Artikel Terkini

Norma Baru Dalam Kehidupan Sekarang, Jangan Lepaskan Peluang


Dah lama buat persediaan untuk berkahwin? Risau bajet tak cukup untuk buat majlis dan untuk menampung kos kehidupan lepas dah berkahwin?

Jangan risau. Bila isu Covid-19 dah reda nanti, itu adalah masa yang terbaik untuk bernikah!

Pakar-pakar kesihatan
awam dah beri gambaran perlunya dielakkan perkumpulan dan majlis keramaian
dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan selepas PKP ditamatkan.

Jadi segala ekspektasi untuk buat majlis besar-besaran dah boleh diketepikan. Tak perlu lagi risau pandangan sinis orang ramai kalau majlis dilihat tak seberapa.

Penjarakan Sosial

Jawapan tepat, ringkas dan padat bagi menutup terus ruang makcik pakcik bawang daripada beroperasi. Majlis boleh dibuat seringkas mungkin. Hidang bihun pun okay.

Tak perlu lagi majlis dengan jemputan mencecah ribuan orang. Yang nak menganjur pun akan berfikir tiga empat kali, yang dijemput apatah lagi. Bukan perkahwinan saudara-mara atau teman rapat? Tak apalah, cukup sekadar salam dikirim pengganti diri.

Risiko jangkitan dikaitkan dengan perjalanan bercuti akan terus menjadi stigma kepada industri pelancongan. Maka si bakal isteri akan rela hati bulan madu idaman ditangguh dulu. Ada rezeki cepat dapat anak, terus tangguh bulan madu sampai anak habis sekolah.

Trend majlis perkahwinan dengan kos puluhan ribu akan surut. Pakej fotografi, door gift, katering, dewan serba indah, hiasan bunga segar, pelamin bak singgahsana dan bermacam lagi yang belanjanya mampu merencat ekonomi rumah tangga bertahun-tahun kehadapan, akan merudum permintaannya diikuti kejatuhan harga dengan meningkatnya kuasa tawar pelanggan.

Servis-servis berkenaan perlu ikut berevolusi atau mati.

Begitu Jugalah Halnya Dengan Dunia Kewangan

Gambaran situasi pasca krisis Covid-19 di atas adalah satu contoh yang dekat dengan masyarakat kita. Bayangan yang mungkin sedikit ekstrem tetapi ada relevannya.

Kalaupun episod luka
krisis ini telah pulih, parutnya tetap akan ada untuk ingatkan kita, inilah
‘The New Normal’.

Ketika ini mungkin anda sudah terbiasa juga mendengar istilah ‘unprecedented’ sama ada dari sidang media menteri atau pengarah kesihatan, analisis–analisis isu semasa atau berita.

Dua istilah ini saling
bergandingan dan merujuk perkara atau situasi yang tak pernah kita hadapi
sebelum ni. Dan tindak balas kita akan jadi suatu norma baru dalam kehidupan
kita.

Dalam dunia perniagaan
dan pelaburan, jangan diabaikan potensinya.

Imbas kembali hanya 2 atau 3 bulan ke belakang, penggunaan hand sanitizer dan topeng muka masih dilihat sebagai satu yang bukan kebiasaan. Hari ini, segolongan yang ketika itu berjaya melihat hand sanitizer dan topeng muka bakal menjadi ‘new normal’ sedang menuai hasil.  Penggunaan dan permintaan produk ini dijangka akan kekal malahan berpotensi untuk terus meningkat. 

Data e-dagang berikut walaupun hanya merangkumi pengguna di US secara spesifik, tetap relevan untuk dirujuk dalam memberi bayangan perubahan gaya hidup yang sedang melanda seluruh dunia.

Sumber: https://www.stackline.com/news/top-100-gaining-top-100-declining-e-commerce-categories-march-2020

Produk berkenaan
pelancongan, sukan dan rekreasi dan acara keramaian paling teruk terjejas.

Produk penjagaan dan
kebersihan diri serta produk isi rumah harian pula paling meningkat.

Disebalik data ini pula, terzahir peralihan ketara cara pembelian barang dapur daripada premis fizikal ke pembelian di atas talian.

Seterusnya kesan rantaian akan mempengaruhi pula aspek lain seperti meningkatnya populariti servis penghantaran dan juga transaksi tanpa tunai.

Supply And Demand

Hukum asas ekonomi, permintaan menghasilkan penawaran. Demand create supply. Ringkasnya, bila permintaan jatuh, penawaran juga akan berkurang, harga pun turun. Begitu juga sebaliknya.

Selepas suatu tempoh, equilibrium baru akan terhasil. Harga akan kembali stabil di satu tahap yang akan menjadi ‘new normal’.

Oleh itu, jangan tunggu lama-lama, inilah masanya. Wang simpanan pun dah bertambah hasil moratorium pinjaman kereta dan rumah yang dibeli untuk siapkan diri jadi yang terbaik untuk Si Dia kan?

Ditulis oleh Izzudeen Razali. Penulis adalah seorang suami anak satu yang self-proclaimed berkelayakan untuk beri nasihat ekonomi rumah tangga. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana organisasi.





Source link