Artikel Terkini

Normal baharu: Peruncit alami tekanan ubah model perniagaan dalam situasi pandemik

61589449638 onlineshopping - Normal baharu: Peruncit alami tekanan ubah model perniagaan dalam situasi pandemik



41589449643 onlineshopping - Normal baharu: Peruncit alami tekanan ubah model perniagaan dalam situasi pandemik

KUALA LUMPUR : Tinjauan langsung yang dijalankan oleh perkhidmatan nasihat transaksi Ernst & Young Advisory Sdn Bhd (EY) mendedahkan peruncit Malaysia mengalami tekanan untuk beralih model perniagaan secara fizikal dalam keadaan pandemik COVID-19.

Pun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh EY itu memberitahu, kira-kira 70 peratus daripada 100 responden mengakui terpaksa mengutamakan jualan dan senarai pasaran dalam talian untuk meningkatkan pendapatan dalam tempoh segera.  

Menurut kenyataan itu, 55 peratus responden menyedari kepentingan untuk mewujudkan semula perniagaan mereka menggunakan pendekatan digital manakala 31 peratus lagi yakin penstrukturan semula perniagaan sebagai pilihan strategi utama dalam tempoh 12 bulan akan datang berbanding alternatif lain.

“Dalam lima tahun akan datang, ASEAN dijangka mencatatkan lonjakan antara tiga dan empat kali ganda bagi jualan runcit secara dalam talian, dengan anggaran saiz pasaran bernilai US$90 bilion (RM391 bilion) hingga  US$120 bilion (RM523 bilion),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, ekoran penularan COVID-19, perbelanjaan dalam kategori kesihatan pengguna dan rawatan di rumah dijangka menerima kesan positif ekoran perubahan sikap orang ramai yang kini lebih mementingkan kebersihan.

Dalam pada itu, kajian yang dilakukan menerusi webinar baru-baru ini  turut mendapati beberapa model perniagaan baharu akan muncul daripada krisis ini seperti dark kitchen atau dapur awan, komuniti berasaskan platform dan model langganan kerana penjarakan sosial ekoran normal baharu.   

“Kita menjangkakan peruncit secara dalam talian dan perniagaan lain  akan mula memperoleh keuntungan dan pemain e-dagang ASEAN juga mungkin merekodkan keuntungan tidak lama lagi,” jelasnya.

Sementara itu, rakan kongsi Ernst & Young PLT, Preman Menon memberitahu perubahan tingkah laku pengguna berlaku sangat pantas ekoran krisis ini dan peruncit perlu bersiap sedia untuk memenuhi keperluan pengguna. 

“Ekoran itu peruncit perlu mengkaji semula model perniagaan serta memahami perubahan agar terus kekal relevan dalam pasaran semasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, kenyataan itu mencadangkan lima pemacu utama yang perlu dipertimbangkan oleh peruncit jika mahu kekal bersaing. 

Lima pemacu itu adalah seperti berikut:

1. Mengusai pasaran secara online sebagai persediaan pertumbuhan pantas ekonomi berasaskan talian.

2. Mendorong daya tahan rantaian bekalan.

3. Meluaskan tawaran seiiring dengan perubahan tingkah laku pengguna.

4. Terlibat dalam penggabungan dan pengambilalihan seiring dengan masa.

5. Membuat keputusan dengan pantas.





Source link

Related Posts