Uncategorized

Netcore Peroleh Quinto.ai, Syarikat Baharu Robot Sembang AI dalam kesemua Perjanjian IP dan Bakat

Netcore Peroleh Quinto.ai, Syarikat Baharu Robot Sembang AI dalam kesemua Perjanjian IP dan Bakat 1


MUMBAI, IndiaApril 23, 2019 /PRNewswire/ — Netcore Solutions, sebuah syarikat teknologi Pemasaran Global, memperoleh Quinto.ai, sebuah syarikat baharu robot sembang AI. Menerusi pemerolehan IP dan bakat, Netcore mendapat akses kepada enjin robot sembang berkuasa AI perbualan Quinto dan kakitangannya. Pengasas bersama Quinto Hrishikesh Rajpathak turut menyertai Netcore sebagai Ketua Saintis Data dan akan memimpin inisiatif-inisiatif Pembelajaran Mesin dan Analitik Perbualannya. Hrishikesh membawa lebih 12 tahun pengalaman dalam teknologi Pembelajaran Mesin, Pembelajaran Mendalam dan Pemprosesan Bahasa Tabii (NLP). Beliau pernah bekerjasama dengan pelbagai pelanggan antarabangsa dalam sains hayat dan domain BFSI sebagai perunding AI. Beliau bersama-sama menubuhkan Quinto 4 tahun yang lalu sebagai sebuah platform cadangan makanan yang kemudiannya bertukar menjadi platform AI perbualan.

Quinto membolehkan perniagaan-perniagaan mengautomasikan perbualan dengan pelanggan serta meningkatkan pengalaman pelanggan. Perniagaan-perniagaan merentas vertikal boleh menggunakan robot sembang Quinto.ai yang sentiasa aktif sepanjang masa untuk penemuan produk automatik, cadangan, jualan Dalaman serta sembang secara Langsung. Quinto boleh digabungkan dengan Facebook Messenger, WhatsApp, Slack serta platform-platform sembang popular yang lain.

Dengan Quinto, Smartech Netcore berupaya mengendalikan perbualan dalam perjalanan pengautomatan yang menggunakan Quinto. Ini akan menjadi ciri yang pertama seumpamanya dalam industri. Dengan adanya Hrishikesh dalam syarikat, Netcore akan terus mengukuhkan kepimpinannya melalui platform AI/ML ‘Raman’ dan akan menembusi bidang Analitik Perbualan.

Kalpit Jain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Netcore Solutions, berkata, “Menerusi pertumbuhan Platform Sembang seperti WhatsApp dan Facebook Messenger, Pembantu Suara seperti Siri dan Alexa serta Smart Speakers, tidak hairanlah Gartner meramalkan bahawa menjelang tahun 2020, pelanggan akan mengurus 85% daripada hubungan mereka dengan perusahaan tanpa perlu berinteraksi dengan manusia. Kami percaya bahawa AI Perbualan akan menjadi aset strategik untuk Pemasar dalam tindanan Teknologi Pemasaran dan ia akan membentuk semula cara jenama-jenama dan pelanggan-pelanggan berinteraksi antara satu sama lain.”

Hrishikesh Rajpathak berkata, “Apa yang membuatkan ini sebagai perjanjian yang hebat ialah sinergi antara tumpuan Netcore terhadap pemasaran perbualan dan platform robot sembang AI Quinto. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada Netcore dan menyumbang ke arah inisiatif-inisiatif generasi seterusnya merentas domain-domain pemasaran dan juga pengautomatan jualan.

Sebelum ini Quinto disokong oleh Rebel Foods Pvt Ltd (dahulunya dikenali sebagai Faasos Food Services Pvt Ltd), yang kini menarik diri daripada perjanjian ini.

Perjanjian ini diurus oleh Investment Bank Equirus Capital melalui Propeluss, platform pemeteraian perjanjian pintar.

Latar Belakang Netcore

Netcore Peroleh Quinto.ai, Syarikat Baharu Robot Sembang AI dalam kesemua Perjanjian IP dan Bakat 2
Netcore Solutions Pvt Ltd

Netcore, sebuah syarikat Teknologi Pemasaran global yang menawarkan penyelesaian untuk membantu jenama-jenama dan perusahaan-perusahaan dalam pemerolehan, penglibatan dan pengekalan pelanggan. Penyedia penyelesaian Pengautomatan Pemasaran, Analitik dan AI/ ML yang pertama dan terkemuka di India, Netcore ditubuhkan pada tahun 1997 oleh En. Rajesh Jain, seorang pelopor Internet. Suit produk Netcore termasuk Smartech dan Pepipost. Smartech ialah platform pemasaran pertumbuhan berkuasa AI. Pepipost ialah produk penghantaran Emel berasaskan API.

Netcore menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan mantap melibatkan lebih 3000 perusahaan merentas vertikal industri seperti Jet Airways, Thomas Cook, Go Air, Clear Trip, HDFC, Kotak, Axis Bank, ICICI Bank, UTI, Facebook, Reliance, Vodafone, Godrej , ITC, OLA, Pfizer, OLX dan jenama-jenama Antarabangsa Seek Asia, Tokopedia, Blibli, Standard Chartered, FCMB, GT Bank dan banyak lagi. Netcore, menerusi teknologi pemasaran inovatifnya, menyerahkan lebih 7 Bilion emel & lebih 3 Bilion SMS sebulan, mencipta lebih 11 Bilion Sambungan Pelanggan sebulan dan mengendalikan lebih 30 Bilion Acara sebulan. Ibu pejabat Netcore terletak di Mumbai, India dengan pejabat-pejabatnya berada di SEA, AS, MEA serta kumpulan kakitangannya mencakupi lebih 500 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang Smartech Netcore – platform pemasaran pertumbuhan berkuasa AI, kunjungi: https://www.netcoresmartech.com

Untuk maklumat lanjut tentang Netcore, kunjungi https://netcore.in

Sumber: Netcore Solutions Pvt. Ltd

Netcore Peroleh Quinto.ai, Syarikat Baharu Robot Sembang AI dalam kesemua Perjanjian IP dan Bakat 3

Komen

komen





Source link