Uncategorized

Nak untung RM240K dengan rumah pertama anda?


Kenapa korang kena pening-pening nak jawab soalan ni:

“Nak beli kereta dulu ke, nak beli rumah dulu?”

Kalau dilema ini masih berlarutan, korang boleh baca artikel Tok kali ini. In Shaa Allah, ia boleh bantu korang buat keputusan yang bijak dan untungkan poket korang.

GH Masterclass

Perkongsian Tuan Harith Faisal ini boleh bantu buka minda dan mata kita untuk melabur secara berstrategi. Dan ia mudah untuk kita gunakan.

Daripada korang bayar duit kereta tiap-tiap bulan, baik lagi korang guna duit tu untuk bayar rumah. Ada juga untung daripada bayar kosong saja.

Ini satu strategi ‘slow and steady‘ untuk dapatkan keuntungan daripada pembelian rumah.

Dan ia sesuai untuk korang yang nak buat pelaburan yang ‘relax‘, dan buat untung sebanyak RM240,000 dalam masa 9 tahun (pada tahun 2025).

Ini langkah-langkah yang korang boleh buat:

1. Tahun ini (2016), mula beli rumah yang berharga RM200,000 kat kawasan yang dekat dengan tempat kerja, atau pasangan korang.

2. Lepas tu, buat permohonan pembiayaan rumah kat bank. Kita boleh dapatkan 90% untuk pembelian rumah pertama.

Jadi, 90% daripada RM200,000 adalah RM180,000. Untuk ini, korang kena bayar ansuran bulanan sebanyak RM900.

Ini adalah komitmen yang korang kena tanggung setiap bulan. Bab ini, korang kena jaga dispilin. Kalau boleh, elakkan daripada lambat bayar.

3. Katakan, korang tak nak sewakan rumah ni dan nak duduk sendiri dengan keluarga. Tak ada masalah. Lagipun, tempat kerja dekat.

4. Andaikan peratus kenaikan harga rumah (capital appreciation) yang korang beli sebanyak 8% setahun.

Jadi, dalam tempoh 9 tahun, harga rumah ini akan naik 2 kali ganda.

Pada tahun 2025, harga rumah korang akan meningkat jadi RM400,000 (naik 2 kali ganda daripada harga korang beli dulu).

5. Secara kasar, kalau korang jual rumah tu pada tahun 2025, untung yang korang akan dapat adalah sebanyak RM240,000 (termasuk penolakan principal yang berlaku kat pinjaman korang setiap bulan).

6. Jom kita buat kira-kira sikit:

  • Deposit yang kita keluarkan (10%).

RM200,000 X 10% = RM20,000

  • Ansuran bulanan selama 9 tahun.

RM900 X12 bulan X 9 tahun = RM97,200

  • Jumlah modal yang korang keluarkan.

RM97,200 + RM20,000 = RM117,200

  • Jumlah untung yang bakal korang dapat.

RM240,000 – RM117,200 = RM122,800

Nota tambahan: Kalau korang sewakan rumah tu, modal korang bukan RM117,200. Tapi hanya RM20,000 saja.

7. Dapat ‘cashout‘ RM240,000 lepas 9 tahun?

Macam-macam korang boleh buat dengan duit untung tu tau.

Mana tahu pada tahun 2025, korang dah mula berminat dan nak serius dalam pelaburan hartanah. Duit tu boleh korang gunakan untuk deposit beberapa buah rumah lagi.

8. Yang paling utama, korang kena tahu cara nak uruskan duit sebanyak tu. Tak usah beli Toyota Alphard cash pula (jangan cakap Tuan Harith dan Tok tak pesan tau).

9. Akhir sekali, korang boleh kongsikan artikel ni kat kawan-kawan yang baru nak mula melabur. Mana tahu, dengan bantuan korang, mereka dapat beli 1 hartanah tahun ni.

Artikel kali ini simpel dan pendek saja. Tapi bagi Tok, ia padat dengan ilmu mantap dan berguna. Bak kata William of Ockham:

“It is vain to do with more what can be done in less.”

Apa-apa pun, Tok doakan yang terbaik untuk korang semua. Sekarang, korang dah tau cara nak mula melabur dengan mudah kan? Tak usah tunggu-tunggu lagi tau.



Source link