Uncategorized

Nak Melabur Unit Al-Aqar Healthcare REIT? Ambil Tahu 10 Perkara Ini Dahulu


Al-Aqar Healthcare REIT (Al-Aqar) adalah sebuah REIT Islamik yang menjanakan pendapatannya daripada penyewaan hartanah healthcare seperti hospital dan pusat penjagaan orang tua di Malaysia dan Australia.

Kini, ia bernilai RM1.1 bilion di dalam market capitalisation. Di sini, saya ingin berkongsi prestasi terkini dari segi kewangannya dan penilaian unit bagi Al-Aqar.

Jom kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam unit Al-Aqar.

1. Portfolio Hartanah

Sejak tahun 2006, Al-Aqar telah mengembangkan portfolio hartanah-nya daripada RM481.0 juta kepada RM1.52 bilion pada tahun 2015, kerana ia membeli hartanah di Malaysia, Indonesia, dan Australia secara mendadak. Al-Aqar berjaya menjual dua rumah sakit di Indonesia pada tahun 2016 dan juga Selesa Tower pada tahun 2017.

Oleh itu, nilai portfolio hartanah-nya telah jatuh ke RM1.46 bilion pada tahun 2017. Pada tahun 2018, nilai portfolio hartanah-nya meningkat kepada RM1.49 bilion kerana hartanahnya telah mencatatkan capital appreciation pada tahun tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar

2. Portfolio di Malaysia

Kini, Al-Aqar mempunyai 21 hospital yang terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang bernilai RM1.35 bilion. Perolehannya naik daripada RM60.6 juta pada tahun 2009 kepada RM92.1 juta pada tahun 2016 sebelum turun ke paras RM88.6 juta pada tahun 2017.

Penurunan ini berpunca daripada jualan Selesa Tower pada tahun 2017. Pada tahun 2018, Al-Aqar merekodkan RM91.1 juta dalam perolehan. Peningkatan ini berpunca daripada kenaikan sewa yang positif direkodkan oleh hospitalnya pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar

3. Portfolio di Australia

Al-Aqar memiliki Jeta Gardens Aged Care & Retirement Centre yang terletak di Queensland, Australia. Ia terdiri daripada 106 bilik, 23 vila tunggal & 32 apartment tunggal, dan ia disewa kepada Jeta Gardens (Q) Pty Ltd.

Ia telah menjana perolehan sebanyak RM11 – 12 juta setahun sejak tahun 2012.

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar

4. Prestasi Kewangan Terkini

Setelah mencapai peningkatan secara mendadak daripada tahun 2009 sehingga tahun 2013, Al- Aqar telah mengekalkan perolehannya pada paras RM100-110 juta setahun dan keuntungan direalisikan pada paras RM55-60 juta setahun dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

Ia berpunca daripada pendapatan stabil yang berjaya dijanakan oleh hospital di Malaysia dan hartanahnya di Australia.

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar

5. Distribution per Unit (DPU)

Al-Aqar telah berjaya mengekalkan DPU-nya pada 7.70 sen setahun dari tahun 2014 sehingga tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, Al-Aqar mencatat sebanyak RM604.1 juta di dalam Pembiayaan Islamik dan RM1.57 bilion di dalam jumlah aset. Maka, nisbah gearing terkini bagi Al-Aqar adalah 38.4%.

Di samping itu, Al-Aqar telah merekodkan RM 87.6 juta di dalam aset semasa dan RM 18.8 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa-nya ialah 4.66.

Di sini, saya memberi senarai Pembiayaan Islamik yang diperolehi Al-Aqar, tahap kredit (credit rating) dan profit rate buat masa kini:

 
No.
Jenis Pembiayaan Islamik Jumlah
(RM Juta)
Credit Rating Effective Profit Rate (%)
1 Class A IMTNs 220 AAA 4.64%
2 Class B ITMNs 23 AA2 4.95%
3 Class C ITMNs 220 Unrated 5.60%
4 Class C ITMNs 112 Unrated 5.60%
 
5
Murabahah Tawarruq Term
Financing-i
 
29.9
 
Unrated
 
5.54%

Nota: IMTN = Islamic Medium Term Notes

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar 2018

7. Siapa Pemegang Unit Utama Al-Aqar?

Pada 31 Disember 2018, 5 pemegang unit terbesar Al-Aqar dan jumlah pemegangan saham di dalam Al-Aqar adalah seperti berikut:

No. Pemegang Saham Pemegangan Saham(%)
1 Lembaga Tabung Haji 13.87%
2 Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) 8.77%
3 Employees Provident Fund Board 8.05%
4 Pusat Pakar Terkawal Sdn Bhd 7.42%
5 Amanah Saham Bumiputera 6.25%

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar 2018

8. Kontrak Penyewaan

Penyewaan semua hartanah yang dimiliki oleh Al-Aqar adalah untuk tempoh 15 tahun dan ia termasuk pilihan untuk dipanjangkan selama 15 tahun lagi. Kontrak penyewaan terkini dibahagikan kepada 5 tempoh, 3 tahun bagi setiap tempoh.

Apabila tamat setiap tempoh, Al-Aqar akan membuat reviu kontrak penyewaan dan melaraskan jumlah sewa bagi hartanah-hartanah tersebut. Pada 2018, profile reviu penyewaan untuk Al-Aqar adalah seperti berikut:

Profil Reviu Penyewaan Terkini

Tahun 2019 2020 2021 2022
Jumlah Hartanah 1 6 14 1
% Portfolio 4.55% 27.27% 63.63% 4.55%

Sumber: Laporan Tahunan Al-Aqar 2018

9. P/B Ratio

Pada 31 Mac 2019, Al-Aqar mempunyai aset bersih sebanyak RM1.289 seunit. Kini, harga seunit Al-Aqar adalah RM 1.50.

Maka, P/B Ratio bagi Al-Aqar adalah 1.16, lebih tinggi jika dibandingkan dengan 10-tahun purata P/B Ratio iaitu sebanyak 1.12.

10. Kadar Dividen

Pada tahun 2018, Al-Aqar telah membayar sebanyak 7.70 sen di dalam DPU. Maka, kadar dividen terkini adalah 5.13% setahun, lebih rendah jika dibanding dengan 10-tahun purata kadar dividen berjumlah 6.10% setahun. Kadar dividen ini tidak mengambil kira 10% withholding tax.

Maka, Al-Aqar akan menerima DPU lebih rendah daripada 7.70 sen dan kadar dividen bersihnya akan kurang daripada 5.13% setahun.

Sudut Pandangan

Al-Aqar telah berkembang secara mendadak sejak tahun 2014. Dari situ, Al- Aqar telah mengekalkan portfolio hartanahnya dan menjanakan pendapatan stabil sepanjang lima tahun yang lepas. Maka, ia mengekalkan DPU pada 7.7 sen bagi setiap tahun dari tahun 2014 ke tahun 2018.

Dengan itu, harga unit Al-Aqar kekal pada paras RM1.40 pada masa lima tahun tersebut.

Sumber: Google Finance

Buat masa sekarang, penilaian seunit Al-Aqar adalah seperti berikut:

– P/B Ratio: 1.16 (lebih tinggi daripada 10-tahun purata)
– Kadar Dividen: 5.12% (lebih rendah daripada 10-tahun purata)

Kini, ia tidak mempunyai sebarang pengumuman mengenai pelaburan atau pun penjualan hartanah. Jadi, ia akan meneruskan penjanaan perolehannya daripada 22 hartanah yang sedia ada buat masa sekarang.

Jadi, wajarkah
kamu melabur ke dalam unit Al-Aqar?

Yang itu, kamu jawablah sendiri.

Biodata Penulis
Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Komen

komen





Source link