Artikel Terkini

Ninja Van: Kisah Seorang Trader Saham Yang Berjaya Membuka Startup Sehingga Terkenal Di Asia Tenggara


Perkembangan dunia E-commerce nampaknya semakin berkembang dandalam masa yang sama diterima oleh orang ramai. Banyak kelebihan yang berlaku diantara para penjual dan juga pembeli yang menggunakan platform E-commerce semasa urusniaga dijalankan.

Kebaikan yang diperolehi bagi pihak penjual adalah mereka tidak perlu menyewa kedai untuk menjual barangan mereka dan dari situ mereka boleh menjimatkan kos operasi syarikat mereka. Kepada pembeli pula, mereka mendapat manfaat dengan membeli barangan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai yang fizikal yang biasa.

Perkembangan E-commerce semakin meningkat dari tahun ke tahun dan seiringan itu juga, perkhidmatan penghantaran barang juga telah menerima tempias yang sama.

Syarikat penghantar barang yang kini turut tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan disebabkan permintaan yang tinggi didalam pasaran yang melibatkan penghantaran barangan yang dibeli melalui platform E-commerce.

Jika kita membeli barangan melalui platform E-commerce seperti Shopee atau Lazada, barangan yang kita beli itu mungkin dihantar melalui perkhidmatan syarikat courier tempatan atau pun dari luar negara. Jika kita bernasib baik, mungkin barangan kita itu dihantar melalui syarikat yang bergelar Ninja Van.

Hari ini kita akan mengikuti kisah bagaimana sebuah syarikat startup yang berpengkalan di Singapura yang kini sedang meningkat naik di Asia Tenggara termasuk negara kita sendiri.

Baru Berusia 6 Tahun

Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan menghantar barang yang dibeli melalui platform online. Syarikat Ninja Van ini diasaskan pada tahun 2014 oleh seorang trader saham yang berkerja untuk Syarikat Barclays.

Chang Wen Lai merupakan seorang trader sepenuh masa dan mempunyai pendapatan yang sangat stabil pada ketika itu.

Walaupun beliau mempunyai pendapatan yang sangat stabil, masanya sangat terhad untuk kehidupan peribadinya akibat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya. Beliau yang kadang kala tidak sempat untuk balik ke rumah dan hanya tidur di pejabat akibat kesibukan yang melampau dengan kerjayanya itu.

Oleh kerana tidak mampu meneruskan kehidupan yang terlampau sibuk itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaanya itu dan membuka sebuah syarikat perniagaan online yang memfokuskan kepada penjualan pakaian. Chang menjemput dua orang lagi kawan baiknya untuk bersamanya bagi menjadi rakan strategik perniagaanya.

Pada permulaan perniagaanya, beliau menghadapi kesukaran hendak menghantar barangan kepada pelanggan mereka. Beliau mengambil keputusan untuk menghantar sendiri barangan kepada pelanggan dan menyedari bahawa proses pengnhantaran barang bukanlah sukar seperti yang dibayangkanya.

Bisnes Mula Berkembang

Chang mula mengambil upah untuk menghantar barangan orang lain di samping barangan perniagaanya sendiri. Selepas setahun, mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perniagaan online dan memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barang. Ini kerana keuntungan yang diperolehi dengan menghantar barang adalah lebih tinggi berbanding dengan perniagaan pakaian.

Mereka telah mengembangkan lagi perniagaan mereka merentasi sempadan dengan mereka telah dibantu oleh pelabur dari luar yang melabur didalam syarikat ini pada permulaan perkembangnya. Di antara pelabur terawal yang melabur didalam syarikat ini adalah pengasas bersama Syarikat Facebook iaitu Eduardo Saverin yang memberi suntikan modal sebanyak $30 juta dan juga dari Monk’s Hill Ventures.

Dalam tempoh setahun ditubuhkan, mereka telah mempunyai cawangan di  negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Ninja Van berbanding dengan pesaing yang lain adalah mereka mempunyai teknologi yang mana dikenali sebagai  “real-time tracking updates” di mana teknologi ini membantu para pelanggan mereka menjejaki parcel mereka melalui GPS.

Oleh kerana perkembangan internet yang begitu luas sehingga kawasan pedalaman, syarikat ini dapat berkembang dengan begitu pesat berbanding dengan pesainya yang lain disebabkan mempunyai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Selain itu juga, prinsip perniagaan yang dilakukanya adalah tidak menggunakan pekerja separuh masa seperti pesaingnya yang lain. Pekerja yang bekerja sepenuh masa akan berjaya meningkatkan produktiviti berbanding pekerja yang bekerja separuh masa.

Setakat ini, syarikat ini mempunyai 20,000 orang pekerja tetap.

Oleh kerana pekermbangan yang begitu drastik, syarikat ini telah berjaya dinilai dengan nilaian yang begitu besar pada tahun lepas iaitu berjumlah sebanyak $300 juta. Para pelabur dari luar Singapura telah mula melihat potensi syarikat ini seperti European Delivery Group juga mula melabur dan dijangka Ninja Van akan mencapai taraf $1 bilion dalam tempoh yang terdekat.

Ianya sejajar dengan perkembangan perniagaan online yang dijangka akan berkembang menjadi $55.7 bilion pada tahun 2025.

Selain itu juga, mereka bekerjasama dengan Grab untuk mengembangkan lagi pasaran mereka.

Sumber Rujukan:



Source link