortisation)
Pertumbuhan Rendah
3 CAPEX to Service Revenue 11% – 12%

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Digi.com Bhd

8. Teknologi 5G

Kini, Digi.com Bhd mempunyai fibre network sepanjang 8,400 km dan mencapai sebanyak 89% & 65% liputan dalam 4G LTE & 4G LTE-A di Malaysia. Pada tahun 2019, Digi.com Bhd akan mula mengaji potensi 5G dan aplikasinya dari segi Augmented Reality (AR) untuk bidang pendidikan dan Virtual Reality (VR) untuk bidang gaming atau eSports.

9. Siapa Pemilik Terbesar Digi.com Bhd?

Pada 6 Mac 2019, 5 pemegang saham yang terbesar dan pemegangan saham mereka adalah seperti berikut:

 

No.

 

Pemegang Saham Utama

Pemegangan

Saham (%)

1 Telenor Asia Pte Ltd 49.00%
2 Employees Provident Fund Board 13.45%
3 Amanah Saham Bumiputera 7.61%
4 Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) 3.40%
5 Urusharta Jammah Sdn Bhd 1.44%

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Digi.com Bhd

10. P/E Ratio

Pada 21 Mei 2019, harga saham bagi Digi.com Bhd ialah RM4.67. Pada tahun 2018, ia telah menjana 19.8 sen dalam Earnings Per Share (EPS). Maka, P/E Ratio terkini bagi Digi.com Bhd ialah 23.59, setaraf 10-tahun purata P/E Ratio iaitu sebanyak 23.34.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 6

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Digi.com Bhd

11. P/B Ratio

Pada 31 Mac 2019, Digi.com Bhd merekodkan RM0.083 dalam aset bersih setiap saham. Jadi, P/B Ratio terkini bagi Digi.com Bhd ialah 56.27. Bagi Digi.com Bhd, kiraan P/B Ratio tidak bermakna kerana syarikat ini tidak perlu bergantung pada ekuiti pemegang saham untuk berfungsi.

12. Kadar Dividen

Digi.com Bhd telah membayar dividen secara konsisten. Tetapi, jumlah pembayaran Dividends Per Share (DPS) telah menurun dari RM0.26 pada tahun 2014 kepada RM0.20 pada tahun 2018. Ini disebabkan oleh penurunan keuntungan bersih yang dicatatkan sejak tahun 2015.

Jika Digi.com Bhd berupaya mengekalkan DPS-nya pada tahap RM0.20, kadar dividen terkininya adalah 4.28% setahun. Ia adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan 10-tahun puratanya sebanyak 4.94% setahun.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 7

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 8

Sumber: Laporan Tahunan Digi.com Bhd

Sudut Pandangan

Digi.com Bhd ialah salah satu saham yang dikenali sebagai Dividend Stock pada golongan pelabur di Malaysia. Tetapi, harga sahamnya telah menurun daripada RM6.40 pada awal tahun 2015 ke RM 4.67 pada masa kini.

Kenapa?

Ini disebabkan oleh penurunan keuntungan bersih bagi Digi.com Bhd dari tahun 2015. Pergerakan harga saham adalah bergantung pada keuntungan saham.

Jadi, itulah sebab pelabur bijak melakukan Fundamental Analisis untuk mengaji model perniagaan dan prestasi kewangan sebuah saham terlebih dulu sebelum melabur ke dalam saham tersebut.

Bagi Digi.com Bhd, penilaian sahamnya ialah seperti berikut:

– P/E Ratio: 23.59.

– P/B Ratio: 56.27.

– Kadar Dividen: 4.28% setahun.

Jadi, wajarkah kamu nak melabur ke dalam Digi.com Bhd pada masa kini?

Itu bergantung kepada pelan pelaburan masing-masing.

Biodata Penulis

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Nak Melabur Saham Digi.com Bhd? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu 9

Komen

komen





Source link