Uncategorized

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 1


Ditubuhkan pada tahun 1979, Kossan Rubber Industries Berhad (Kossan) adalah di antara tiga buah syarikat penghasilan sarung getah yang terbesar di dunia. Pada 13 Jun 2019, ia bernilai sebanyak RM5.19 bilion di dalam market capitalisation.

Di sini, saya ingin berkongsi keputusan kewangan terkini, pelan pertumbuhan, dan juga penilaian saham bagi Kossan. Jom kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Kossan:

1. Kisah Pertumbuhan

Sejak Jun 2013, Kossan telah meningkatkan kapasiti penghasilan sarung getah pada kadar CAGR sejumlah 7.06% daripada 16.0 bilion pada 2013 kepada 26.5 bilion pada 2018. Production mix-nya dari segi nitrile glove : natural rubber glove telah mengubah dari 55:45 pada 2013 ke setinggi 75:25 pada 2018 kerana Kossan telah membina kilang-kilang baru untuk meningkatkan pengeluaran nitrile glove pada lima tahun yang lalu.

Kini, Kossan mengeksport lebih daripada 80% produk penghasilannya ke 190 buah negara, terutamanya ke Amerika Syarikat, Eropah, Korea & Jepun.

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 2
Sumber: Laporan Tahunan Kossan

2. Prestasi Kewangan Terkini

Kossan telah merekod pertumbuhan perolehan dan keuntungan bersih pada kadar sebanyak 10.37% dan 7.93% pada lima tahun yang lepas. Ia telah mencatat peningkatan perolehan dari RM1.3 bilion pada tahun 2014 kepada RM2.1 bilion pada tahun 2018.

Keuntungan bersih meningkat daripada RM136.4 juta pada tahun 2014 kepada RM199.8 juta pada tahun 2018. Dalam masa tersebut, ROE purata bagi Kossan adalah 17.26% setahun.

Ia bermaksud bahawa Kossan telah menjana RM17.26 dalam keuntungan bersih setahun dari tiap -tiap tahun daripada setiap RM100 di dalam ekuiti pemegang saham sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 3
Sumber: Laporan Tahunan Kossan
Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 4
Sumber: Laporan Tahunan Kossan

3. Pengurusan Aliran Tunai

Daripada tahun 2014 sehingga tahun 2018, Kossan telah menjana sebanyak RM1.00 bilion di dalam aliran tunai operasi dan RM274.4 juta di dalam hutang jangka masa panjang.

Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar:
– RM 952.7 juta dalam capital expenditures (CAPEX).
– RM 294.2 juta dalam pembayaran dividen ke pemegang sahamnya.

Kossan telah menambahkan baki tunainya daripada RM98.0 juta pada tahun 2013 kepada RM 146.3 juta pada tahun 2018.

Terbuktilah, Kossan merupakan sebuah syarikat yang bijaksana di dalam pengurusan aliran tunai sebab ia berupaya menjanakan aliran tunai positif daripada operasinya dan ia melaburkan tunai tersebut ke dalam pembinaan kilang-kilang baru bagi meningkatkan keuntungan bersih dan nilai sahamnya pada masa jangka yang panjang.

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, Kossan telah mencatatkan RM317.5 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM 1.34 bilion dalam ekuiti pemegang saham. Maka, ia mempunyai gearing ratio sebanyak 23.8%.

Pada masa itu, syarikat telah mencatatkan RM853.2 juta di dalam aset semasa danRM 489.2 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasanya adalah 1.74.

5. Pelan Pertumbuhan 1: U.S. FDA 510 (k) Nitrile Gloves

Pada Disember 2018, Kossan telah diberikan U.S. FDA 510 (k) Approval bagi Anti-Fentanyl Gloves. Ia merupakan sarung getah inovasi daripada Kossan’s Research & Development Department.

Ini merupakan sebuah kejayaan R&D yang berterusan setelah ia berjaya melancarkan Low Derma™ Technology Gloves pada 2016 dan Confidenz™, sarung getah yang disahkan halal pada tahun 2017.

6. Pelan Pertumbuhan 2: Plant 18 & Plant 19

Pada tahun 2019, Kossan akan meneruskan pembinaan Plant 18 dan Plant 19. Plant 18 akan menyumbang peningkatan kapasiti penghasilan tahunan sebanyak 2.5 bilion sarung getah. Ia dijangka siap dibina pada suku ketiga tahun 2019.

Plant 19 pula akan menyumbang peningkatan kapasiti penghasilan 3.0 bilion sarung getah setahun. Ia menjangkakan Plant 19 akan siap dibina pada suku keempat 2019.

Dengan itu, Kossan akan meningkatkan lagi pengeluaran kapasiti sarung getahnya dari 26.5 bilion pada 2018 ke 32.0 bilion pada 2019.

Masa Kapasiti
Pengeluaran Tahunan Sarung Getah
Disember 2018 26.5 Bilion
Plant 18 2.5 Bilion
Plant 19 3.0 Bilion
Disember 2019 32.0 Bilion

Sumber: Laporan Tahunan Kossan

7. Pelan Pertumbuhan 3: 824-ekar Tanah di Bidor, Perak

Pada 12 Mac 2018, Kossan telah membeli tanah sejumlah 824 ekar di Bidor, Perak dengan harga RM 82.4 juta. Ia berniat untuk mendirikan kilang sarung getah setelah pembinaan Plant 18 & 19 telah selesai.

Kini, penubuhan kilang di Bidor adalah pada tahap perancangan. Pembinaan kilang dijangka bermula pada tahun 2020, dan dijangka akan mengambil masa lapan tahun untuk siap.

8. Siapa Pemegang Saham Kossan?

Pada 15 Mac 2019, 5 pemegang saham utama dalam Kossan adalah seperti berikut:

Pemegang Saham Utama Pemegangan
Saham (%)
Kossan Holdings (M) Sdn Bhd 51.06%
Employees Provident Fund Board 7.70%
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) 2.20%
Public Ittikal Sequel Fund 1.60%
Tian Senn Resources Sdn Bhd 1.56%

Sumber: Laporan Tahunan 2018 Kossan

Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia dan Lim Leng Bung ialah pemegang saham utama bagi Kossan melalui pemegangan saham dalam Kossan Holdings (M) Sdn Bhd. Mereka berdua adalah adik-beradik.

Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia dilantik sebagai CEO & Managing Director. Manakala, Lim Leng Bung adalah Executive Director bagi Kossan.

Lim Ooi Chow, anak lelaki Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia adalah Executive Director bagi Kossan.

Lim Siau Tian dan Lim Siau Hing, anak saudara lelaki bagi Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia dan Lim Leng Bung ialah Executive Director bagi Kossan.

9. P/E Ratio

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 5
Sumber: Laporan Tahunan Kossan

Pada 13 Jun 2019, harga saham Kossan berada pada paras RM 4.06. Pada tahun 2018, ia telah menjana sebanyak RM 0.156 di dalam Earnings Per Share (EPS).

Maka, P/E Ratio-nya terkini adalah 26.03. Ia hampir dengan P/E purata bagi lima tahun lalu iaitu sebanyak 26.17.

10. P/B Ratio

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 6
Sumber: Laporan Tahunan Kossan

Pada 31 Mac 2019, Kossan telah mencatatkan RM1.03 di dalam aset bersih. Maka, ia mempunyai P/B Ratio terkini sebanyak 3.94.

Ini lebih rendah jika kita membandingkannya dengan P/B purata bagi lima tahun lepas iaitu sebanyak 4.52.

11. Kadar Dividen

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 7
Sumber: Laporan Tahunan Kossan
Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 8
Sumber: Laporan Tahunan Kossan

Pada tahun 2018, Kossan telah membayar 6.0 sen dalam Dividends Per Share (DPS). Jika ia berjaya mengekalkan DPS pada 6.0 sen bagi tahun-tahun yang seterusnya, maka kadar dividennya ialah 1.48%.

Sudut Pandangan

Kossan telah mencatatkan prestasi kewangan yang mantap sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, harga sahamnya telah naik secara konsisten dan telah menambahkan market capitalisation, daripada RM0.9 bilion pada tahun 2009 menjadi RM5.2 bilion pada masa sekarang.

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 9
Sumber: Google Finance

Kini, nilai saham Kossan adalah:

– P/E Ratio: 26.03 (dekat dengan 5-Tahun Purata)
– P/B Ratio: 3.94 (lebih rendah dengan 5-Tahun Purata)
– Kadar Dividen: 1.48% (lebih rendah daripada kadar simpanan tetap)

Jadi, wajarkah kamu melabur ke dalam saham Kossan? Ini bergantung kepada pelan pelaburan masing-masing.

Biodata Penulis
Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.
Artikel ini pada asalnya telah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris di The Fifth Person.

Nak Melabur Saham Kossan Rubber Industries Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Dulu 10

Komen

komen





Source link