Uncategorized

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 1


Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 2

Jack Ma ketika menyenaraikan IPO syarikatnya pada tahun 2014

Industri e-commerce merupakan industri yang berkembang sangat pesat pada ketika ini. Kebanyakan pemilik industri e-commerce kini berstatus billionaire.

Jika Jeff Bezos dikenali sebagai raja e-commerce dunia dengan syarikat Amazon, maka Jack Ma pula boleh dikatakan raja e-commerce untuk benua Asia. Jika anda selalu membeli belah menggunakan platform Lazada, anda sebenarnya telah menggunakan servis yang ditawarkan oleh Jack Ma iaitu Alibaba.

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 3
Jack Ma semasa kecil yang dilahirkan di dalam keluarga yang miskin, tetapi kini merupakan salah seorang lelaki terkaya di China

Jack Ma dilahirkan di daerah Hangzhou, China yang merupakan daerah yang miskin di kawasan pedalaman Negara China. Nama sebenarnya adalah Ma Yun. Semasa remaja, Jack Ma hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana dilahirkan dalam keluarga yang miskin.

Disebabkan itu, beliau berusaha untuk merubah nasib dirinya. Semasa kecil lagi dia mempunyai cita-cita yang tinggi lagi. Ini terbukti dengan kesanggupanya mengayuh basikal ke bandar untuk bekerja di hotel di dalam daerahnya, semata-mata untuk belajar bahasa inggeris. Beliau yang mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke hotel tersebut dan keadaan ini berterusan sehingga 8 tahun.

Jack Ma akhirnya berjaya bekerja sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti Hangzhou Dianzi sebelum mengasakan Syarikat Alibaba.

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 4
Jack Ma bersama dengan pengasas Yahoo Jerry Yang. Pada masa ini Internet merupakan sesuatu yang baru kepada masyarakat dunia

Benarlah kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Perjalanan hidup Jack Ma ini berubah ketika melawat Amerika Syarikat pada tahun 1995. Pada tahun tersebut, perkembangan Internet baru sahaja bermula dan syarikat yang popular adalah Yahoo yang baru sahaja berusia setahun jagung.

Beliau mengasaskan Syarikat Alibaba pada tahun 1999, dan kini ianya bernilai sebanyak $396 billion daripada segi market capitalization. Pada pandangan Jack Ma, setiap manusia tidak perlu memberi alasan untuk berjaya kerana dia telah membuktikan dengan dirinya boleh berjaya dari bawah.

Berikut merupakan nasihat Jack Ma kepada usahawan di luar sana yang ingin berjaya dalam perniagaan:

1. Berfikir Di Luar Kotak Merupakan Satu Peluang

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 5

Beliau yang berpendapat sekiranya semua orang bersetuju dengan semua benda, maka peluang untuk berbuat sesuatu tidak akan muncul. Beliau juga memikirkan perlunya seseorang itu merebut apa saja peluang yang akan muncul pada masa hadapan kerana pada pendapatnya, jika kita boleh berfikir dengan betul, peluang akan terhidang di depan mata.

Jack Ma juga mengambil berat akan kritikan yang dilemparkan ke atas syarikatnya, bagi menambah baik servis yang terbaik untuk pelanggan mereka. Dalam temubual bersama Charlie Rose (personaliti terkenal dalam menemual bual orang berpengaruh) pada tahun 2015, beliau telah menceritakan pada tahun 1995 ketika melawat Amerika Syarikat, beliau yang cuba mencari perkataan “China ” di dalam internet pada ketika itu tetapi malangnya tiada maklumat yang muncul dalam carian tersebut.

Di situlah Jack Ma mendapat satu peluang untuk memulakan sesuatu yang baru, dan meletakkan nama China untuk menjadi terkenal di dalam Internet dan beliau telah berjaya menjadikan Alibaba terkenal di seluruh dunia.

2. Jangan Berputus Asa Dalam Kehidupan

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 6
Kegagalan merupakan pelajaran yang paling bermakna bagi Jack Ma. Tidak berputus asa merupakan kunci setiap kejayaan

Jack Ma cukup sinonim dengan penolakan di dalam dirinya. Beliau pernah ditolak untuk memasuki Universiti Harvard sebanyak 10 kali. Ketika di usia remaja, beliau pernah ditolak oleh Syarikat KFC setelah menghantar permohonan kepada mereka. Apa yang paling menyedihkan daripada 24 pemohonan, hanya satu pemohonan sahaja yang ditolak dan pemohonan tersebut adalah pemohonan Jack Ma.

Beliau juga pernah ditolak menganggotai pasukan polis. Beliau yang menerima nasib yang sama seperti permohonan pekerjaan di KFC, dari 5 orang yang hadir temuduga, hanya 4 daripada mereka diserap masuk ke dalam unit beruniform tersebut dan seorang lagi permohonan ditolak. Orang tersebut adalah dirinya.

Bagi Jack Ma, kita tidak boleh putus asa dalam tempoh yang lama. Hanya mengambil tempoh sekejap sahaja untuk berhadapan dengan penolakan dan terus memikirkan langkah yang terbaik bagi membangkitkan semangat supaya jangan putus asa.

Dalam temu bual bersama Charlie Rose, beliau merujuk kepada filem inspirasi untuk untuk jangan berputus asa adalah filem Forrest Gump yang dilakonkan oleh Tom Hanks.

3. Guna Kemahiran Yang Sedia Ada Pada Diri Sendiri

Jack Ma yang mengakui yang dia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi, tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam pemasaran dan tidak pandai dalam urusan undang-undang dalam perniagaan pada permulaan perniagaannya. Walaupun beliau tidak mempunyai semua kemahiran di atas, Jack Ma mempunyai satu kemahiran iaitu dalam memberi inspirasi kepada pekerjanya.

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pensyarah memberi motivasi merupakan salah satu kerjayanya sebelum ini. Bagi Jack Ma, para pelabur di dalam syarikatnya tidaklah terlalu penting berbanding dengan pekerja syarikatnya. Para pelabur akan meninggalkan atau menjual saham mereka dalam tempoh satu malam sahaja jika syarikat berhadapan dengan musibah, berbanding dengan pekerja yang akan terus berusaha bagi berhadapan dengan musibah tersebut.

Bagi Jack Ma, jangan terlalu memikirkan tentang pelabur dan pesaing, kerana benda tersebut berada  di luar kawalan kita. Baginya, membuat pekerja gembira akan menaikkan prestasi syarikat secara tidak langsung.

Sumber Rujukan:
https://www.cnbc.com/2019/06/04/alibabas-jack-ma-almost-everyone-can-be-successful.html

Nakkan lagi inspirasi daripada Jack Ma? Jemput baca:

Nasihat Jack Ma Kepada Usahawan Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan 7

Komen

komen





Source link